DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 16 Februari 2012

Hati Nenek.

 Tiba-tiba sahaja Nek Limah memecah kesunyian.
"Makbonda.........kamu kalau anak nakal apa amalannya?"
"Nakal macamana Nek Limah"
"Budak suka mencuri.Cucu neneklah,anak si Biah, Biah kawan kamu tu,kamu kan kenal dia.Pantang ada duit kat rumah,mesti dicurinya,telefon pakciknya pun di curi,aku kalau tidur kena letak duit bawah bantal,dalam beg entah berapa kali dicuri..Hari tu dipanjatnya rumah nenek sebelah bapak dia,masuk rumah ikut bumbung,neneknya tersedar bila dibuka lampu, rupanya cucunya.Kesian emak bapanya,dah berapa kali kena belasah,tak lut .Cuba kamu tuliskan apa amalan nak bagi budak ni ,biar berehenti mencuri."
"Bukankah bapanya tu polis nek?"
"Itulah yang aku terkilan,bapaknya jaga keselematan negara,anaknya jadi pencuri.Bukan tak pernah dibagi duit,bapaknya duit banyak, tiap minggu dibagi RM200,tapi masih nak mencuri,hari tu telefon abangnya, sekali abangnya pukul dia paksa bagi tahu dimana dia jual,dia tunjuk kedai cinanya,abangnya tebus balik.Sekarang emaknya simpan duit dalam kereta,kalau dalam rumah memang tak pernah selamat.Kamu tulislah,nanti aku bagi  si Biah,biar dia amalkan."

"Saya bukan pandai Nek,kena tanya orang-orang alim ni,tapi tak apalah sementara belum jumpa tu Suruh Biah amalkan "Ya Latif-ya Latif,"kemudian hembuskan pada ubun-ubun anaknya,terutama masa nak pergi sekolah,Ataupun masa dia tidur,baca surah Taha,sampai ayat 10,hembuskan kat telinganya,atau pun dalam surah al Imran ayatakhir sekali.;

 Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah  serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Selalu doalah,mohon pada Allah,minta petunjuk,bukakan hati anak biar sedar ,Doa ibu pada anak sentiasa dimakbulkan."

"Dia dah doa,dan sembahyang hajat pun,tapi masih macamtu,"

"Tak apa suruh dia jangan jemu berdoa,itu ujian pada dia...Ataupun nek,kalau Nenek mampulah,ingatkan dia,kan bapak dia polis, saya tengok mewah hidup dia,kereta berapa biji,rumah banglo,cuba Biah bincang dengan suaminya,muhasabah diri,dari mana dapat duit beli benda-benda tu semua."

"Ini yang susahnya,suaminya tu keras,bukan boleh ajak bincang,antara sebab aku tak tahan duduk rumah dia tulah,gaduh aje,kadangtu sampai seminggu tak bercakap,duduk sama-sama dengan nenek tapi tak bertegur sapa.Suaminya selalu salahkan  Biah bila anaknya mencuri,yang dianya main lempang je kat anaknya,cuba cakap elok-elok."

Masyaallah.....Makbonda belum layak nak tolong semua........kasihan Nek Limah.

"Kalau macamtu suruh dia amalkan baca surah Al Ikhlas,mudah-mudahan Allah terima amalan dan menurunkan pertolongan dan Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74

 " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa."

"Kamu tulislah kat sini "
"Tak apa,saya tandakan sahaja kat Al quran ni,nak salin tulisan jawi saya tak cantik,nanti Biah tak boleh baca"

Kemudian makbonda google amalan ibu anak nakal, makbonda jumpa   ini . Lalu makbonda print dan bagi kirim kat Biah.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum mak bonda..
    bagaimana lah saya bole terlepas entry ini..hari ni sedang mencari 'kata-kata' motivasi, jumpa juga di sini..
    ayat terakhir surah al imran tuh abah saya ajar untuk selalu dibaca ketika memasak..dan lepas saya tahu maknanya, saya amalkan lagi2 ketika tengah marah..alhamdulillah..
    tapi tu la..kekadang bila dah ok, jadi terlupa pula..

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Faiz,

    Ya,ini kesah benar,cuma nama watak saja yang ditukar.Pengalaman bergaul dengan warga emas cukup menginsafkan kita sebagai anak.Kita juga akan sampai ketikanya nanti.

    Itu sebab antara allah turunkan ujian kat kita,agar kita sentiasa dekat denganNYA.

    BalasPadam

Catatan Popular