DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 27 Jun 2011

Cerita 4 generasi.



Setiap hari dalam perjalanan pergi dan balik sekolah makbonda akan menempuh lokasi di atas.

Apa yang makbonda nampak ialah seorang makcik seusia-usia Emak Makbonda,akan melintas jalan dengan membawa sebekas makanan untuk di hantar ke rumah Ibunya diseberang jalan, setiapa kali itu juga makbonda akan membunyikan hon yang sangat lembut, mesra dan sopan untuk menggantikan salam yang tidak dapat diucapkan. Pasti dia akan membalasnya dengan mengangakat tangan sebagai ganti menjawab salam yang tidak dapat di ucapkannya.

Makcik ini tinggal dengan anak perempuan yang telah bersuami dan beranak yang keluar bekerja. Jadi dia di rumah bersama cucu yang di jaga sendiri. Ibunya pula yang tinggal diseberang jalan tinggal dengan anak bungsunya yang sebaya-sebaya Makbonda, juga berja suami isteri yang telah punya anak yang besar-besar panjang belaka cantik dan tampan-tampan belaka.

Seperti biasa,pagi tadi kejadian ini berulang lagi tapi dia mengangkat-angkat tinggi juadah yang dipegangya dan ditunjukkan pada Makbonda. Penumpang yang bersama-sama Makbonda membuat hypothesis sesama sendiri

 "Eh makcik tu tunjuk makanan lah,agaknya dia nak bagi kita tak?"

Sebegitu mudah mereka ber hypothesis tapi ternyata tidak tepat samasekali. Kalau dia mahu memberikan juadah tersebut,tentu dia akan tahan kereta kami untuk berhenti.Bagaimana beliau mahu mengangkat tangan seperti baisa kerana di kedua-dua belah tangannya ada pinggan yang bertutup sementara di dukungannya ada cucu yang dikendung menggunakan kain batik lepas.

Makbonda berdailog dengan tuan-tuan kecil yang duduk di belakang ,yang salah membuat hypothesis itu.

 "Nampak apa yang makcik itu buat?"
"Nampak. Dia hantar makanan pada emaknya"
"Lagi?"
"Dia jaga cucu"
"Cucu tu anak siapa?"
"Anak kepada anak dia"
"Berapa orang yang di jaganya?"
"Emak dia,anak dia cucu dia".
"Anak dia pun kira jaga emak dia,kalau dia tinggal tempat lain,emak dia duduk seorang diri."

"Seorang makcik yang penuh dengan kerahmatan.Hmm agaknya berapa ramai orang yang dapat peluang macam itu. Jaga emak,anak dan cucu. 4 generasi yang saling jaga menjaga,

"Bila cucu dia besar nanti diapun akan jaga nenek dan cucunya sebab nenek dia dah ajarkan dia.".

4 ulasan:

  1. Ya ALLAH, moga Allah merahmati makcik itu.
    Harap2 dah besar nanti saya akan diberi kesempatan dan ketabahan untuk menjaga ibu bapa dengan penuh kasih sayang. Amin

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum Makbonda

    Beruntung "makcik seusia-usia Emak Makbonda" dapat memanfaatkan anugerah Allah kepadanya, bukan semua orang berpeluang untuk berbakti kepada kedua ibu bapa.. ada yang ditinggalkan seawal masa dilahirkan dan sebagainya.. ada pula yang ada ibu bapa yang telah tua tapi tak dimanfaatkan..

    BalasPadam
  3. Ya Allah Ameen Ya Allah.

    Affan, jangan tunggu besar,sekarang pun boleh ikut kesempatan dan peluang yang ada.Contohnya bila sedang berjauhan,kerapkanlah menghubungi mereka. Sebab usia tidak dapat dijangka berakhirnya,takut tidak berkesempatan menggembirakan mereka. :)

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam Kak Werdah.

    Itu anugerah untuk beliau. Sebenarnya kita juga ada kesempatan tapi tidak sedar dimana letaknya peluang itu.

    Semoga dijauhkan kita dan anak-anak sebagaimana ayat terakhir komen Kak Werdah di atas.

    BalasPadam

Catatan Popular