Sudah lama kami suami isteri mau berjumpanya.Walaupun dia bukan mahram dengan saya tapi saya pernah mendokong,memandikan dan menyuapkannya semasa dia belum mumayis dulu.
Berpegang kepada
"Barang siapa yang melihat kemungkaran,maka ubahlah dengan tangan(kuasa),jika tidak mampu, maka ubahlah dengan menggunakan lidah(memberitahu), jika tidak mampu,maka ubahlah dengan hati(perasaan benci kepada maksiat) sesungguhnya(wujudnya perasaan benci maksiat) selemah-lemah iman.”.Saya rasa saya ada lidah itu.
Walaubagaimanapun kena berpegang kepada "Serulah mereka dengan cara yang penuh hikmah..."
Dan harus ingat;
“Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.”
Ya,hati ibunya terguris kerana dia membina rumah ditanah isterinya.
"Alah kak,kalau kita ikut cakap orang semua tak jadi,dulu saya memang berazam nak duduk sama,tapi mak tak selesa tinggal dengan menantu,nampak macam tak boleh tinggal bersama,jadi sebelum terjadi apa-apa biarlah kami tinggal asing"
"Memang itulahlah yang sebaiknya,walaubagaimana kurang senangnya tindakan mak,dia tetap ibu kita.Sabanyak mana kita beribadah,belum tentu diterima kalau ibu tidak redha.Kalau pun tak sempat ziarah cukuplah dengan telefon dia,tanya khabar,terubatlah sikit jiwanya."
" Saya pun sebok kak,tengah meting,takkan nak telefon dia.Sekarang macam nilah ,Kakak jaga keluarga kakak sendiri saya jaga keluarga sendiri. Kita sebok jaga keluarga orang tapi tak nampak kepincangan keluarga sendiri. Kita jaga tepi kain sendiri-sendiri"
"Memanglah kamu jaga kelurga kamu,kami jaga keluarga kami, masing-masing jaga tepi kain sendiri-sendiri,tapi ada kalanya kain kita koyak dibelakang,kita tak nampak,jadi orang lain yang nampak tolonglah beritahu kita, Itu kalau kita mahu sama-sama selamat,tapi kalau kita tak mahu nafsi-nafsilah.Tak adalah bukti persaudaraan kita?Ada ketikanya kamipun salah,kamu tolonglah tegur."
Dia diam.
Dia tak perlu menyatakan apa-apa. Selepas dari peristiwa itu dia terus baik kepada kami.Sudah cukup bukti yang dia menerima apa yang sampaikan.
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian tersebut) Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” [TMQ al-Ankabut (29): 3]

Nabi
SAW ditanya: Siapakah manusia yang paling hebat ujiannya? Nabi
menjawab: Para nabi dan kemudian yang seumpama mereka, dan kemudian yang
seumpama mereka. Seseorang akan diuji berdasarkan tahap agamanya, jika
kuat agamanya maka besarlah ujiannya, dan jika lemah agamanya maka
diringankan ujian. (Riwayat Tirmizi)
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian tersebut) Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” [TMQ al-Ankabut (29): 3]
Salam makbonda,
BalasPadamAlhamdulillah, dia mahu mendengar nasihat. risau juga hal2 sedara ni. Namun benar, dakwah bermula kpd orang sekitar kita.
Salam kembali indah.
BalasPadamKadang kita takut sangat nak membetulkan yang salah,takut orang tak kawan,takut hilang pengaruh,padahal Rasulullah dulu macam-macam penentangan yang ditempuh.
Adakala dengan anak sendiripun berat nak cakap,lemah betul iman.