DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 21 Januari 2014

KELAPA SAWIT

sumber google imej



Dunia kelapa sawit tidak begitu meninggalkan kesan ke atas memeori saya,sebab zaman saya bergelumang membantu keluarga menyara keluarga dunia saya ialah tanaman kelapa,pisang dan sayur-sayuran. Walaupun taraf saya hanyalah kakak yang tugasnya menjaga adik namun sesekali saya terlibat juga menolong bapak. Dunia kelapa sawit telah diceburi oleh Bapak setelah saya dewasa. Sejak penanaman hinggalah menghasilkan buah saya tidak pernah terlibat secara langsung. Namun beberapa kali  mewakafkan anak-anak teruna saya untuk tolong Bapak dan Emak menabur baja atau meracun rumput rumpai.

Hari itu saya dan suami menziarahi Bapak dan Emak. Setelah habis menikmati durian saya membuang kulit durian tersebut nun di belakang rumah yang agak jauh ditengah kebun. Sekonyang-konyang mata saya terpandang taburan biji-biji sawit dibawah perdu pepohon sawit di situ.

Seketika itu memory saya terimbau peristiwa beberapa hari yang lalu. Sehabis mengaji bersama-sama jemaah muslimah di mesjid tiba-tiba kami mendapat ilham untuk menziarahi Nek Milah yang telah berbulan-bulan tinggal dirumah anaknya di selang beberapa kampung.Beliau sakit ,dengar ceritanya akan dibawa ke hospital Sg Buluh untuk diagnostik batu karang di ginjalnya. Ada sepuluh orang Jemaah semuanya saya membawa 5 orang dengan unser dan biras saya membawa 5 orang dengan avanzanya. Semasa menghantar Mak Cik  Nor kerumahnya saya terlihat seorang lelaki yang berumur sedang menaikan sebuntil guni penuh ke atas motosikalnya dengan dibantu oleh beberapa orang anak remajanya.Mereka tinggal di sebuah rumah PPRT. Salah seorang diantara muslimah yang saya bawa bertanya kepada Mak Cik Nor,

"Itu apa yang dinaikan"
"Kelapa Sawit lah tu"
"Dari mana dapatnya?"
"Oh orang tu kebunnya banyak,sempadan kampung sampai sempadan kampung"

Saya ingat wah kayalah orang ni,rupa-rupanya kerjayanya ialah mengutip buah kelapa sawit yang gugur merata kebun orang tanpa sempadan,tanpa mengira halal haramnya.

Bila saya melihat biji kelapa sawit yang melata di kebun bapak,teringat saya pada mereka. Kalau lah mereka tinggal di sini pasti banyak rezeki mereka,sebab di tempat emak tidak ada orang yang mahu mengutipnya. Dulu Emaklah yang mengutip sendiri,Emak kata sayang,penat-penat kita tanam,bermodal tenaga dan kewangan.Ianya ada harga. Emak akan kutip dan jual,duitnya Emak akan dermakan pada yang memerlukan.

Sememangnya ada harga buah yang terlerai ini. Kadang-kadang pemetik yang mengambil upah mengait tandanan kelapa sawit ini membawa isteri atau pembantu yang mengekori dibelakang, dengan sengaja membuat biji-bji sawit ini terlerai,nanti pembantunya akan mengutip dan menjualnya secara berasingan tanpa pengetahuan tuan tanah.Hukumnya samalah dengan Cikgu yang menggunakan harta sekolah untuk memesarkan produknya.


Tapi sekarang emak sudah tidak lagi mengutipnya sejak emak jatuh terduduk di dalam parit sehingga telefon bimbitnya sama terendam. Emak dengar pendapat anak-anak agar Emak tidak perlu bersusah payah mengutip biji sawit lagi dengan menumpukan pada penjagaan Bapak sahaja.

Dengan baldi yang telah dikosong dari kulit-kulit durian tadi dengan perasaan geram saya pun mengutip biji-biji itu satu persatu. Belum separuhpun isi baldi  tersebut pinggang saya sudah berasa lenguh, namun saya teruskan juga sambil berzikir.Akhirnya penuh juga baldi yang bermuatan lebih dari 7 liter itu. Bila saya tunjukan pada Emak ketawa besar beliau.Saya bertanya kepada Emak tentang nilai sejumlah itu. Emak kata dalam RM30 mengikut harga pasaran terkini,namun adakalanya lebih dari itu atau kurang. Saya usik suami saya yang baru menamatkan perkhidmatanya pada 9 januari yang lalu agar memilih kerjaya mengutip kelapa sawit di kebun Emak sebagai mengisi masa persaraan.





"Dan janganlah kamu makan  harta ) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui ".
(Al-Baqarah 2:188)
 
 
"Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita."
(Al-Baqarah 2:274)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular