DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 18 Februari 2012

Tak pernah dibuat orang?

 Dalam satu majlis walimah seorang rakan kepada suami,Makbonda makan semeja dengan seorang kakak.

"Tak pernah dibuat orang,apa pendapat kamu."
Tiba-tiba  kakak itu memengacukan soalan.
"Apanya Kak?"
"Nilah,tuan rumah ni,adake kad jemputan ditulis Tidak mahu menerima sumbangan, kesian tetamu,dah biasa pergi majlis kawin kenalah salam menymbang,ni dia tak mahu,serbasalah kita. Lagi satu,minggu depan ni, Cikgu  Dr Jamali nak kenduri walimah kat masjid pulak,tak pernah dibuat orang"
"Tapi tak menyalahi hukum kan kak?"
"Ialah tapi tak pernah dibuat orang,orang tak biasa"
"Inilah dia nak mulakan,lama-lama biasalah,kan nak mudahkan orang,selama ni kena keluarkan budget bila nak datang kenduri walimah,kena menyumbang. Yang penting niat dia nak khenduri kesyukuran."
"Itu yang kenduri kat masjid tu,tak ke mencemar masjid,Nanti orang ramai-ramai datang, bila masuk waktu Zuhur,orang nak sembanyang pun terganggu,bising"
 "Eloklah ramai-ramai datang masjid,boleh solat dhuha,tiba waktu Zuhur semua berjemaahlah,kat tempat lain banyak orang buat,kat tempat kita saja yang belum ada"
" Lepas tu masak-masak,buat kotor je,pasang lagu-lagu pulak tu kat kawasan masjid"
"Apa pulak kotornya,biasanya Maulidur Rasul ke atau Israk Mikraj ke, bukan ke masak-masak belakang masjid. tak payahlah pasang lagu-lagu yang lagha,pasanglah solawatke nasid ke,meriah juga."
"Jadi kamu setujulah ye?"
"Kenapa pulak tak setuju,macamlah hidangan buffet,dulu-dulu ramai tak setuju,apa ni jemput kenduri suruh ambik makanan sendiri,tapi sekarang macamana,dah tak ada orang khenduri pakai hidang,semua orang dah terima,kalau yang baik,memudahkan,tak langgar hukum,apa salahnya di terima"

Hari ini 18 Feb/25 Rabiulawal,kami buat julung kali menghadhir khenduri walimah di Masjid,meriah sekali,tanpa pembesar suara,kebetulan kami tiba azan Zuhur berkumandang.Penuh ruangan solat dalam Masjid Al Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam. Tetamu punyalah tidak berhenti-henti dari pagi hingga petang maklumlah menantu lelakinya Juara Imam Muda Musim kedua Mohd Hassan Adli Yahya   bertemu juduh dengan Fadatul Ulfah bt Jamali.



Gambar majlis khenduri pada 18/2
Gambar selepas pernikahan 17/2

Gambar gambar lain boleh di dapati di sini

10 ulasan:

  1. Alhamdulillah,emak pengantin masih sedulur lho Dik.

    BalasPadam
  2. Batulkan yang biasa...
    Biasakan yang betul...

    BalasPadam
  3. Jom,sama-sama.

    Sesuai dijadikan tajuk entry ni.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Makbonda,

    Alhamdullilah, kalau tidak ada yang berani membuat perubahan kepada kebaikan jadi siapa lagi dan berapa lama perlu menunggu...

    Kagum dengan kekuatan luar biasa insan2 dengan izin Allah yang boleh membetulkan kebiasaan.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...

    Wes kawin juniorku seng urong pernah temu.. hehe

    Mak mantenne dulor kepiye kak...??

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam Mieze'

    Ya mereka punya kekuatan jiwa yang hebat.Jiwa mereka hampir dengan Allah.
    Kebanyakan kita masih takut dengan manusia.

    BalasPadam
  7. Mil,Alhamdulillah,

    Junior ya,Juniormu ramai yang jadi orang hebat,moga kamu dapat tempias keberkatan dari mereka.

    Dulor karo Abang Nasir lah Mil.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah... hebat!.

    Saya sangat setuju dgn tagline cklah:
    "Membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul"..

    Sedang gigih mengaplikasikan kpd diri, anak2 dan keluarga (peringkat masyarakat tu mcm jauh sgt bunyinya bg org sekerdil tiny nih!!)..

    ... "alah bisa tegal biasa".. kan makbonda.. yg nk kena kutuk tu masa memula je, lepas tu ok lah.. kan kan kan.. hihihi..

    "Tak hidup dek puji, tak mati dek keji".. yang penting redha Allah jua yg dicari.. bukan sanjungan masyarakat atau pujian perut dan isi bumi.. (masih mengingatkan diri sendiri!!..)

    BalasPadam
  9. Bunyinya macam mudahkan Tiny,sebenarnya perlukan pengorbanan,walaubagaimanapun kebijaksanaan atau hikmah perlu diletakan di hadapan,agar tidak mengusutkan.

    Sudah menonton Sang Pencerah belum?

    BalasPadam

Catatan Popular