Dua cuti berturut-turut dua orang jejaka di rumah Makbonda membawa kawan sekolejnya balik.Jejaka pertama membawa seorang pemuda Filifina penganut khatolik.Eloknya tingkahlakunya. Setiap kali menjamah makanan asyik memuji sahaja.Orang menghidang sebok nak tolong.Lepas makan habis meja,singki di kemaskannya,Semasa meninggalkan rumah berapa banyak thank you yang keluar.Beberapa hari setelah beliau meninggalkan rumah ini Makbonda selusuri FB mereka,terjumpalah catatan di wall mereka.
Itulah adalah cara dia memberi penghargaan.
Minggu berikutnya jejaka kedua pula membawa kawan seasramanya,dari Melaka. Pun sama,lepas makan bersihkan meja dan singki. Bercakap dengan orang tua begitu sopan sekali.
Kata Makbonda dan suami
"Agaknya macamana keluarganya ye? Pandai Mak bapaknya didik dia."
"Agaknya macamana anak-anak kita bila jauh dari kita ye?"
Beberapa bulan yang lepas jiran rumah kami menerima 6 orang pelatih wanita dari sebuah kolej untuk menjalani prktikal untuk tinggal selama 3 bulan dirumahnya. Remaja-remaja semua. Sebelum ini pun beliau pernah menerima dan agak selesa dengan kehadiran mereka.Kali ini Masyaallah,agak terkejut juga dengan perilaku mereka. Berlarian diatas rumah,berborak dan mengilai sehingga jauh malam.Makbonda sebagai jiran tidaklah terganggu kerana bila tutup pintu dan tingkap gelombang suara meraka tidak berapa dapat menembusi,tetapi kasihan dengan tuan rumah. Beliau sendiri sangat terkejut,Seusia ini baru pertama kali melihat perilaku remaja sebegitu rupa.Anak-anak pun tidak senang dengan perilaku mereka,salah seorang menantunya menulis di sini. Apabila beliau meluahkan ketidak selesaannya,Makbonda beri saranan agar beliau mengggunakan kuasa sebagai tuan rumah.Beliaupun memberi kata dua samaada mengubah tingkahlaku atau mencari rumah lain.Akhirnya mereka memilih untuk mencari rumah lain.
Ulasan kami
"Macamana agaknya keluarganya ye?"
"Entahlah Kak,anak saya pun menyewa ramai-ramai kat luar sana,tak tahulah bila jauh dari kita."
"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana kamu tidak akan sekali-kali dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” (QS Al-Isra’:37)
Daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a, katanya, Bukanlah rasulullah s.a.w seorang yang bersifat keji dan baginda tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji. Baginda bersabda, Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya.
Kepada anak-anak yang jauh di sana sini, Hiduplah dengan berakhlak, bukan suruhan ibu tapi suruhan Allah. Seluruh alam akan gembira dengan kamu jika kamu beraklak.

Assalamu'alaikum Makbonda
BalasPadamBila begini bolehlah kita kata muslimlah yang merosakkan imej Islam..tak seperti rakan filifina tu..
Kak selalu pesan kepada anak-anak bila di rumah kawan-kawan jagalah akhlak, tapi bak kata makbondalah kita tak ada di sana kita tak tahu bagaimana perangai mereka.. harap-harap taklah memalukan.
Waalaikumussalam Kak Werdah.
BalasPadamMereka hanya ada etika,kita pula guna hukum.Alangkah ruginya kita jika perlakuan kita lebih rendah dari mereka. Saya selalu pesan kat anak agar beri gambaran akhlak Islam yang terbaik pada kawannya itu.
Ya,harap-harap bukan sahaja janganmemalukan ibubapa tapi memalukan diri sendiri di depan Allah.