Seusia suku abad Makbonda bergelumang dalam dunia pendidikan. Berbagai latarbelakang jenis murid mewarnai lakaran pengalaman. Kesemuanya muridnya tidak melebihi 12 tahun melihat dunia.
Kini Makbonda menerima murid baru,yang amat jauh beza dengan murid yang Makbonda pernah gauli. Seorang murid yang datang sendiri untuk memenuhi perkara wajib dalam hidupnya,yang telah terbius dengan kata-kata ustazah di balairaya iaitu
“Pandai itu tidak wajib tapi belajar itu wajib.”
Murid Makbonda kali ini anak sulungnya adalah seorang pesara ,3 orang cucunya telah berumahtangga,Anak bungsu yang tinggal serumah punya anak sulung seusia 11tahun. Berumah tangga seusia 14 tahun,tentu anda dapat membayangkan usianya bukan? Tidak pernah di ajar membaca Alquran kerana ibubapanya hanya mengajar anak-anak lelaki,anak perempuan di ajar niat mandi wajib,dan bacaan solat sahaja.Beliau tidak kenal alif, ba, ta .Kesemua bacaan adalah berbentuk hafalan. Setelah berumahtangga beliau meminta si suami mengajarnya,tapi suami tidak betah
“Bebal sangat lah kamu ni,belajar sajelah dengan orang lain,aku tak reti nak ajar”
Beberapa tahun keinginan membaca al Quran terpendam dan sentiasa membuak-buak bagai mantel yang sentiasa mencari ruang di kerak bumi untuk memuntahkan laharnya. Dari tetangga ke tatangga beliau merayu simpati.
“Tolonglah ajarkan aku surah muqaddam biar aku boleh baca masa solat dan baca Yassin biar aku dapat baca bila ada kematian pun cukuplah”
Dan tetangga yang bersimpati meluangkan masanya sehingga beliau mendapat apa yang di pintanya,tidak labih dari apa yang dipintanya.
Semasa program bertadarus Alquran di masjid 2 tahun lalu,iaitu setelah Makbonda berpindah tinggal di sini, takdir telah menentukan Nenek Limah satu kumpulan dengan Makbonda. Bila tiba giliran membaca Nenek Limah menolak. Usai tadarus
“Maaf cikgu ye,Nenek datang nak dengar je,katanya kalau kita tak boleh baca,dengar orang bacapun dapat pahala,betul kan cikgu kan”
Setelah beberapa hari tibalah masanya khatam tadarus,tiap peserta membaca satu surah juzzu’ Amma bermula dari surah Dhuha. Nenek Limah pun tidak di pinggirkan beliau mendapat surah Al Fil, beliau membaca dengan lancar siap berlagu lagi. Memang benarlah,beliau hafal surah-surah tersebut.
Setelah hari raya berlalu.Nenek Limah datang berkunjung,semata-mata hanya untuk meminta diajari ‘ngaji Quran.’
“Ajarilah nenek cikgu, tak payah pandai pun taka pa,tapi belajar itu wajib”Sambil membuka pekung mengapa beliau tidak bolah mengaji.
Pada mulanya Makbonda agak terkesima juga,Makbonda belajar dan boleh membaca hanya semata-mata di ma'had rumah bapak dengan kaedah ‘drilling sehingga tidak ada terpapar error di papan skrin’. Bapak tidak serahkan sehelai kertas yang di tandatangani yang melayakan Makbonda memanjangkan ilmu pada orang yang lebih dewasa.Jauh sekali mendapat watiqah dari mana-mana pejabat agama Negeri.Pengalaman Makbonda mengajar Alquran hanyalah pada Atiqah,Atina,Aizat,Aiman,Atira , Aimi,serta adik-adik semasa emak datang bulan atau bapak balik lambat dari masjid.Juga beberapa orang anak-anak tetangga,kesemua mereka di bawah umur baligh. Mengajar mereka dengan darjah emosi yang sering turun dan naik,yang tidak dapat menggunakan kaedah ‘drilling sehingga tidak ada terpapar eror’. Mengajar mereka memerlukan Guru duduk dahulu baru murid membaca,drilling dianggap mendera.Mereka akan menjerit yahoo dalam diam dan nyata bila mengetahuai emak mereka datang bulan.
Kini Makbonda mengajar nenek Limah yang telah menyusut deria pendengarannya dengan kadar ketebalan ‘mother tounge’ yang agak tinggi , dengan fa di sebut pa,antara ja,za,dha di sebut sama sahaja,ain menjadi ngain, atara sa,sya dan tha berbunyi tak berbeza.Ada ketikanya Makbonda akan memaksimakan volume suara,apabila Makbonda sebut ma dia sebut na.
Kadang dia akan berkata “Susah ya ajar orang pekak ni” Dalam P&P;P Makbonda menggunakan dua sessi,sessi pertama Makbonda buka buku Iqra’,pada mulanya beliau tidak mahu.
“Alah cikgu,kok baca ini,macam buku cucu aku” Tetapi Makbonda janjikan lepas satu muka baru buka AlQuran,beliau akur. Beliau menetapkan sendiri waktunya,setiap Isnin dan selasa lepas Asar. Tahukah waktu itu waktu apa untuk Makbonda? Waktu Makbonda masak untuk berbuka puasa sunat Isnin,dan waktu mejenguk pokok bunga di halaman dan ayam di reban.Syor Makbonda untuk selepas magrib tidak di setujuinya sebab beliu memegang larangan Arwah suaminya yang tidak membenarkan keluar waktu malam tanpa muhrim. Makbonda kena akur,kena pakat pada suami,semua kena Qurban,suami memberi perangsang
“Jangan jadikan sebagai beban,jadikan sebagai amal”
Setelah beberapa ketika berlalu setiap kali datang membaca satu ayat dengan kaedah ‘drill sehingga tidak terpapar eror’,kini Nenek Limah telah dapat membaca shingga ayat surah Al Baqarah ayat 92 dan baru menamatkan Buku Iqra’ 1.Makbonda tidak pernah rasa terbeban,lebih mudah rupanya mengajar murid yang meminta ilmu dari yang di beri ilmu,Lebih gembira mengajar Nenek Limah dari mengajar Aimi dan murid-murid di sekolah yang di paksa belajar.
Tidak perlu bersumpah untuk Makbonda membuktikan bahawa Makbonda amat senang dengan situasi ini.
Tidak perlu bersumpah untuk Makbonda membuktikan bahawa Makbonda amat senang dengan situasi ini.
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]
|
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Assalamualaikum MakBonda..
BalasPadamTiny ni.. Maklumat yg merapu meraban tu banyak la yg boleh disembangkan.. tapi ILMU yg bermanfaat utk disebarkan?.. huwaaa waaa waaaa... maluuuuunyaaa!!!!!!.... sob sob sob..
(nak ajar mengaji, sendiri pun masih berguru jugak lagi.. tak habis lagi belajar segala tajwidnya, tartilnya, tahsinnya, taranumnya, fasohahnya, makhraj hurufnya.. aduuuhaaaiiii....!!!...
Semoga diizinkan Allah untuk mampu menyebarkan ILMU yang BERMANFAAT yang Allah anugerahkan kepada saya... (nak kena check diri, apa ya, ilmu bermanfaat yg boleh dikongsi dan disebarkan!.. huhuhuhu).
Waalaikumussalam Tiny,
BalasPadamBetul,chek diri,semestinya banyak ilmu yang boleh dikongsikan.
Sampaikanlah ilmu walau satu ayat.Jangan tunggu sehingga pandai betul-betul baru nak sampaikan,takut tidak sempat,lalu mati dalam keadaan tidak meninggalkan ilmu untuk diamalkan.
Makbonda ni lagilah,belajar tidaklah setinggi mana,ang banayk belajar dengan kehidpan.
mari kita saling bertukar ilmu.