DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 20 Januari 2011

Peringatan dari seorang tokoh

"Tugas blogger dan facebooker sama juga tugas wartawan, penulis dan guru, iaitu mendidik dan membentuk pemikiran ummah. Tugas mendidik dan membentuk pemikiran ummah ini merupakan tugas yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Maka sesiapa yang menyambung tugas nabi, insya-Allah ia mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWt."

"Seseorang blogger dan facebooker itu janganlah salah gunakan atas kepakaran ilmu yang kita ada. Seumpama budak yang baru pandai naik basikal. Ke mana sahaja mahu naik basikal, termasuk ke tempat yang tak munasabah berbasikal, atau ke tempat yang tak sepatut berbasikal dia juga akan berbasikal. Maka atas sifat menggunakan ilmu yang kita ada menerusi hujung jari, gunalah hujung jari itu dengan hikmah. Tidaklah kita nak tulis apa saja sehingga menyentuh sentimen yang memudharatkan orang lain. Maknanya kita tak boleh ikut sedap kita sahaja. Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak: “berdepan dengan kematian, maka di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.”

usteru itu perbetulkan perjalanan kita, cara perbetul itu sebagaimana panduan daripada firman Allah SWT (al-Quran surah al-Fatihah ayat 6-7):

Bermaksud: “Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

"Ini bermakna, apa yang perlu kita amalkan ialah kita kena sentiasa melakukan kebaikan (menulis apa-apa isu) dengan cetusan hati, “Ya Allah, pimpinlah kami agar sentiasa mengikut jalan yang betul, iaitu jalan yang engkau kurniakan nikmat––syurga.”

Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur
10 Safar 1432 H | 15 Januari 2011 .

2 ulasan:

  1. Salam.

    Betullah makbonda.. terkedu seketika..
    Menyedari kekhilafan diri yang adakalanya tak boleh lari daripada menarikan jemari bersama emosi, meski menyingkap kitab junjungan, namun terlepas juga baitan ayat yg membawa kepada luahan rasa dari nafsu amarah.. aduuuhhh...

    aduuuhaaaaii... bagaimana dapat beristiqamah dlm membetulkan niat dan merealisasikan wadah perjuangan "amal maaruf, nahi mungkar' nih!!.. huhuhu..

    BalasPadam
  2. Salam kembali

    Itulah pasalKAKTINY,yang dikatakan manusia,tidak lepas dari tersasul dan tersar.Adanya insan disekeliling yang sudi membukakan mata dari lena kenalah hargai.Adakalanya pahit jika di tegur,tapi merekalah yang akan berkongsi syafaat di akhirat nanti.
    Wallahuaalam.

    BalasPadam

Catatan Popular