Kami dikunjungi tetamau,sepasang suami isteri, pangkat adik-adik,baik cantik,padan dan sedondon,kedua-duanya berpendidikan,keduanya bekas pelajar sekolah agama,juga menjawat jawatan bertitle agama.
Sudah lama tidak bertemu mereka,seorang demi seorang anak kami ditanyainya.Tapi semua mereka sedang tiada di rumah,hanya kami berdua.
“Wah dah besar-besar ya anak-anak akak,rasa baru beberapa hari saya dukung-dukung mereka.”
“Itulah tanda kita jarang jumpa,kalau selalu jumpa tak rasa tumbesaran mereka”
“Yang besar dah bekerja,kejap lagi dah nak menatu lah ye,dah berpunya ke belum?.”
“Cara tanya macam nak merisik je? Setakat ni belumlah lagi,tapi tak pun diberitahunya, Cuma dah bagi klu nak terima calon suami,orangnya yang bekerja untuk agama. Orang beragama yang membawa meseg agama.”
“Wao berat tu,kalau macam tu kena lah kahwin dengan orang tabligh,tapi sanggunp ke selalu di tinggal-tinggal.”
Terkedu kami,kalaulah itu persepsinya orang agama terhadap istilah bekerja untuk agama dan orang beragama,apalah meseg yang disampaikan dalam tugasnya sebagai orang agama.Bekerja untuk agama hanya digambarkan sebagai orang tabligh, istilah orang tabligh pun tidak di hayatinya.
Seorang bapa iatu ketua keluarga semestinya mewakili agama dan membawa meseg agama untuk membentuk keluarganya yang dipimpinya. Jikalah ianya gagal jadilah seperti apa yang kita lihat sekarang,ibu bapa orang agama tapi anak anak berketerampilan atau berimeg tidak bezanya dengan imeg berpakaian serta tingkah laku orang yang tidak memberatkan agama. Anak-anak disekolahkan sekolahagama,semasa bersekolah bertudung labuh kerana itulah etika pakaian yang ditetapkan,tapi apa jadi bila telah melewati zaman persekolahn,bila telah memasuki IPT atau memasuki dunia pekerjaan,imeg sekoalah agamanya berpusing arah sama sekali,hingga tidak boleh dibezakan dengan bekas pelajar sekolah biasa. Yang agak janggalnya ibubapa berimej agama tapi berjalan beriringan dengan anak-anak yang berimeg sebaliknya...
Hanya ibu bapa yang beragama sahaja yang mampu menegur anak gadisnya agar membetulkan pakaian,melabuhkan baju untuk menutup punggungnya,melabuhkan tudung untuk menutup dadanya.Men egur anak lelakinya agar melabuhkan seluar nya semasa bermain footsal atau sepak takraw.
Salam. Memang ramai yang belum faham erti hidup beragama. Dalam alQuran kita nak jadikan anak-anak kita UlulAlbab. Beragama bukan di Masjid2 dan di tikar solat sahaja. Di hutan rimba pun kita mahu professional yang beragama untuk mengimarahkan dunia. Cari tafsir kontmporary mengenai UlulAlbab. Antara tafsir: berani kerana benar walaupun seorang diri. Oooops, nak kena pergi. Lain kali sembang lagi.Take care.
BalasPadamSalam makbonda,
BalasPadamwah.. dah ada orang merisik anak makbonda. Benar, ada juga persepsi begitu trhadap orang beragama.
Salam kembali puan,
BalasPadamSaya Jawab"Tak semua orang beragama itu Jemaah Tabligh,tapi semua Ahli Jemaah Tabligh tu orang beragama"
Pandangan puan memang saya setuju. Insyaallah saya akan cari tafsiran yang dimaksudkan.Terimakasih mencetuskan minda.
Salam kembali indah,
BalasPadamBukan merisikpun,sekadar bertanya khabar.
Tu lah pasal,semuanya disebabkan kurangnya membaca dan mencari ilmu ukhrawi,dan algi satu kurangnya bergaul dengan ilmuan.