Anak teruna kepada seorang kawan Makbonda telah dikejarkan ke hospital di kawasan Lembah Kelang,kerana pembengkakkan prostate. Beberapa hari sebelum itu beliau mengadu kepada guru asrama bahawa perutnya sakit,guru asrama membawa ke kelinik berdekatan. Doktor kata gastrik lalu diberi ubat gastrik. Beberapa hari kemudian sakit lagi,lalu dibawa ke hospital,dia dah kata anunya sakit tapi doktor tak periksa itunya dan kata gastirk juga,dan diberi ubat gastrik lalu dihantar balik kampung. Beberapa hari kemudian sakit lagi,yang tidak tertahan,lalu ibunya memeriksa.di celah pehanya sesaiz dua biji limau mandrin besarnya. Ibubapanya cemas,setelah dibawa kehospital daerah terus di hantar ke Lembah Kelang.Setelah di diagnosis sebelah prostetenya telah rosak akibat terlambat menerima rawatan,dan terpaksa dibuat pembedahan untuk untuk membuang bagi menyelamatkan yang lain.
"Doktor,macamana nanti kalau anak saya kahwin?boleh pakai ke"Ibunya cemas.
"Insyaallah,dia masih ada kilang di bahagian sebelahnya,masih sihat,kena buat pilihan,"
Alhamdulillah,dia telah dibawa pulang dengan sebelah prostate yang sihat.
Sewaktu 10tahun,anak bujang makbondapun pernah mengadu sakit perut,makbonda sapu dengan minyak panas.Selepas dari itu nampak gaya jalannya tidak normal,katanya sakit kaki.
"Ok,nanti bawak pada Embah,urut ye!"
"Bukan kat kaki,atas sikit"sebenarnya Makbonda berfikir dia takut akan urutan Embahnya.
Entah macamana Makbonda tergerak hendak memeriksa atas sedikit.Terhenti nafas makbonda bila mata melihat sesuatu menggelembung seperti belon disitu.Terus sahaja dibawa ke hospital.
Di kampung Emak Makbonda,sepasang suami isteri warga emas. Sekian lama suaminya mengadu sakit perut,lalu isteri yang setia akan melumur minyak panas ke bahagian perut tersebut,dan kebah.Sakit lagi,sapu lagi kebah lagi. Bertahun-tahun. Sehinggalah suatu ketika sakit yang teramat sangat kebetulan ada anak yang pulang dan terus dibawa ke rumah sakit.Di rumah sakit,rupa-rupanya yang sakit bukan perut tapi organ bawah perut.
Di hadapan isteri doktor bertanya;
"Pak cik,sejak bila pakcik sakit ni.?"
"Dah puluhan tahun,sejak muda"Makcik terperanjat sehingga lemah kepala lututnya.Selama ini bila sakit suaminya tak beritahu mana bahagian yang sakit.Bertahun-tahun.
Tadi semasa menutup aktiviti P&P dalam kelas,Makbonda sempat meninggalkan wasiat kepada anak-anak.
Kepada anak-anak lelaki cikgu,cikgu harap kalau rasa ada sakit bahagian telur kamu,cakap pada emak. jangan malu.nanti kalau dah teruk tak dapat diselamatkan,kelam masa depan kamu.Pupus spesis kamu.Pada anak-anak perempuan juga,kalau sakit bahagian bawah pusat,jangan malu-malu beritahu emak.Cepat-cepat cari rawatan.Boleh semua?"
"Insyaallah cikgu"
Semasa berjalan beriringan menyusuri gajah menyusur sekumpulan anak-anak lelaki perempuan yang berjalan dihadapan makbonda sedang manyambung isu didalam kelasyang tidak sempat diulas oleh mereka tadi sebab loceng balik sudah berdering.
"Ya lah kalau dah buang rahim dah tak boleh simpan baby,kalau dah buang telur dah tak boleh keluarkan benih"Jawab si prempuan yang jauh lebih tinggi beberapa cm dari silelaki.
Allahuakbar,advance juga mereka ya,padahal dalam rp sains tidak ada tajuk itu, tidak seperti rp semasa makbonda sekolah rendah dahulu,memang ada tajuk pembiakan.
Kepada para emak-emak juga,bila anak lelaki mengadu sakit perut,sila jangan percaya 100%.Periksa bahagian lain juga.Demi masa hadapan mereka.
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
SALAM. BAGUS ENTRY INI. SAYA PUN BARU FAHAM BILA CUCU SAYA YANG UMUR 3 TAHUN NAK DIBEDAH TELURNYA KERANA TIDAK TURUN KETEMPAT YANG SEPATUTNYA IA DUDUK. TERKEJUT SEMUA ORANG SEBAB DIBEDAH BUKAN UNTUK BAIK TETAPI UNTUK MENGELAK PENYAKITA YANG BERKAITAN DENGANNYA. ENTAHLAH. KINI CUBA CARA TRADITIONAL DULU. NANTI SAYA AKAN KATA PADA IBUNYA SUPAYA PERIKSA SELALU. TQ.
BalasPadamSalam kembali Puan.
BalasPadamBila telah mempunyai anak lelaki baru tahu agak rumit juga untuk memastikan organ fizikalnya sehat sempurna.Sementara kecil bolehlah diperiksa selalu,tapi bila sel malunya dah bertambah,sudah mula menyembunyikan banyak perkara.