DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 27 Februari 2011

Tetamu oh tetamu,sila masuk.(III)


Pagi tadi rumah kami didatangi tetamu lagi.Makbonda sedang membelek pokok pegaga yang tumbuh sendiri dipangkal pokok janda kaya.

"Assalamualaikum Mak Cik,saya nak jumpa Cikgu"

Walaupun macam janggal dipanggil begitu oleh lelaki yang begitu dewasa,Makbonda tetap jawab salam dan panggilkan suami dalam rumah.

Mereka bersembang berdua dan makbonda suruh anak teruna yang tengah demam keluarkan air dan biskut.Antara dengar dengan tidak butir perbincangan mereka.

Lebih kurang beginilah diolognya yang dapat tercuri dengar oleh Makbonda;

"Terimakasihlah sebab kamu ingat saya,sudi jumpa saya minta tolong,sememangnya saya nak sangat jumpa kamu. Kamu bekas murid saya dan sekarang anak kamu pulak jadi pelajar saya.Cuba cerita pada saya apa sebenarnya masaalah kamu."

"Entahlah cikgu,nasib saya malang,semua orang memulaukan saya,mana-mana saya pergi semua tak suka saya,tu sebabnya saya hisab dadah,nak lupa masaalah.Hari tu saya pergi sekolah,nak ambik duit bantuan anak saya,Cikgu perempuan tu halau saya. Belagak betul perempuan tu. Pagi tadi orang rumah mengamuk,suruh saya beli beras,kalau tak beli dia nak pergi pejabat ugama,dia nak lari balik Kedah. Saya mana ada duit. Saya nak pinjam dengan adik beradikpun dia orang semua kedekut,sombong,baginya idak,maki hamun yang dapat,tu yang saya jumpa cikguni"

"Sebenarnya saya ada mengikuti kesah kamu dari kecil sampai sekarang. Kamu dikeluarkan maktab pakcik kamu terpaksa tanggung sebab dia penjaminnya. Kamu pernah fikir tak macamana isteri kamu,sanggup kerja jadi jaga,macammana kalau jadi apa-apa pada dia malam-malam."

"Habis dia pun nak kerja,saya nak cakap macamana."

"Dia kerja sebab nak sekolahkan anak-anak kamu.Anak-anak kamu tu bagus otaknya,kamu tak pernah ke terfikir apa jadi pada dia?Pernah tak kamu terfikir apa jadi kalau dia tahu latarbelakang kamu atau dia dengar orang keliling menyebut perihal bapa dia. "

Dia mengangkat muka dan menarik mafas bila di sebut perihal anaknya.Matanya berkaca-kaca.

"Cakap terus terang dengan saya betul ke kamu guna duit biasiswa anak kamu? Macammana kamu tidak di halau cikgu tu"

"Sudah-sudahlah tu,tolonglah berubah,orang keliling tak boleh tolong kamu,diri sendiri lah kena buat. Kamu sekarang dah 40 lebih,saya doakan mudah-mudahan inilah masa untuk kamu berubah.Nanti bila anak-anak dah dewasa takut anak-anak hilang hormat kat bapanya,silap-silap kamu di tinggal kat tepi jalan atau kat setesyen bas."

Dia membatu,tanpa suara.Suami masuk kedapur bertanya stok beras.

"Oklah kamu kata kamu nak duit beli beras,Ni saya ada beras belum buka,bawaklah balik,ni RM20 buat isi minyak kereta,saya bagi banyak pun nati kamu beli dadah. Terimakasih sudi jumpa saya,saya masih bersedia berjumpa kamu lagi."

Dia bersalam lalu memeluk sumi,dengan membawa sekampit beras dia masuk dalam kereta sambil teresak-esak.Suami Makbonda menggeleng-geleng kepala sambil di intai oleh isteriya.

Suamipun berceritalah siapa dia. Dia seorang bapa kepada seorang pelajar di kelas suami.Dia juga adalah bekas pelajar suami. Semasa tingkatan 1 hingga 3 bersekolah si SMS Bukit Mertajam,tentunya pelajar yang cerdik. Dikeluarkan asrama kerana kes salahlaku dan masuk sekolah suamai. Tingkatan 5 pindah ke Teluk Intan hingga 6 atas. habis STP dapat masuk maktab Perguruan dan dikeluarkan kerana positif dadah. Bekerja dari kilang kekilang lain diberhentikan kerana kes salah laku.Berkahwin dengan gadis kedah,lalu dihalau oleh Mertua kerana kes salah laku,dan balik ke Sabak Bernam membawa anak isteri tinggal di rumah ibubapa. Masa terus berlalu anak yang sulung masuk sekolah menengah dan suami menjadi guru kelasnya. Isterinya bekerja sebagai pegawai keselamatan di sekolah suami. Akhir tahun lepas rumah yang diduduki terbakar hangus,suami dan beberapa rakan guru melawat dan menyampaikan derma. Pusat Zakat membantu membena rumah kembali. Wang derma dari sekolah habis disapunya. Anak sulungnya seorang pelajar yang cerdas dan tekun belajar,dapan bantuan tapi disapu dek bapakanya juga.

Pagini dia datang berkereta mahu meminjam duit RM50,mahu beli beras katanya. Dia datang mencari bala. Sebelum dapat duit dapatlah ceramah dahulu.

Semoga kunjungan dia kali ini adalah pemankin kepadanya untuk berubah.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Makbonda...

    Saya tercari-cari artikel Tetamu episod 1 tapi tak dijumpai. Adakah saya ketinggalan membacanya ...? :)

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Ros,

    Owh ye ke. Ianya ada di http://makbonda61.blogspot.com/2010/10/tetamu-oh-tetamusila-mauk.html.

    Terimakasih kerana mengikuti.

    BalasPadam

Catatan Popular