Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Ummu Anas.
"
Mak pernah tak baca tulisan penulisni" Tanya Puteri makbonda semasa menginap di kuartesnya di Felda Linggiu,Kota Tinggi tempoh hari
"Memang tak pernah,mana dapat buku ni,tak pernah nampak kat kedai ke atau pesta buku ke,macam menarik" Helaian demi helain di selak perlahan, ya memang menarik.
"Memanglah tak ada kat kedai buku biasa. Ni kolumnis majalah Haluan,pasaran tak sampai tempat kita.
"Mak pinjam dululah ye"
"Eh ni buku emak-emak untuk remajalah lah mak"
"Eh emak pun masih remaja apa dari segi ilmunya."
"Emak ni nak melawak-lawak pulak"
"Betul apa.tua dari segi usia je,ilmu masih remaja"
"Sebenarnya kan mak beliau ni seorang bla...bla....bla......(bukan mengumpat,tapi memperkenalkan siapa dia) Rasa-rasa dia ada blog lah mak,mak explorer lah "
"Ok nanti bila balik rumah,tapi mak pinjam dululah,kamu baca buku lain,ni ha banyak lagi, masih suci lagi"
"Yalah tu mak"
Beberapa lama selepas itu balik dari rumahnya ,cubalah goggle ummu-anas.blogspot. Alhamdulillah...jumpa,sahlah ini blognya http://ummu-anas.blogspot.com/ .Beberapa hari mencuri-curi masa untuk menyelongkar. Ya,hati ini telah jatuh cinta, hati ini sudah terpaut dengannya.
Terimakasih Allah,mengurniakan lagi insan-insan yang membantu membangunkan diri ini.
Kepada Ummu Anas. Salam ukhuwah dari saya.Serampang yang anda layangkan bukan sahaja menerjah jiwa remaja tapi juga pada ibu remaja yang ini.
Untuk mengenalinya dengan lebih dekat,boleh didapati di http://brohamzah.blogspot.com/2010/01/blog-pilihan-ummu-anas.h
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Saat kamu berumur 1 tahun,dia menyuapi dan memandikanmu.. *se...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Salam makbonda,
BalasPadamTerima kasih makbonda. Masa saya asrama dulu, tiada majalah ni. Teringin nak kenal. Saya hop ke sana, ya :))
salam kembali indah,
BalasPadamya ya sila,semoga kita berkongsi ilmu.