Beberapa hari lepas kami mengunjungi salah seorang emak saudara kepada suami.
Dia ibu tunggal yang tinggal bersendirian di sebuah rumah teres peninggalan suaminya.Anak-anak telah berumahtangga dan tinggal ditempat lain,termasuk lah satu-satu anak lelakinya yang tinggal sesebuah kuarters di daerah yang sama.
Dia kesedihan sebab satu-satu anak lelakinya telah membuat rumah bersebelahan mertuanya yang punya ramai anak lelaki lain.Sedangkan dia hanya punya seorang anak lelaki,dan dia sendiri tinggal bersendirian.
Walaupun beberapa kali dia berkata,sebagai orang tua kena redho dan kena doakan kesejahteraan anak-anak.Tapi masih lagi mangulang ulang ayat yang menggambarkan dalamnya luka di hati. Beberapa kali diulang;
"Dia ada ramai anak lelaki,kenapa anak lelaki saya yang seorang itupun nak diambik,selama ni saya pergi hospital driver kereta sendiri,tapi maka dan bapak mertuanya mintak anak saya hantar.Selama ni dia tak pernah pun cerita yang dia nak buat rumah sampailah anak dia yang tunjukan gambar rumah dalam pembenaan dalam telefonya,sampai ati dia buat macamtu, tapi ialah aku kena redho,kena doakan keselamatan dia"
Kami pun tak terkata apa,hanya mampu menambah apa yang dia kata dihujung.
"Ya betul kena redho,yang penting dia masih ingat maknya,kita tak tahu masaalah dia,mungkin dia nak tinggal dalam kampung. Makcik,hidup kat dunia sementara je,yang penting Makcik dah lepas tanggungjawab bela dia sampai dewasa,sekarang dah tugas dia nak ingat makcik atau tak.Alhamdlillah makcikpun boleh memandu sendiri,itu kelebihan yang allah bagi.Kalau makcik sayang dia,redhokan je."
Tak tahulah semujarab mana ubat yang kami beri,kami datang hanya sekali-sekala,ketika lain tidak dapat diramalkan keadaannya. Hanya yang kami harap akan bertemu anak lelakinya itu,kalaupun dia telah terlanjur membina rumah di sebelah mertuanya,tolonglah ubati hati ibunya dengan lebih kerap menziarahinya, sekurang-kurangnya menalifonnya.
Makbonda juga punya seorang kawan sejawatan,tapi berlainan tempat bertugas, hanya sekali-sekala bertemu ditempat mesyuarat atau kursus.Makbonda namakan sebagai Sabariah.Disini adalah kampung halaman suaminya.Ayahnya seorang pesara yang membeli tanah di sebuah kampung di Melaka,dan berharap Sabariahlah yang tinggal bersebalahan dengannya,telah disediakan tapak untuk sebuah rumah.Tapi suaminya telah membeli lot tanah bersebelahan rumah ibubapanya dan membuat rumah banglo 2tingkat diatas tanah itu.Adik beradik perempuannya yang lain juga tinggal disekitarnya.Perkara ini telah mengecewakan bapa Sabariah,sehingga beliau bersumpah tidak mahu menjejak kaki di bumi Sabak Bernam.Jika sebelum ini semasa Sabariah tinggal menyewa,dia acapkali datang kadang bermalam dirumah besan. kini tidak lagi.Sabariah terperagkap dalam rasa serbasalah.Bila dia menceritakan kisahnya,Makbond hanya mampu memberi semangat padanya
"Bersabar,doa banyak-banyak supaya lembut hatinya.Kamu dipihak yang betul,Isteri kena ikut suami,lagipun dia anak lelaki,sulung pulak,tanggung jawab dia besar,emak apak dia tak sihat pulak tu.Walau macamnapun kamu mengalah,sering -seriglah kunjunginya,tak apa dia tak layan,lama-lama nanti Insyaallah,sejuklah tu.Alhamdulillah,kamu punya keluarga mertua,ipar duai yang baik-baik."
Makbonda pun terfikir,adakah suatu masa nanti akan menjadi begitu?Kadang-kadang anak lelaki tidak menalifon pun dah mula buruk sangka "Yalah menalifon girlfriend boleh,ada je kredit,telefon emak asyik habis kredit,pada hal telefon emak dapat pahala,telefon girlfraind dapat dosa,dia pilih juga yang dosa"
Makbonda pernah tanya perkara ini pada emak."Apa perasaan emak kalau anak lelaki tinggal tinggal dekat rumah mertua,sedangkan emak tinggal jauh dari anak-anak"
Jawab emak
"Nak buat macamana,semua tu Allah yang aturkan,Dah rezeki mertuanya dapat tinggal dekat dengan anak-anak.Kelebihan orang buat apa nak irihati. Nak tinggal dekat tapi tak ada kerja nak buat macamana.Tak apalah tinggal jauh asalkan ingat mak bapak,selalu telefon. yang dekat pun asyik selisih faham buat apa.?"
Maha suci Allah,Emak memang selalu berfikiran positif. Makbonda sering dihantui dosa pada beliau bila beliau terlebih dahulu mendail nombor Makbonda. Biasanya Makbonda akan akhiri dengan "Terimakasih mak telefon saya dulu"
Sekarang beliau menciplak perkataan Makbonda,bila Makbonda buat panggilan,beliau akan mengakhir perbualan dengan "Terimakasih telefon emak"
Ya Allah,wariskanlah kebaikan emak itu kepada ku.

Assalamualaikum Makbonda,
BalasPadamAlhamdullilah, bila jauh saya lebih kerap menalipon umi abah berbanding bila dekat...benar sekali seperti Emak Makbonda kata, sungguh redha dengan kentetuan Allah.
Ya Allah, tanamlah dalam hatiku kebaikan yang kupelajari dari sifat Makbonda dan Emak beliau,semoga ketaatan kami pada insan bergelar ibu mendapat rahmat dan redhaMu. Ameen.
Salam makbonda,
BalasPadamBenar kata makbonda, think positive dan bersabar. Izinkan saya komen, makbonda. sedikit panjang sbb semua ni saya lihat sendiri.. Saya dah pernah lihat, jarak jauh dan dekat tiada beza atas sikap anak.
Benar, menjaga hati ibubapa sangat payah. Sbb mereka mudah sgt terasa. Ttpi mmpunyai kedua pihak ibubapa yg tidak memaksa, suka mengalah dan berfikir yg baik-baik saja, adalah satu Rahmat buat saya dan suami...
Sbg anak perempuan, saya sedih mmbaca kisah ini. Rasa nak tegur jer anak lelaki itu dan si isteri. Nampak benar, mereka tak berusaha berlaku adil pd kedua pihak keluarga. Biasanya, keluarga si isteri yg selalu mengalah. Ini pula terbalik.
Anak lelaki anugerah Allah. Anak perempuan mmg boleh mmbantu ibubapa, tetapi ia sedikit trhalang jk sbb sntiasa perlu minta izin suami. kalau suami kata tidak boleh, memang payah sikit. Sedangkan lelaki, kuasa di tangannya utk berbuat apa-apa. Sbb itu barangkali ibu banyak brharap pd anak lelaki. Saya selalu teringat kisah rasulullah yg cuma ada anak2 perempuan yg masih hidup. Itu menenangkan hati saya, kerana saya sndiri ramai adik beradik perempuan.
Saya juga isteri dan menantu, tidak sampai hati merebut suami dari keluarganya. Tetapi saya tetap menasihatinya supaya adil kpd ibubapa saya jg. Dlm Islam tidak suka melihat berlebihan, tetapi kesederhanaan.
Saya dari keluarga besan juga, yg mmpunyai adik lelaki yg seorang. Pasti, tidak suka melihat saudara lelaki diperlakukan begitu oleh keluarga isterinya. Islam itu adil, ibubapa kandung mmpunyai hak ke atas diri si anak meskipun sekadar 'Bin'. Dan si suami jg tidak menafikan hak isteri dan anak ke atasnya.
Peranan isterilah yg mengajak suami. Begitulah asalnya dr kisah nabi adam dan hawa. Harapan saya, isteri haruslah mmpunyai banyak belajar supaya tahu haknya sbg isteri, juga tidak menafikan hak kedua belah ibubapa dan mertua. Meskipun tidak semua pihak akan brpuas hati 100%, tapi kita jauhkanlah perkara yg kedua ibubapa tak suka, dan hiburkan hati mereka. Itu saja. Selagi mmpunyai ibubapa... :)
Assalamu'alaikum Makbonda
BalasPadamKak jadi teringat tazkirah yang kak dengar bahawa usaha manusia ini pelbagai.. [Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya. Jelasnya: Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya) Serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya; Serta dia mendustakan perkara yang baik, Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;; (surah al-Lail ayat (4 -10)]
Soalnya adakah semua di kalangan anak-anak dan ibu bapa mengambil peringatan ini..
Untung ada ibu bapa/mertua yang positif namun anak-anak serta menantu sewajarnya tidak membuat tindakan yang mengguris perasaan orang tua..
Semoga kita semuanya diberi hidayah taufiq untuk melaksanakan yang baik.. amiin
Assalamualaikum akak...saya dah dpt pndh ke sek agama kt sini,alhamdulillah...sekarang mak pun tinggal sekali dgn saya..itu la sukarnya plk nak jaga hatinya..mudah tersinggung..apalagi ketika kita sibuk dgn anak2..tak terjaga kebajikannya(ada ketika),doakan ya akak semoga Allah memberi kekuatan kepada kami sekeluarga untuk menyantuni dan mengasihinya sebagaimana kita masa kecil
BalasPadamAssalamualaikum MakBonda..
BalasPadamTeringat kata sorang ustaz dlm satu ceramah ni.. kata ustaz tu, ibu bapa yang diamanahkan Allah dengan zuriat, tugasnya adalah utk membentuk mereka menjadi insan yang beriman kpd Allah dan beramal soleh.. bela utk jadi ORANG, jadi insan, jadi hamba Allah..
Bela anak bukan macam bela lembu.. dah cukup masa, dah besar segar bugar, pi jual untuk dapat untung!..
Jadinya, bela anak ini sebab mereka adalah amanah.. bukan lesen utk jaga sakit pening atau sara kita masa tua.. bukan utk pastikan diaorg bela kita bila kita dah tua... Itu memang tanggungjawab dia sebagai anak, yg dia kena tahu dan faham tanggungjawab dia.. (sbb itu ajaran dan didikan awal yg betul itu perlu!!)..
tapi.. kalau anak tak menjadi seperti apa yg kita cuba nk bentuk dia utk jadi (seperti yg dikehendaki), doakan yg terbaik utk dia.. yang penting, kita dh jalankan tanggungjawab kita sebaik mungkin.. dan sebagai ibu bapa, doa jangan pernah putus utk kebaikan anak dunia dan akhirat.. kerana dgn doa itu juga semoga mereka kelak dapat mendoakan kita di akhirat sana..
... dan benarlah.. ada beza antara REDHA dan PASRAH..
REDHA ~ adlh jika kita benar2 ikhlas menerima meski tidak selari dgn kehendak jiwa.. sabar dan bersyukur dengannya.. dan dgn ketentuan-Nya..
PASRAH ~ adlh apabila kita menerima tetapi tidak dgn jiwa.. masih tetap berkata-kata dgn nada kecewa dan rasa sebak, juga sesekali meyalahkan takdir dan 'menidakkan' ketentuan-Nya..
Masih kerap keliru dgn diri sendiri.. utk kuatkan REDHA mengatasi PASRAH!!.. (iblis dan kroninya sgt bijak memanipulasikan hati kita.. kan makbonda.. huhuhu)..
Alhamdulillah,
BalasPadamSegala puji bagi Allah,yang menggerakkan hati-hati untuk memberi respon disini.Makbonda pula yang terlambat nak reply.....dimusim lawatan Nazir yang bermukim di daerah ini.
Mieza,
Kalau dah setiap orang memahami peranan masing-masing sebagai makhluk,Insyaallah akan bertemu titik pertemuan.Semoga anak-anak kamu juga akan mewarisi apa yang baik dari kamu.Dengan izin Allah.
Salam kembali indah.
BalasPadamPada mereka yang tidak berlaku adil itu,apa kata kalau suatu masa nanti anak-anak juga akan memperlakukannya begitu,sebab itu apabila kita rasa sesuatu ketidak adilan berlaku pada kita cuba muhasabah diri,apakah kita pernah mmeperlakukan orang lain begitu. Malangnya ada yang mau oranglain adil kepada nya padahal dia tidak berlaku adil kepada orang lain,apatah lagi kalau kepada ibubapa/mertua kita. Kalau kita mampu tegur dia,demi kasih sayang kita padanya.Walaupun kekadang responnya amat menyakitkan tetapi suatu masa nanti dia akan sedar,berkat doa kita juga.
Takutkan kalau suami kita menjadi anak derhaka disebabkan kita.Nauzubillah.
Waalaikumussalam Kak Werdah.
BalasPadamJazakillah....atas perkongsian tazkirah di atas.Semoga kita digolongkan dam golongan yang pertama.
Masa muda-muda dulu saya masih jahil.Pernah bertanya pada seorang alim. "Ustaz,ada orang sangat hormat ibunya,bercakap dengan santun tapi ibunya tetap tidak menerimanya malah ada anak lain yang bercakap kasar dan sering menyakitinya tapi masih disayangi dan sering di belanya.apa kedudukan anak ini di sisi Allah"
Jawapannya"Maknanya anak ini disayang Allah,Dah lah dikurniakan kesantunan,dinaikan taraf lagi dengan kesabarannya. Belum tetntu ibu dia tidak menyayangninya,mungkin ibunya tahu bahawa dia anak yang baik,dia sentiasa mendoakan anak ini."
Kini bertambah keyakinan saya bahawa Allah Maha menunaikan janji.
Waalaikumussalam Ustazah,
BalasPadamAlhamdulillah berkat kesabaran,kepayahan dapat dilalui.
Insyaallah suatu masa kami akan berkunjung.
Allah telah memberi peluang pada Ustazah suami isteri berkhidmat pada ibu,gunakan kesempatan itu sebaiknya,bukan semu orang dapat peluang itu.Banyakan meminta pada Allah agar kita dapat membahagiakannya.
Waalaikumussalam Tiny,
BalasPadamMak Makbonda kalau di tanya dalam telefon
"Emak sorang sorang kat rumah ni?"
"Ada Allah bagi Malaikat jaga kiri kanan,depan,belakang,atas bawah"
Berambah ilmu Makbonda rupanya ada beze anatara redha dan pasrah. Redha lebih tinggi makmnya.Pasrah macam masih berbau mazmumah.
Insyaallah kita menuju meletakan diri kepada redha.
Jazakillah khairankathira.