DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Isnin, 28 Oktober 2013

OH IBU




Saya sangat tersentuh bila mengikuti satu pengogsian dari FB warga perihatin. Luahan dari seorang yang bernama Rozie Em. Beliau menghantar luahan pengalaman kehidupan yang pernah beliau lalui sebagai anak yang ibunya bekerja. Dari perkongsian tersebut ramai pengomen yang memandangnya secara posistif tidak kurang juga yang negetif. Ada yang secara emosi menuduh penulis sebagai menderhaka kepada ibu,membuka aib dan sebagainya.

Ini komen admin FB tersebut.

DrMas Mohd Dua"RAMAI dari kita yang mengulas menggunakan emosi berbanding akal dan iman. Rozie ini tidak mendedahkan diri dan identiti ibunya. Beliau sekadar kongsikan kesan trauma seorang anak terhadap tekanan pengasuhnya. Terlalu banyak kita dengar kisah anak yang teraniaya didalam jagaan pengasuh. Ada yang terbiar seharian tidak berbasuh beraknya, ada yang dibiarkan kelaparan, malah ada yang parah luka dan maut juga. Ambil perkongsian anak ini untuk menyedarkan kita naluri seorang anak. Jangan kita kata beliau menderhaka, tidak berterima kasih kepada sang ibu dan sebagainya. Tiada siapa kenal dia dan identiti ibunya, jadi yang berguna kepada kita ialah BELAJAR MENGENAL KESAN TRAUMA JIWA ANAK KITA. Jangan jadi ibu bapa yang tiada perasaan dan timbang tara. Kemudian sama-sama kita cari jalan bagaimana untuk mengelakkannya dari berlaku terhadap anak kita pula. Kalaupun terpaksa tumpang pada pengasuh, pilihlah yang amanah dan ikhlas. Jangan asal boleh sahaja."

Setiap orang ada bahagian yang Allah tetapkan dalam kehidupan. Ada orang begitu mudah kehidupannya juga sebaliknya. Isunya ialah dilema ibu bekerja. Ada orang mudah urusan meninggalkan anak semasa bekerja,mendapat pengasuh yang baik,yang dapat mendidik anak kita dengan lebih baik berbanding dengan kita. Bagi yang bernasib baik tidak menghadapi masalah berutunglah mereka,tapi yang sebaliknya,kesana kemari mencari pembantu untuk menjaga anak,ada yang dihantar ketempat lain seperti contoh diatas atau mencari orang untuk datang kerumah. Ngeri mendengar bermacam-macam cerita,ada yang dikongsi dalam youtube.MasyaAllah,zuriat kita yag kita belai bagai menatang minyak yang penuh,naymuk mengigitpun kita marah,rupa-rupanya menjadi alat melempias emosi pembantu rumah yang mendapat habuan dari % pendapatan kita.

Ada orang bernasib baik kerana suami menggalakan untuk menjadi surirumah walaupun berpendidikan tinggi.Walaupun ramai yang mencemuh "Belajar tinggi-tinggi tapi tak nak guna untuk berkhidmat pada masyarakat".Masyarakat itu datangnya dari mana?,bukankah dari individu juga. Kalau individu sihat sihatlah masarakat. Orang belajar tinggi mestilah mempunyai IQ dan EQ yang tinggi.Dengan kelebihan tersebut dapatlah melahirkan anak-anak yang sihat rohani dan jasmani,maka menyumbanglah kepada kemaslahatan masyarakat.

Walaupun saya Ibu yang bekerja,saya menghargai ibu yang surirumah sepenuhnya.Saya adalah tergolong didalam yang bernasib baik dalam masaalah penjagaan anak-anak.semasa bersekolah rendah saya bawa semua anak-anak ke sekolah yang sama. Semasa kecil ada Makcik sebelah rumah yang datang menjaga anak-anak dan balik sebaik sahaja saya pulang kerumah.Beliau menjaga seperti cucu sendiri,dimarah kalau salah,dipujuk kalau merajuk. Sesekali makcik tersebut bercuti nenek mereka di sebelah rumah akan menggantikannya.Walaubagaimanapun kerisauan saya tinggi semasa anak tidak sihat,saya bimbang akan menyusahkan penjaganya,biarlah anak menagis atau merengek ditangan kita dari ditangan orang lain. Saya meninggalkan susu sendiri di dalam botol,kerja itu bukan mudah,seawal pagi kena bangun sebelum bayi menyusu,kalau tidak perahan tidak banyak.Kena menjaga makanan untuk memastikan susu dalam keadaan maksima,mengelakan makanan yang menyebabkan kurang susu seperti makanan manis. Disekolah juga saya akan memerah susu dua tiga kali.anak anak menyusu sehinggalah saya mengandung seterusnya sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun.

Dari cerita diatas para ibu yang bekerja patut bermuhasabah diri,disamping kelihatan anak-anak macam seperti biasa sahaja rupa-rupanya memendam rasa kerinduan kehangatan kasih sayang ibu. Sedangkan ibunya ingat anak-anak sudah cukup dengan kebendaan yang dibekalkan. Nasib baik  penulis diatas menjadikan trauma yang dialaminya kepada iktibar untuk membuat yang lebih baik.Bukan menjadi dendam yang memudaratkan.

Saya pernah bermalam dirumah seoran ipar,yang setiap hari bertolak dari rumah jam 7pagi,pulang jam 7malam.Beliau menghatar anak ke rumah adiknya pagi dalam perjalanan ke tempat kerja dan mengambil dalam perjalanan balik. tiba dirumah terus mandi,solat,dan membuat kerja dapur. anak telah dimandikan oleh yang mengasuhnya,sementara ibunya menyiapkan kerja dapur anak bermain bersendirian dan tertidur. Setiap hari itu yang berlaku,dia mengakui kadang beberapa hari mereka tidak dapat bersama.Masyaallah    sebak kalbu saya. Saya syorkan kepadanya sekurang-kurangnya luangkan masa peluk dia sekejap sebelum tidur.ataupun gunakan hujung minggu sepenuhnya.

“Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya. Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
[Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3]


Abdullah bin Abbas Ra. Menyampaikan bahwa Rasulullah saw. Berkata , “ Sayangi-lah anak-anak-mu dan berilah mereka pendidikkan yang pantas “. ( HR. Ibnu Majah )
 

  “ Tekunilah anak-anak-mu dan perbaikilah kesopanan mereka.” (HR.Ibnu Majah) ( tekun dalam hal pendidikan moral , akhlaq , Etika sopan santun dll ) ,

“ Tidak ada pemberian yang paling utama dari seorang ayah kepada anak-nya , selain ( pemberian ) berupa kesopanan yang baik . “ ( HR. Tirmidzi ) ,

Seorang datang kepada Nabi Saw. Dan bertanya : “ Ya Rasulullah , apa hak anak-ku ini ? , Nabi Saw. menjawab , “ memberinya nama yang baik , mendidik adab yang baik ( budi pekerti yang baik ) , dan memberikan kedudukan yang baik (dalam hatimu) (HR. Aththusi ) ,

 Rasululloh SAW. bersabda , “ Diantara hak anak atas orang tua adalah memperbaiki adabnya dan mem - berinya nama yang baik.” ( Al Hadits )

  Abu Qulabah menyatakan bahwa Rasulullah pernah bersabda , “ Siapakah yang paling pantas menjadi orang yang diberi pahala ( oleh Allah SWT. ) daripada orang-orang yang mengeluarkan hartanya untuk anak-anaknya agar mereka selamat dari pada kemungkinan mengemis/meminta-minta dan menjadi makmur" ( HR.Tirmidzi )
 

2 ulasan:

  1. Salam makbonda,
    Bila membaca luahan FB itu, barulah saya faham situasinya. Dia menulis dr sisi seorang lelaki, sedangkan di luar ramai wanita yg juga 'terpaksa' bekerja utk menambah rezeki yg mgkin situasi mereka juga dlm serba salah antara status ibu, isteri dan menantu. Namun bagus juga penulis FB itu kerana dia mempertahankan isterinya dr disindir atau dihina orang. Dia tahu pentingnya tggjwb seorang ibu (kalau dia mahu membantu tugas isterinya). Ada juga teman yg saya yg mengadu sejak awal kawen...suaminya tidak suka membantu.

    Apapun makbonda, sesuatu yg kita lakukan terpaksa bukanlah sesuatu yg menenangkan jiwa. Biarpun bekerja atau tidak bekerja. Dok di rumah pun, isteri masih memerlukan duit jg... Terlebih mmberi kemanjaan, anak-anak tiada sifat mandiri. Terkurang kasih syg, anak-anak terseksa. Kita ambil saja tauladan dr kisah pahit seseorang, mg tidak mengulang silap yg sama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali indah.

      Sebab tu bila ada pendedahan begini kita perlu muhasabah diri. Kalau masih memilih untuk bekerja pastikan kasihsayang tetap dijaga. Ada juga ibu yang tak bekerja tapi anak-anak terabai juga....Apa-apa pun ilmu adalah segala-galanya, kan indah.

      Padam

Catatan Popular