Sesiapa yang punya anak perempuan akan tiba masanya mendengar jeritan sebegini. Sebagai ibubapa tentulah menghadapinya dengan penuh kesyukuran,menandakan anak gadisnya normal dan sihat. Tetapi agak besar juga kebimbangan jika kedatangannya tiba terlalu awal,bimbang anak belum pandai mengurus diri. Sesungguhnya teramatlah besar peranan ibu menghadapi saat ini. Kebijaksanaa amatlah penting bagi membuka minda anak bahwa mereka telah sampai ketikanya melakukan tanggungjawab sebagai sebagai muslimah. Memberitahunya bahawa segala amalnya akan tercatat dalam buku amal baik dan tidak baik untuk dimizan dialam akhirat nanti.
Apa yang perlu meraka tahu ialah mereka;
- -Sudah tidak boleh meninggalkan solat 5 waktu .
- -Kena bayar hutang puasa.
- -Kena tahu bagaimana mahu mandi junub.(jangan meletakkannya di bahu ustazah sekolah agama sahaja)
- -Kena membataskan pergaulan dan aurat di kalangan orang yang berhak sahaja.
- -Kena bertanggung jawab dengan tuala wanita dan pakaian dalamnya,bagaimana mencuci dan menguruskannya(Bukan dengan mencampakkan merata-rata tempat,seboleh-bolehnya cuci sehingga tiada kesan darah dan mambalutnya dengan kertas akhbar sebelum membuang di dalam tong sampah.
- -Perlu jaga adab adab semasa kedatangan bulan,masa orang solat jagalah tingkahlaku tidak menggangu orang sedang solat begitu juga semasa bulan ramadhan, semamgnya tidak boleh berpuasa tetapi janganlah makan dengan menunjujk2 di khalayak ramai.
Bersyukur bagi anak-anak yang lewat kedatangan bulannya,iaitu sehingga mereka bersekolah menengah. Tentu agak matang berfikir,dan telah punya ramai teman-teman yang telah mengalami untuk berkongsi pengalaman dan ilmu.
Bagi ibu-ibu yang belum pernah mengalami situasi perubahan anak-anak gadis dari alam sunti ke dunia gadis Makbonda syorkan membaca buku catatan di bawah. Berbaloi juga Makbonda belikan untuk sidia, semestinya makbonda telah mengkhatam dahulu. :)
Sinopsis dari PTS.( Mengenai haid. Kisah seorang remaja yang masih belum datang bulan. Isi jurnal ini banyak berkisar mengenai bagaimana dia memerhati rakan-rakan dan guru-guru perempuan di sekolah, serta resah gelisah dan debarannya kerana belum datang bulan. Penantiannya berakhir apabila dia betul-betul datang bulan. Namun dia panik kerana di sekelilingnya tiada ahli keluarga perempuan yang boleh membantu. Jurnal ini cuba mengaitkan haid dan perubahan-perubahan hormon, tingkah laku dan mood kepada wanita, sama ada remaja ataupun perempuan dewasa. Masalah berkaitan PMS dan hal-hal taboo mengenai haid juga cuba ditonjolkan.)
Bahan bacaan santai sebegini mmg perlu utk anak2 yg belum tahu erti 'period'..
BalasPadam- pernah terfikir utk menulis buku sedemikian, kerana pengalaman silam yg sgt 'rumit' ketika berhadapan dgn situasi berkenaan!! (mak adalah seorang yg sgt pemalu utk berkongsi perihal2 ini semua.. mujur ada kakak utk membantu..)
- tiny antara yg datang bulan di usia sekolah menengah.. tingkata 4.. huhuhu... org lain naik tingkatan 1 je, dh habis pakai tudung.. tiny sorang je dok pakai pinafore.. huhuhu..
.. tapi, bila dh dtg bula.. TOTALLY CHANGE..
imej (dh mula tutup aurat) dan attitude (dh tak kasar2 marah2 org dah.. hahaha..)
:)
Makbonda pun telah kesekolah menengah,sangat beruntung sebab guru asrama ketika itu sangat ambil berat tentang permasaalahan sebegini.
BalasPadamMak dulu-dulu memang sangat pemalu. sehingga kami tidak perasan yang emak sedang period.Tidak pernah nampak beliau makan siang hari di bulan Ramadhan,sebab ada setengah emak kepada kawan yang masak dan makan seperti biasa semasa bercuti.
Pad ibu-ibu yang ada anak perempuan kena bersedia menghadapi situasi ini Tiny.