DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Rabu, 18 Disember 2013

TEGANG

sumber google imeges


Emak megadu,salah seorang anak saudaranya datang berkunjung. Dia meminta jasa baik Emak untuk menjadi orang tengah antaranya dengan jirannya juga ipar duainya.Telah beberapa tahun  perhubungan mereka tegang,sehingga peringkat tidak bertegur sapa dalam tempuh yang agak lama.Hanya dengan satu punca ianya berlarutan lama,ada sahaja perkara baharu yang menyumbang kepada lamanya tempoh persengketaan.

 Perbezaan antara semasa dua pihak yang sedang didalam perhubungan baik dan sebaliknya ialah:- Semasa dalam keadaan baik, apa jua yang diperkatakan atau yang dilakukan atau segala tindak tanduk pihak satu lagi adalah tidak mendatangkan apa-apa kesan. Bagaimana pula bila dalam keadaan yang sebaliknya. semua tindak tanduk,kata-kata dan apa juga yang dilakukan pihak yang lagi satu adalah menyakitkan.Orang ketawa pun dirasa seperti mengejak.Tekan minyak kenderaan kuat-kuat pun dirasa memperli.Pendek kata segala-galanya menyakitkan.

Begitulah keadaannya kedua-dua pihak anak saudara Emak itu. Sebelum ini hanya pihak yang satu lagi yang selalu mengadu pada Emak,Emak hanya mampu menasihatkan agar berusahalah berbaik-baik,mungkin ada sebab pihak di sana menjadi begitu. Emak duduk jauh,tidak mampu menolong semuanya tambahan lagi dengan tangggungjawab emak membantu bapak yang uzur. Sekarang pihak yang satu lagi datang,menceritakan sebelah pihaknya. Dia bermohon sangat agar emak menjadi orang tengah dalam ketegangan ini.

Saya tahu Emak agak tertekan dan terganggu. Walaupun mungkin ada buah fikiran tetapi emak agar kurang keyakinan,lalu Emak meluahkan pada saya.Ibu bapa mereka telah pulang ke Rohmatullah,dan mereka juga bukan kanak-kanak lagi tetapi telah mula memasuki usia emas,usia persaraan jka mereka berkerja. Tentu tidak sama kaedahnya dengan usia kanak-kanak.Semasa mereka kecil Emak yang menjaga mereke ketika itu Emak belum kawin lagi. Bila mereka bergaduh emak akan leraikan biasanya yang menyebabkan sebelah pihak menangis itulah yang akan dikenakan tindakan.

Saya nyatakan pada Emak bahawa itu adalah satu petanda bahawa mereka telah penat dengan situasi tersebut. Entah berapa kali sehari semalam mereka memohon petunjuk dalam solat. Itulah ketikanya petunjuk itu datang. Kerjanya tentu lebih mudah. Cuma mereka belum mampu untuk merendahkan taraf keegoannya untuk bertemu sendiri dan saling berlapang dada.Padahal sepatutnya perkara itu begitu mudah. Kuatkan hati  jumpa sahaja bertentang mata dan mulakan kemaafan dari diri sendiri,

"Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang sering memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya."
sabda Rasulullah. [riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi]

Degan cara begini orang lain tidak tahu jadi tanpa terbuka aib masing-masing.Namun mereka belum tiba ke tahap itu.

Saya hanya memberi pendapat sahaja pada Emak.Dalam situasi ini tidak perlu kita mencari punca ketegangan tapi fikirkan perkara yang selepas ini. Kenangkan keseronokan semasa berbaik-baik dahulu. Kenangkan perkara  kebaikan yang pernah pihak sebelah sana beri. Satu ketika dahulu mereka boleh berkongsi kereta untuk menghadiri kenduri saudara mara. Bila mengadakan majlis setiap orang saling menyingsing lengan,menghulur bantuan. Alangkah indahnya situasi itu.

Si adik perlu hormati kakak,dan kakak juga patut menyayangi si adik. Setiap mereka pasti ada kelebihan,kagumilah kelebihan pihak satu lagi.  Hayatilah bacaan setiap solat masing-masing. Dari bacaan iftitah lagi,hidup dan matiku kerana Allah,jadi apa perlunya sibuk menilai kesalahan orang lain.

Jadikan umpatan serta fitnah dari orang lain sebagai saham akhirat. Semestinya sakit hati,tapi jadikan sebagai kifarah dosa kita mungkin kita juga pernah melakukan pada orang lain tanpa kita sedari.
 Paling tidak beringatlah kalau mahu anak kita menjadi anak soleh yang mendoakan ibu bapanya maka kita juga perlu menjadi anak soleh yang mendoakan ibu bapa. Menjadikah anak yang soleh jika sesama saudara bersengketa dan bermusuhan. Apakah yang dirasa oleh roh kedua ibu bapa?.

Saya juga mengajak Emak doakan untuk mereka,terutama nanti apabila masanya tiba untuk emak dibawa kepada mereka.Saya juga mendoakan Emak agar diberi kekuatan dan hikmah semasa berhadapan dengan mereka.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(A-li'Imraan 3:134)

Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
(An-Nisaa' 4:149

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(An-Nuur 24:22

2 ulasan:

  1. SALAM Dear Simah. Saya mata dah kurang sikit. Guna fon besar sikit sebab nak mudah baca. TQ.

    BalasPadam
  2. Salam Kembali....OK komen Puan yang saya kasihi saya pertimbangkan dan buat keputusan. Harap menepati permintaan.

    Senyum-senyum malu

    BalasPadam

Catatan Popular