Sudah lama dia tidak mampir kebilik Makbonda,dan memang sudah lama kami tidak berbual berdua. Dengan kesibukan tugas akhir tahun,diselangi cuti panjang dan kesibukan persekolah awal tahun. Pertemuan sekadar pertemuan biasa,bertanya khabar dan perbualan berkisarkan tugas. Hari ini baru berkesampatan bersama lagi. Dia kini sudah punya bilik sendiri,jadi tidak perlu menumpang dhuha dibilik Makbonda.
Hari ini Makbonda yang mampir kebiliknya,dalam berbual-bual,tiba-tiba tangan makonda tersentuh satu jilid hasil fotokopi,setelah diamati ianya diimbas dari sebuah kitab yang sama ada dalam koleksi Makbonda. Ianya dapati buku itu dari koleksi kitab-kitab Bapak yang telah dipinta izin menghakmilik semasa punya anak dua dulu.Bapak dapat kitab ini dari satu kursus yang di hadhirinya,yang tidak pernah Makbonda temui di kedai buku.
Dari mana dia mendapat fotokopinya?
"Makbonda,kini Allah telah menganugerahkan kepada saya sesaorang yang menjadi tempat saya bersandar,sebelum ini saya suka kacau Mabonda walaupun kamu tidak dapat menghayati sakit saya,sebab semamangnya kamu tidak pernah mengidapnya.Juga adik saya yang belum kahwin, Semamangnya dia tidak pernah merasai hati seorang isteri dan tidak mahu kahwin sebab dia telah kehilangan payuudaranya diragut oleh kenser. Saya telah temui seorang Makcik di masjid tempat saya selalu bermujahadah. Dia tidak pernah bersalin dan pernah menjadi isteri pertama yang tinggal serumah dengan isteri kedua yang punya anak,akhirnya dia disingkir oleh madunya. Di hujung usia dia dilamar oleh seorang duda yang punya anak-anak yang dewasa. Mentelnya seiring didera oleh insan disekekelilingnya. Sekarang dia telah mampu berhubung terus dengan Allah.Sebab itu dia sudah kebal dengan suhu dan iklim persekitarannya.Wajahnya begitu bening. Lama Makcik itu memerhatikan saya,sehingga suatu hari dia mendekati,dan kami menemui titik persahabatan.Dia beri salinan fotokopi ini sebagai teman. Kini graf ketenangan saya agak tinggi.Walaupun sebenarnya saya belum boleh menerima madu saya dalam hidup ini,namun saya sudah boleh bermandiri tanpa pergantungan sepenuhnya pada suami.Saya sudah boleh mendidik batin saya agar tidak gersang walaupun ianya kering. Ubat yang dia berikan pada saya lebih pahit tapi saya telah dapat menikmatinya."
Alhamdulillah,Makbonda amat setuju. Sangat menyedari bahawa diri ini belum mampu menjadi dahan , hanya mampu menongkatnya sahaja dari rebah. Kini dia telah bertemu dahan yang teguh.Betapa kedekutnya diri,walaupun kita punya koleksi kitab tersebut tapi tidak mampu mengongsikan padanya. Benarlah,kemampuan bersedekah itu bukan terletak pada bahan sedekah tapi kemampuan jiwa melepaskan bahan tersebut.
"Saya ada lah cerita kat Makcik itu,Satu masa, ketika saya meminta belanja dapur sebab anak-anak balik bercuti,sambil mencampakkan wang di merengus,
"Tahu tak ,banyak ni saya bagi kat sini,banyakni juga saya kena bagi kat sana,tengah bulan ni,tinggal ini saja yang saya ada"
Saya ambil dan serahkan balik duit tu sambil berkata
"Tu lah bang,hanya orang yang mampu layak poligami" Rupa-rupanya mengundang kemarahannya,terus dia masuk kereta dan meninggalkan kami.
Apa Makcik tu cakap pada saya
"Jangan kamu cakap macam tu,dah tau dia tak suka diungkit,jangan sekali-kali keluarkan perkataan menyakitinya,Insyaallah sebenarnya dia dah tahu silap dia,biarlah beri masa dia berfikir.Kita tak mahu disakiti jadi jangan sakiti orang lain,Allah murka nanti.Jauh kasih sayangnya."
Masyaallah,Makbonda,saya sangat terpukul,sebenarnya selalu juga saya menyakiti hatinya,sebab dia dah sakiti saya,saya mahu dia juga sakit seperti saya,rupanya perkara tu tak baik,menjauhkan kasih sayang Allah"
Allahuakbar,sekarang siapa yang ketinggalan?,pastinya Makbonda yang ini,siapa yang berguru? juga diri ini. Siapa yang lebih tinggi makamnya tentulah dia. Dia telah menghayati kasih sayang Allah. Bukan hanya dengan melafaskan tapi jauh di lubuk kalbunya.
Seorang sahabat bernama Zaid Alkhair bersusah-payah datang dari jauh bertanyakan kepada "Rasulullah,apakah tanda-tanda seseorang itu dikasihi Allah?." Rasulullah SAW menyoal kembali, "Apakah yang terlintas di fikiran saudara apabila bangun tidur dan apakah yang saudara ingat sepanjang masa?" Zaid menjawab, "Saya sentiasa memikirkan kebaikan, mengingati kebaikan, suka kepada orang yang melakukan kebaikan dan saya berusaha untuk melakukan kebaikan sepanjang hayat saya."
Rasulullah saw menjawab kembali, "Ya! Itulah tanda-tanda seperti orang yang dikasihi Allah. Sebaliknya apabila seseorang itu sentiasa ingat dan berfikir ke arah kejahatan dan kemungkaran serta sering melakukannya, maka itu menunjukkan orang seperti dibenci Allah."
Rasulullah saw menjawab kembali, "Ya! Itulah tanda-tanda seperti orang yang dikasihi Allah. Sebaliknya apabila seseorang itu sentiasa ingat dan berfikir ke arah kejahatan dan kemungkaran serta sering melakukannya, maka itu menunjukkan orang seperti dibenci Allah."
Assalamualaikum MakBonda,
BalasPadamMasih mengasuh jiwa untuk lebih dan sentiasa ikhlas dan redha melepaskan sedekah, tanpa rasa apa2 hanya mohon keredhaan Allah. Titik.
Terima kasih MakBonda atas catatan ini.
Barakallahu fikum.
Salam makbonda,
BalasPadamBenar, jika kita tak mahu disakiti, jangan menyakiti oranglain. kelemahan isteri trhadap suaminya, byk berpunca dr lidah. Dia tahu dia dah silap, tapi dia tak mahu diungkit kesilapannya. dia mahu diterima, meskipun dia salah. Itulah suami, dan rasanya kalau kita sndiri yg mmbuat kesalahan, mesti kita pun tak mahu suami kita tidak mengungkit salah kita. Itu benar, makbonda. :)
Waalaikumussalam Mieza.
BalasPadamKalau bukan kita yang mendidik siapa lagi,sebab hanya kita yang tahu sebesar mana takat mazmumah kita.Semoga kita sama-sama mendapat kerahmatan dan keberkatan.
Jazakumullah
Salam kembali indah.
BalasPadamBetul Indah,dah kita ini manusia,sering terlajak dan terlanjur. Kadang tanpa sedar.Semoga Allah memaafkan segala dosa yang nyata dan tersembunyi.
Semoga Allah merahmati KAMI dan KITA semua.. dan semoga sahaja Allah mengizinkan KAMI memilih mana2 pintu syurga yg diingininya kelak.. jihad mempertahankan rumahtangga itu pastinya ganjarannya sama besar dgn mengangkat pedang fisabilillah.. Janji Allah itu benar..
BalasPadam.. semoga cerita KAMI ini menjadi pedoman bg diri ibu muda ini.. ameen.
Di belakang,hadapan,kanan dan kiri kita banyak guru kan Tiny,itupun kalau kita mahu berguru.
BalasPadamSemogaMakbonda termasuk dalam doa Tiny di atas.