DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Rabu, 5 Jun 2013

GURU BESAR


Tertarik dengan satu iklan nescefe,dimana pekerja pejabat sedang berhepotisis mengenai boss baru,adakah dia bergaya,atau simpoi rupa-rupanya biasa-biasa sahaja.

Begitulah,bila boss bersara atau pindah,berdebar menunggu boss baru. Bagaimana orangnya,adakah kita dapat bekerja bersamanya.Sejak bekerja saya telah mengalami 10 orang guru besar termasuk yang terkini. Semasa mula-mula posting dahulu saya telah disambut oleh guru besar perempuan,yang masih bujang. Saya sering diangkutnya kesana-kemari. Dari jemputan sukan hingga membeli ikan. adakalanya diminta membungkus kiriman kuih muih untuk anak angkatnya yang study di UK.Suatu masa dia mahhu saya menunjukan tempat anaknya belajar didalam peta,jenuh dia mencari tapi tidak berjumpa,saya hanya ketawa di dalam hati sebab itu adalah peta New England.

Setiap guru besar ada kelebihan dan kekurangan,namun saya dapat bekerja bersama mereka. Tidak mustahil adakalanya bergelora dan ketikanya tenang. Yang saya paling tidak boleh bila boss jenis suka diampu. Alamat saya akan menjauhkan diri dan membuat kerja-kerja saya sendiri kerana Allah.

Terbaru,kami mendapat seorang Guru Besar yang sebelum ini bekerja di Jabatan Pelajaran Malaysia. Kata salah seorang dari kami,kita jangan terlalu awal menilai,tunggu masa edahnya lebih kurang 100hari. "Ye ke,ada edah-edah" Kata hati saya.Sahingga sekarang melebihi tempoh 100hari....dan saya belum terjumpa celanya.

Saya baru terjumpa seorang guru besar yang berucap dihadapan perhimpunan sering menekankan solat dan amalan membaca al Quran.Dalam Mesyuarat sering diingatkan guru-guru agar menghadapi pelajar dengan amal maaruf dan nahi mungkar.Pandang setiap pelajar adalah punca rezeki. Setiap apa yang beliau arah guru buat beliau akan buat dahulu,jadi tiada alasan untuk guru-guru ingkar. Contohnya setiap pagi beliau akan datang awal dan berdiri dipagar menyambut kehadiran pelajar.Kesannya guru-guru yang bertugas tidak rasa merungut  seperti dahulu untuk berdiri disiinya sama-sama menyambut kedatangan pelajar.

Pengalaman beliau semasa di Jabatan yang sering membuat lawatan ke sekolah-sekolah sering di kongsikan,dengan ayat "Mari kita buat begini dan begitu" bukan " Semua orang mesti buat begini dan begitu". Semua pekerja disantuni termasuk pekerja suwasta,layanannya sama sahaja. Saya pun hairan,semua pekerja positif menurut pandangannya.
Dari gambar sahaja boleh kita baca,bagaimana sikapnya teradap pelajar. 1 antara 10 orang yang saya baru jumpa.

Baru-baru ini beliau mengajak guru-guru membawa pelajar ke Pulau pangkor dalam Program Peningkatan UPSR di Luar Bilik Darjah. Sudahlah dibuatnya semasa cuti sekolah,guru-guru kena membawa pelajar menggunakan kenderaan masing-masing.Tidak dibenarkan membawa keluarga kerana dibimbangi tidak dapat menumpukan kepada pelajar. Guru dan pelajar dikenakan bayaran RM50,dengan penginapan satu malam di Coral Bay Resort.Guru tidur sekali dengan pelajar. Dua kali makan,sekali sarapan dan minum petang.Tiada guru yang merungut,hanya 3 orang yang tidak dapat turut serta atas alasan yang sangat munasabah. Tidak tahulah bagaimana beliau menyusun badget.Saya pun tak pasti entah berapa banyak yang dikeluarkan dari poketnya. Semoga beliau mendapat keredoan Allah.

Setiap guru menyumbang tenaga tanpa bayaran,beberapa orang guru pemeriksa kertas UPSR menyumbang tip-tip  menjawab,yang lain membimbing. Semuanya dilakukan dengan ikhlas.

Setiap individu menjalankan peranan masing-masing tanpa rasa terpaksa.


Siap dengan kejutan. Saya nampak Mata Didi berkilau-kilauan bila airmatanya membalikan cahaya lampu,ini adalah pertama kali harilahirnya disambut dan pertama kali membelah kek.
Tiada lagsung terdengar sebarang rungutan dari guru-guru. Malah mereka semua happy.


 Sebelum ini banyak juga idea dari kami untuk sesuatu aktiviti tapi sering terkubur begitu sahaja,tiba tiba idea-idea itu direalisasikan oleh beliau. Bila beginilah keadaannya setiap hati warga sekolah akan berasa bahagia melangkah ke tempat kerja setiap pagi.


Lapan ciri pemimpin yang baik yang digariskan oleh khatib menurut perspektif Islam adalah seperti berikut:
1 Berupaya menjaga agama dan menegakkan syariat Allah
2 Memiliki kekuatan atau kesihatan fizikal, spiritual dan mental untuk menanggung kerja dan amanah yang dipikul
3 Memiliki sifat taqwa dan berintegriti
4 Amanah, adil dan tidak berlaku zalim atau mengamalkan diskriminasi
5 Bertanggungjawab dan tidak sombong terutama kepada pengikutnya
6 Tegas dan berpegang teguh kpd prinsip adil, amanah dan integriti
7 Berakhlak dan berbudi. pekerti mulia
8 Menunaikan janji dan tidak berdusta atau berbohong

Berapa patut kita bagi markah untuk guru besar saya sekarang?

Sekolah yang cemerlang dan berkesan kebiasaannya diterajui oleh Guru Besar yang cemerlang. Mereka ini berupaya untuk membimbing dan memandu seluruh warga sekolah ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.




Semasa menunggu di lobi Coral Bay,pelajar-pelajar terserempak dengan kumpulan usahawan tuppewere,dan sempat disantuni oleh mereka.Sukanya pelajar saya.

2 ulasan:

  1. Bagus Simah dapat bertugas dengan boss begitu. Markah 9/10 saya beri. Satu point untuk sentiasa mengejar perfection. Semoga Sekolah diberkati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini juga ujian buat saya Puan.Ujian menghadapi zon selesa adakalanya lebih besar tapi secara diam.Kalau masih tak perfect mananya sayalah yang bermasaalah.

      Semoga kita sentiasa di jalan yang benar.

      Padam

Catatan Popular