DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 20 Mac 2012

Tetamu oh tetamu (V)

Usai tetamu-tetamu suami bubar,maka Makbonda pun ke ruang hadapan,mengutip bekas-bekas  yang telah terguna. Wah! Sehingga objek ini pun diguna pakai. Semakin diamati semakin menebal kehairanan dan penuh tanda tanya.Bukan sebab kedekut tak bagi pakai.

Kenapa mereka tidak menggunakan yang lain dalam koleksi seperti yang ini
atau yang ini
yang inipun melambak-lambak
tak kesah,pakailah,Makonda bukan jenis yang kesah sangat dengan koleksi ini,semuanya diperolihi tanpa  bermodal,semuanya pemberian tanda kasih sayang dan silaturrahim. Ianya tetap disimpan sebagai kita sangat menghargai kasih sayang dan silaturrahim mereka. Tetapi masaalahnya digunakan untuk ini pula;

Tanpa peduli dengan wacana yang disampaikan di dindingnya.



"Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut : "Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan" ; ertinya : "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan" (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992) " dipetik dari  http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=259

2 ulasan:

  1. Allahu!.

    Tak terkesan langsung pd pak naga-pak naga tu yer!!..

    Tapi, yg selalu tiny sedihkan bila tgk org yg 'breagama' yg bercakap HEBAT pasal hukum ibadah, fiqh, al-quran, as-sunnah.. berkhutbah berceramah mengajak org ramai mengawal nafsu dengan menjauhkan diri daripada perkara yg haram dan mungkar... tapi sadisnya mrk sendiri gagal "mengawal nafsu menyedut benda yg membahayakan diri serta yg dipersekitarannya!!"..


    "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan."

    ... iv) Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

    ...b) Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

    ...e) Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah: ....(iii) Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.


    .. sampai bila mereka baru mahu mengerti ya mak bonda?!..

    (tiny sgt bersyukur kerana ayah dan suami tiny berjaya BERHENTI merokok - PERMANENTLY.. bau rokok shj buleh membuatkan mereka nk muntah.. hisap jauh sekali!!.. Alhamdulillah... ini membuktikan bahawa, BOLEH itu datang dari dalam diri.. hanya nafsu yg sering menyangkal iman!!)..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah,
    Makbonda pun bersyukur tidak hidup dikalangan perokok. Kasihankan nanti mereka menjadi wali nikah pada anak-anak perempuan mereka.

    Walaupaun dah letak gambar-gambar yang menyayat hati pada kotak rokok namun kesannya masih jauh,agaknya apa kata letak statmen dari firman dan fatwayang seperti Tiny tulis diatas.Sekurang-kurangnya individu yang Tiny maksudkan di perenggan atas tu dapat hidayah.

    BalasPadam

Catatan Popular