DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 22 April 2012

Takut dengan soalan?



Abun mengajak Os untuk mengikuti kelas membaca Al Quran ke Al Baghdadi Learning Center.Os agak keberatan tetapi bila Abon berkata,

"Ustaz tak soal pun,marilah,kita belajar di ALC "

Barulah Os berkeyakinan untuk ikut serta.Dia mahu mati dalam iman. Ini cerita dalam iklan ALC  di radio IKIM

Dulu ditempat tinggal lama,Makbonda mengaji di surau.Rata-rata peserta mengaji adalah yang lebih berumur dari Makbonda,Bermakna Makbonda paling mudalah berbanding mereka. Tiba-tiba satu persatu peserta tidak hadhir,hinggalah tinggal beberepa orang. Fenomena tersebut berlaku bila ustaz mengubah teknik pengajaran dengan membanyakkan soalan,agar peserta sentiasa memanggil balik apa yang telah dipelajari samada masih terlekat di memeori atau tidak. Ada ketikanya juga ustaz menyuruh peserta membaca 1 ayat Al Quran,Ustaz akan membetulkan segala kehilafan.

Ditempat baru sekarang,kami mengikuti kelas Ustazah. Peserta ada yang lebih muda dan ada yang lebih berusia. Dulu kedatangan peserta  juga agak tinggi.Lama kelamaan,satu persatu kedatangan mengurang,sehingga tinggal beberapa orang sahaja. Puncanya akhir-akhir ini ustazah banyak menggunakan teknik menyoal juga.Ada kalanya ustazah meminta peserta membaca Quran dan yang lain menyemak bacaan,membetulkan yang kurang tepat.Adakalanya juga kadangkala memeriksa kesempurnaan solat para peserta.

Rupa-rupanya, itu semua menyebababkan turunnya bilangan peserta,melainkan beberapa orang yang memang masih mahu.

“Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut.” (H.R. Muslim)


“Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (H.R. Muslim)

2 ulasan:

  1. Salam Asimah. Semoga sihat dan sentiasa berkobar jiwa menegakkan kebenaran.
    Takut bertanya atau ditanya soalan ini bukan dalam hal mengaji agama sahaja. Di pejabat semasa saya bekerja dahulu ramai yang takut bertanya sebab malu kalau pertanyaan tidak relevan. Atau takut dikira tidak sopan kerana ada boss yang tidak suka ditanya. Seolah-olah dia perfect.Dan orang yang takut bertanya juga takut nanti bila dirinya ditanya, jawapannya tak betul atau tak tepat. Jadia berfikiran lebih baik diam. Maka sesiapa jua yang mahu pelajarnya atau orang bawahnya bertanya soalan harus terlebih dahulu menerangkan mengapa perlu ada soalan dan menerangkan juga bahawa tidak menjadi kesalahan jika soalan itu kurang menarik atau jawapan yang diberi itu salah. Bukan berdosa kalau salah jawapan atau tanya soalan yang namapak macam "soalan bodoh". Kenapa kita malu. Itu yang selalu saya sarankan pada staff saya dak anak-anak saya.
    Saya dimaklumkan sistem pendidikan Yahudi sentisa menggalakan pelajarnya bertanya. Barulah ada timbul perkara yang baru yang harus difikirkan. Kalau hendak maju kita kena rajin bertanya.Idea yang baik-baik timbul dari pertanyaan. Ingat tak anak-anak kecil kita suka bertanya semasa kecil. Tetapi bila meningkat umur makin kurang pertanyaan. Asimah di sekolah bagaimana? Eluk kalau minta murid/pelajar menyediakan sekurang-kurangnya satu soalan setiap hari sebagai latihan suka bertanya. Tak kiralah kalau soalan itu nampak remeh. Sebenarnya tidak ada soalan remeh kalau kita sendiri pandai memberi jawapan dari berbagai sudut.
    Itu dulu. nanti dilain forum kita sambung lagi.

    BalasPadam
  2. Sala kembali puan,

    Memang pengalaman bersama kanak-kanak diawal persekolahan,mereka banyak bertanya tapi beransur kurang bila usia bertambah.

    Saya tak pernah belajar diluar negara tapi saya pernah mendengar cerita pengalaman dari yang pernah. Beliau mungkin seangkatan dengan Puan ketika keluar negara sebab sekarang sedang didalam dunia persaraan,beliau murid lama sekolah saya bertugas,sebelum ini orang nombor 2 gabnor bank negara.Dapat berpeluang beramah mesra dengan beliau.Antara identiti pelajar dari Malaysia ialah tidak aktif dalam sessi kuliah walau pencapaian pelajarannya baik,mereka banyak study tapi sukar bersuara.Jadi beliau berharap guru-guru tolonglah ubah identiti ini,carilah kaedah.
    Insyaallah dengan saranan puan ini memberi kekuatan untuk saya meneruskan apa yang saya telah usahakan.

    Terimakasih Puan atas respon.Insyallah semoga berterusan.

    BalasPadam

Catatan Popular