Hari itu saya berusaha menunggu rancangan semanis kurma keudara,sebab antara penalnya ialah Imam Muda Hasan dan isterinya Fardatul Ulfa. Saya mahu melihat wajah Ulfa terkini,walaupun kenal dekat dengan ibubapanya, wajah anak-anak tidak berapa cam,sebab nampak dulu ketika kecil-kecil,sehinggalah saya lihatnya pada hari perkahwinannya yang saya tulis disini.
Tajuk hari itu ialah diari rahsia.Semua pendapat berkisarkan larangan menceritakan perkara negetive dalam rumah tangga pada orang yang tidak layak mendengarnya. Tiba tiba seorang pemanggil bernama Ain Diana bertanya,
"Apa pendapat ustazah ya pada sesaorang yang suka menceritakan kebaikan suami secara berlebihan,contohnya suami selalu buat kerja rumahlah suka masaklah"
Antara Jawapan Imam Muda Hasan lebih kurang begini,
"Belum tentu suami suka isteri yang mendedahkan kerajinannya di rumah,boleh jadi suami akan mendapat malu. atau pun akan menimbulkan hasad dengki pada pendengar-pendengarnya"
Disamping ingatan untuk tidak mendedahkan perkara aib jangan pula lupa tentang perkara-perkara sebaliknya pula. Kerana jalan untuk menjatuh sesaorang bukan hanya dengan kutukan tetapi juga dengan pujian yang berlebihan.
A bercerita kepada B bahawa beliau tidak pernah menyiang ikan,samada ikan itu telah siap disiang dipasar atau suaminya yang menyiang.Nampak seperti menghargai suami. Suatu ketika disaat B terlalu banyak kerja rumah perlu dibereskan,suaminya pula membawa pulang ikan yang belanak kesukaannya.Mulalah nafsu mendapat bisikan dari syaitan.
"Nak tahu tak,kamu je yang mahu menyiang ikan,kenapa tak minta suami kamu macam suami si A tu?"maka babak seterusnya berlangsung."Kenapalah suami ku tidak seperti suami dia". Padahal banyak kelebihan lain yang perlu dipandang.
Samadamenceritakan hal kita untuk tujuan pendidikan,atau untuk mengampu atau semamgnya untuk menunjuk-nunjuk tentu berbeza irama dan nadanya.
“Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.” Surah an-Nisaa, ayat 49)
"Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu. (Hadis Riwayat Ahmad)"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan