DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Rabu, 16 Oktober 2013

QURBAN

Alhamdulillah,Yang telah memberi kesempatan untuk saya merasai situasi Idul Adha tahun ini. Namun entah bangaimana tahap kesyukuran,Hanya allah yang menilai. Astaghfirullahuladhim.

Indahnya musim ummah berebut-rebut mencari  keredaan.Disana-sini menunaikan ibadah Qurban,dengan berbagai-bagai kaedah. ada yang di Masjid dan suaru,ada yang dihalaman  rumah,tidak kurang juga yang keluar negara melalui badan-badan NGO. Secara individu saya lebih gemar berqurban ke negara-negara yang dhaif dari segi keperluan makanan. Dari cerita mereka yang pergi mereka berjumpa dengan daging setahun sekali. Sekarang mudah sahaja untuk prosesnya. Semudah klik di keyboard melalui Maybank2u,boleh ekses mana-mana NGO yang berkenan untuk menguruskannya.Tidak perlu diwawarkan merata-rata.

Dulu-dulu di masjid-masjid kadang-kadang ada satu badan yang menghantar lembu-lembu untuk di Qurbankan,saya yang cetek ilmu ini tertanya-tanya sendiri,kalau dilihat tujuan ber Qurban ialah untuk mendekatkan diri sesaorang itu kepada Allah SWT,dan di niatkan untuk individu yang mengeluarkan belanja berQurban,dan individu itulah yang mendapat ganjarannya. Siapa yang mengeluarkan belanja untuk Qurban,dialah yang dapat ganjarannya. Tapi kalau satu badan tertentu,termasuk kerajaan negeri misalnya,pada siapa mahu diniatkannya?. Sekadar rakyat dapat merasai agehan daging,tapi siapa individu yang mengeluarkannya? rupa-rupanya pertanyaan hati saya terjawab juga bila kebelakangan ini nampaknya kerajaan Negeri Selangor telah ditegur oleh orang yang berilmu. Lembu-lembu yang dihantar ke masjid dijadikan infak untuk masjid atau surau,lalau masjid atau surau-surau ini membuka pada penduduk untuk berkongsi membiayai lembu tersebut dan bayarannya masuk ke tabung surau atau masjid. Sekurangn-kurang membuka peluang kepada pendudk yang berhajat untuk berqurban tetapi kurang berkemampuan.

Saya teroja juga melihat aktiviti berqurban di masjid-masjid lain,berbagai kaedah. Idul Adha tahun ini adik-adik lelaki saya masing-masing tidak dapat ber Idul Adha di kampung bersama ibubapa saya,masing-masing telah punya tanggungjawab di surau atau masjid qariah sendiri.Ada yang menjadi penyembelih ataupn sekadar bahagian melapah sahaja. Saya ucapkan tahniah pada Emak,kerana telah dapat mewakafkan anak-anaknya untuk masyarakat serta ummah.Emak tidak perlu bersedih atau merungut tanpa kehadiran adik-adik lelaki saya,sebab mereka punya tugas di qariah masing-masing. Insyaallah azam saya,selagi anak-anak berada dalam kerja-kerja Allah saya redha dipinggirkan.  Kena hayati konsep berQurban. Allah bukan mahu lembu,atau pisau tajam atau darah dan daging lembu,tapi yang Allah mahu ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa kita.


Dengan adanya kemudahan maya ini adik-adik masing-masing menghantar gambar aktiviti mereka,Seronok melihat mereka memakai t shirt seragam. Dikampug saya belum ada budaya begini.





Inilah adik saya yang dulunya saya gendung dengan kain semasa usia saya 10tahun,kini mewakafkan dirinya dalam kerja-kerja Allah. Saya sangat tersentuh disini.Ya Allah kurniakanlah aku anak-anak lelaki yang seperti ini.





Ada juga yang memakai sistem kopon seperti ini

 


Seorang kawan bercerita,beliau menjadi sukarelawan masjid untuk mengedarkan kopun kerumah-rumah untuk menuntut daging Qurban. Seorang makcik meminta kupon lebih,kerana mahu daging lebih,untuk dibuat kenduri arwah anaknya,bila permintaannya ditolak dia kata dia kenal rapat dengan imam dan bilal masjid,Kalu minta pada imam gerenti dapat. Macam-macam rupanya cerita manusia . Buat masa ini di kawasan saya belum lagi penggunanannya,mungkin masyarakat disini yang saling mengenal antara satu sama lain belum memerlukan sistem Kopun sebegini.


“ Berjuanglah kamu dengan harta dan dirimu (jiwa raga ) kejalan Allah, itu yang paling baik untuk kamu kalau kamu mengetahui” ( al-Taubah: 41).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular