DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 30 Januari 2011

Buku-buku yang berbuku.....

Gambar ikhsan dari sini

Bila membaca entry Cklah teringat masa kecil dulu,bila emah suruh buat kerja , tengok adik pulak tak di suruh ,berbukunya dihati lalu dirantaikan kepada adik untuk sama-sama tanggung beban,diciptakan pula tugas baru untuk adik. Perkara yang emak suruh pula bersepadan dengan usia dan kedudukan kita,tapi kita tidak melihat sebagaimana emak kita lihat,tidak berfikir sebagaimana emak berfikir,yang kita lihat ialah kesakitan bila melihat adik senang-sengan joli katak tak buat kerja.

Bila telah menjadi emak,dan berlaku pula pada anak-anak,mulalah mencari idea bagaimana merasionalkan situasi begitu pada anak-anak,agar membuka mata mereka pada kehidupan sebenar. Setiap manusia punya bahagian masing-masing yang telah di tulis di Luh Mahfuz. Anak yang besar punya bahagian tugas sendiri begitu juga anak yang kecil. Janganlah sentiasa merasa yang diri sendiri itu teraniaya,lalu menencipta penganiayaan pada orang lain. Semoga adik-adik yang pernah Makbonda aniaya dulu telah memaafkan.


Situasi di atas adalah pre situasi untuk situasi sebanar dalam kehidupan.Bila telah dewasa akan menempuh barbagai-bagai lagi situasi yang seumpamanya. Dirumah,ditempat kerja,dalam masyarakat,dalam Negara bahkan dalam dunia sekalipun.

Contoh di tempat kerja,disekolah(sebab itu dunia Makbonda) seorang guru yang agak tidak disenangi oleh pentadbir,bila dia menimbulkan idea-idea ,jarang diterimanya walaupun idea itu sungguh bernas. Bukan sahaja di cantas tapi di guris-guris,dicincang-cincang terus di pijak-pijak,agar si pemberi idea itu terasa sakitnya. Pada hal beberapa ketika berlalu dia telah menggunakan idea itu lalu berjaya. Semasa mesyuarat PIBG dengan bangganya dia mewawarkan tentang kejayaan itu adalah usahanya,para ibu bapa bertepuk gembira, dan guru yang mencetuskan idea itu terkebil-kebil menyimpan buku dalam hati.

Dalam satu-satu perojek atau kegiatan,kitalah yang paling banyak mengeluarkan peluh idea dan belanja,tiba-tiba orang lain pula yag mendapat nama, hanya kerana orang itu tampil sekejap dihadapan khalayak. Alangkah beratnya menanggung buku dihati,hingga terasa pendeknya hembusan nafas.

Seorang menantu yang tidak disenangi oleh mertuanya,pada satu hari raya semasa dia berkunjung, baru sahaja dia membuka baling kuih raya yang dia sendiri bawa sebelum hariraya,ibu mertuanya berkata;
“Minumlah,bukak bekas kuih tu,mak tak buat kueh,tu kuih yang kamu makan tu biras kamu si Konah yang bagi” Rasa nak tersembur kuih putu yang di kulumnya.

Siang malam kita bersusah payah membuat assignment,tanpa disedari talah dicuri salin oleh rakan sebilik yang kerjanya tuang kelas, diubah sana sini sedikit,lalu dia mendapat markah lebih tinggi dari kita.

Di era aktifnya laman-laman social pula,masing-masing bangga ramai followers, tinggi statistic pengunjung,ramai friends ataupun like. Kalaulah niatnya hanya mencari idea bagaimana mahu meningkatkan pengunjung,jalan paling mudah ,copy dan paste idea orang lain, terpaparlah hasil copy itu lalu ramailah pengunjung yang memberi comment. Tidakkah terasa malu jika penulis asalnya terbaca wall atau post kita.

Walaupun tujuan penulis asal adalah untuk dakwah yang memebri munafaat kepada orang lain,semakin ramai yang membaca semakin tinggilah sahamnya diakhiratn,tapi apalah kiranya di letakan nota kaki penulis asal,ianya akan lebih nampak beradap dan bermaruah.



Itu hanya sebahagian situsai yang akan anak-anak kita tempuhi,sebenarnya banak lagi. Sakit memang sakit. Ubatnya hanyalah keikhlasan,tapi sukarnya untuk mencapai. Sukarnya mahu menguatkan keyakinan bahawa semakin kita di zalimi manusia semakin kita di sayangi Tuan yang mencipa kita iaitu Allah SWT.

6 ulasan:

  1. Salam Makbonda :)

    Entri yang menarik. Saya cukup tidak bersetuju dengan cara seseorang memplagiat tulisan orang lain tanpa menyatakan sumbernya. Bagi saya, biarlah blog kita berdiri atas ikhtiar sendiri, Tidak salah 'copy n paste' tetapi biarlah dinyatakan sumbernya.

    BalasPadam
  2. Salam kembali Ros.

    Adab orang bertamu memberi salam,adab orang meminjam dan meminta sesuatu meminta izin atau meminta halal.

    Terimakasih atas kujungan.

    BalasPadam
  3. Salam.Senyum saya baca entry anda. Itulah perangai manusia. Ramai yang seronok dapat nama. Dulu semasa saya kerja saya bertanggong jawab mengenai kenaikan pangkat guru dan peanugerahan gelaran kebesaran. Berbagai karenah yang saya lalui sebagai urusetia. Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya. Kita tunggu anugerah dari Allah yang maha pengasih maha pemurah. Semoga Allah memelihara hati-hati kita, menunjuk jalan yang lurus dan meredhai usaha kita. Kita jumpa di sana.

    BalasPadam
  4. Betul sekali Puan,
    Mereka dengan bahagian mereka,bahagian kita ialah memohon dan memohon sebanyak-banyaknya keredhoan Ilahi.

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum Makbonda

    Salam kenal.. datang ke sini atas cadangan Ros Illiyyuun..

    Adat manusia hendakkan nama, kemasyhuran, penghargaan tapi kadang-kadang terlupa.. usahanya yang sangat mudah mempergunakan orang.. rasanya ramai yang terkena sama ada masa belajar dan masa bekerja.. harap-harap dapat memaafkannya.. mudah2an tak ada soaljawab lagi di sana... insyaAllah

    BalasPadam
  6. Salam kembali Werdah,terimakasih sudi datang dan berkenalan.

    Ya,itu sebabnya sebagai ibu sentisa memeberi anak-anak contoh dan iktibar yang terbaik,semoga mereka bersedia menghadapi kehidupan mendatang.Pengalaman kehidupan semasa kanak-kanak adalah gambaran kehidupan sebenar di masa akan datang.

    BalasPadam

Catatan Popular