DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 25 Mac 2012

Untung


Alhamdulillah. Hujung cuti pesekolahan yang lepas dapat juga  menunaikan udangan meraikan walimah puteri kepada Mak Usu di Pasir Gudang. Kena berusaha untuk hadir juga sebab ini adalah majlis untuk satu-satunya anak perempuannya,seorang lagi putera yang baru memulakan alam pekerjaan. Alhamdulillah bertemu dengan sanak saudara termasuk seorang yang pernah Makbonda tulis di sini.

Sejak peristiwa itu inilah kali pertama kami bertemu lagi. Kami sama-sama rewang tapi masa untuk bersamanya terhad,sebab ramai lagi sanak saudara yang perlu disantuni. Sampai ketikanya kami berpeluang untuk duduk bersama,memotong sengkuang, timun, jambu batu  dan aneka buah lagi untk bahan rojak buah. Dari satu topik ke topik lain kami berbual.Dari peristiwa sejak kecil hinggalah seusia ini. Seketika itu perbualan kami terganggu sebentar oleh kehadhiran anak gadis sulung Makbonda menghantar minuman.

"Dah besar anak kamu ye,untung kamu ada anak sebesar ini.Dapat rasa nikmat anak membesar. Kalau anak sulung aku hidup lagi dah besar macam ni"  Suaranya berubah menjadi tersekat-sekat.

"Tak usahlah mengira untung orang lain,kira sajalah untung diri sendiri dulu. Anak kamu telah tahu dimana darjatnya diakhirat nanti. Anak aku? Belum tahu, aku dan kamu juga. Bahagianya kamu di sana nanti, anak-anak kamu menyambut  kedatangan kamu,maengajak kamu sama-sama masuk syurga"

Subhanallah.



Menceritakan hadith oleh Muhammad b Ismail b Ibrahim b 'Ulaiyah dan Abdul Rahman b Muhammad, berkata kedua-duanya: 'Menceritakan hadith oleh Ishaq, dia itu adalah Arzaq, hadith dari 'Auf hadith dari Muhammad hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak ada dari dua orang Islam (maksudnya, dua ibubapa) mati diantara kedua-duanya (yakni, mati sebelum mereka) tiga orang beberapa anak mereka (yg) belum sampai baligh kecuali memasukkan kedua-duanya oleh Allah (a.w) ke dalam syurga dgn kelebihan kerahmatan Allah (a.w) pada mereka (tiga anak mereka itu) ke dalam syurga.' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Dikatakan kpd mereka masuklah kamu ke syurga.' Maka berkata mereka (i.e. anak): 'Tidak (masuk kami) sehingga masuk kedua-dua ibubapa kami (bersama-sama kami).' Maka berfirman Allah (a.w): 'masuklah kamu dan kedua ibubapa kamu.' [Hadith an-Nasa'i,]






2 ulasan:

  1. Betullah MakBonda..

    Apa yg Allah bagi dan ambil tu, pasti ada hikmah yg tersembunyi, yg hanya kita ketahui apabila mengkaji dan mencari.. bukan meratapi dan menyesali..

    Mak tiny pon ada sorang anak yg 'telah kembali ke sisi Allah di usia bayi'.. tiny selalu cakap kt mak, yang mak untung sgt, dh ada yg tunggu kt sana.. mak cuma tinggal jaga ibadah mak kt dunia terutamanya solat, puasa, aurat dan taat pada ayah.. (ayah pulak setiap hari dok sebut "ayah redhakan mak" sebab mak dah bagi yang terbaik untuk ayah..) Allahu!.. - kekadang tiny cemburu pulak kat mak!.. hahaha... Moga mak dan ayah dan semua kita diberi laluan mudah utk bersama di Jannatul Firdaus-Nya.. Ameen..

    ... tapi, ada jugak tiny dengar, bahawa si anak akan menunggu ibunya di luar pintu syurga selagi si ibu tak masuk syurga - kerana si ibu tak habis hitungan lagi di neraka!.. Wallahu'alam bisawab..

    ... tapi, yg pasti, setiap umat islam dijanjikan syurga selagi tidak berdosa syirik kepada Allah, kan makbonda kan....

    :) <3

    BalasPadam
  2. Syirik menjadi halangan menuju syurga? takutnya.

    Kadang kita tidak menyedari yang kita sedang dalam suasana itu. Kecuali ada yang mengejutkan kita.

    "Ya Allah, sesungguhnya kami mohon perlindunganMu daripada mensyirikkanMu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami mohon ampun kepadaMu daripada apa jua perkara yang tidak kami ketahui."(Al ma'thurat)

    BalasPadam

Catatan Popular