DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 2 Januari 2014

Mencari kesembuhan

 



Seronok meihat status ibubapa muda yang begitu teroja dengan anak-anak yang baru mula ke alam persekolahan. Apa tidak terojanya itu adalah detik sejarah perkembangan kehidupan anak-anak.Selangkah demi selangkah melayari dunia kehidupan. Ada yang menunggu sehingga anak habis jadual persekolahan padahal anak-anak tidak kisah pun apabila ditinggal. Tidak mengapalah,cuti telah pun di ambil,apa salahnya sesekali melihat atau merakam detik-detik bersejarah tersebut. Bagi saya,saya tidaklah begitu teroja seperti mereka kerana saya membawa anak-anak diseolah yang sama. Sambil melintasi kelas mereka sambil mata mencari kedudukan dalam kelas.

Saya mengimbau kembali peristiwa semasa saya masuk sekolah. Pada ketika itu Saya darjah satu Abang darjah dua. Bapak datang ke sekolah pada hari pertama sahaja untuk memuat pendaftaran dan bayaran. Akan datang kembali bila ada mesyaurat PIBG,Hari penyampaian hadiah dan sukan, Selain daripada itu bapak memang tidak pernah datang.

Saya bukan jenis budak yang berani dan lincah. Saya adalah jenis budak yang penakut,lembab dan sangat rendah keyakinan diri.Dalam perasaan saya orang sentiasa memerhatikan kita dan jika tersalah langkah akan diejek.Itulah antara fenomena yang wujud dalam diri orang yang rendah keyakinan diri.

Saya amat takut merempuh kawasan yang ramai orang. Oleh itu bila tiba waktu rehat saya tidak berani pergi kekantin atau mana-mana tempat yang saya tidak biasa. Saya akan berdiri ditiang luar bilik darjah sehinggalah abang datang menjemput atau membawa sesuatu untuk dimakan. Perkara tersebut berlaku agak lama,dan saya tidak dapat membaca hati abang samada beliau bosan atau tidak dengan bebanan yang dipikulnya itu.Entahlah sampai bila saya pun tidak dapat menyimpan memori tersebut.

Sebab itulah sehingga sekarang saya masih ingat lagi jasa abang kepada saya. Beliau bukanlah terlalu baik,macam juga kanak-kanak lain kadang mengusik saya sehingga saya menangis. Satu kejadian yang saya ingat dia mencabar saya agar akan jambu bol semasa tengahari dibulan puasa. Beliau berjanji tidak akan beritahu emak,saya pun yakin. Namun apa yang terjadi,entah waktu bila beliau membuat laporan,setibanya dirumah terus emak memarahi saya dengan teruknya.Apa yang membuat hati saya berbuku beliau begitu selamba tanpa nampak reaksi bersalah. Banyak lagi perkara penganiayaan abang yang menyakitkan,namun kesakitan saya  sembuh serta merta atas jasa yang pernah abang curahkan.

Sehinggalah saya keusia ini.Banyak perkara yang menyakitkan yang saya terima dari orang sekeliling. Semasa kejadian tersebut memang api yang ditiup oleh Syiatan begitu menyala-nyala. Firaun,dajjal semua bertahta . Siapalah tidak marah bila sesaorang menyampaikan bahawa orang yang kita percayai nampak baik di hadapan kita rupanya mengutuk-ngutuk kita. Pada ketika itu rasa tidak cukup saluran pernafasan untuk menampung udara yang keluar berdengus-dengus. Namun bila dipejamkan mata,kawal dengusan nafas,begitu banyaknya hikmah dari apa yang kita rasa kemalangan ini.Sebenarnya ia adalah satu proses pembaikan,atau pemulihan diri.Ia adalah satu petunjuk atau peluang untuk menghapuskan firaun dan dajjal dalam diri. Kesakitan kesan dari kutukan tadi akan mudah sembuh bila dikenangkan individu tersebut pernah melakukan sesuatu kebaikan kepada kita.

Semasa kecil saya selalu bergaduh dengan adik beradik,bukan lah sentiasa tetapi banyak juga masa berbaik sebenarnya.Bergaduh sehingga saling menyakitkan anggota tubuh. Dia buat dahulu kita pun buat,dia membalas kita pun apa lagi,bila mahu berhenti sehinggalah emak atau bapak membuat tindakan drastik,barulah berhenti. Pada ketika itu kita belum matang lagi,bila berperang mulut segala-galanya keluar,rasa kemenangan bila lawanya menagis,bukan emak dan bapak mebiarkan sahaja,beberapa kali kena tindakan tetapi mudah lupa,nanti berlaku lagi.Kasihan emak dan bapak ketika membesarkan kita.

Itu adalah zaman kanak-kanak.Bila telah melalui bermacam-macam proses kehidupan,fikiran semakin matang,apa yang dibuat dahulu adalah salah. Tidak perlu disimpan lagi  segala dendam dan kemarahan. Sebaliknya kenangkanlah yang baik-baiak sahaja. Apa lagi bila telah memasuki dunia keibubapaan. Seboleh-bolehnya apa yang negetif dari diri kita tidak diwariskan kepada anak-anak. Rantaian dajjal dan firaun dihentikan sama sekali.

Kesimpulannya bila marah pada sesaorang kenanglah perkara-perkara baik yang pernah dilakukannya kepada kita,walaupun hanya sekelumit. InsyaAllah sekurang-kurangnya mengecilkan peratus mazmumah diri.





A159



Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(A-li'Imraan 3:159

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular