DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Ahad, 26 Januari 2014

KEMANDIRIAN SPESIS

Hampir 30 tahun saya bergelumang dengan dunia pendidikan.Sesekali ada juga kepuasan tidak terkecuali  juga rasa kekecewaan.

Kali ini saya mahu kongsikan perkara kepuasan.

Tajuk hari itu ialah Bagaimana haiwan memastikan kemandirian spesisnya.Untuk kelas Tahun 5. Bahan bantuan yang saya sediakan ialah video-video yang saya dwonload dari youtube mengenai haiwan dengan anak-anaknya.Antaranya




Untuk set induksi saya sentuh dahulu siapa yang dapat menaiki radiocar polis semalam. Semalam pihak sekolah telah mengadakan satu program Maju Diri dengan memanggil pihak polis untuk slot ceramahnya.Diantara banyak program yang telah diadakan setiap tahun saya paling tabik pada pegawai polis untuk tahun ini. Antaranya isi ceramahnya;

"Banyak dah sekolah telah mamasang cctv,suatu masa sekolah kamu pun akan dipasang juga,apa yang kamu buat kat sekolah guru besar akan tahu,takut tak kamu semua"
"Takuuut" jawab anak-anak
"Oo takut ye,entah-entah dah pasang,kamu tak perasan"semua mata anak-anak melilau merata siling.
"Kenapa takut"
Seorang anak nak menyampuk "Takut,nanti guru besar nampak apa yang kita buat"
"Oooh kamu takut GB nampak ye,kamu tak takut cctv Allah lagi besar,apa yang ada dalam hati DIA pun boleh tahu."

Ada beberapa soalan yang perlu dijawab oleh pelajar diakhir sessi,dan ganjarannya ialah menaiki radiocar .Subhanallah berebut-rebut mereka menjawab soalan,terojanya mereka dapat menaiki radiocar keliling kampung.Di aklangan guru pun kalau ada pelawaan saya pasti akan menerima.


Baik kita tinggalkan cerita polis semalam.Sebelum ini pelajar telah di terangkan tentang perlunya haiwan memastikan kemandirian spesisnya,iaitu supaya sepesisnya tidak pupus maka haiwan perlu menjaga anak atau telurnya,namun ada haiwan yang tidak menjaga telurnya,untuk mengekalkan spesisnya ia perlu bertelur banyak seperti lalat atau nyamuk,atau ditempat persembunyiaan seperti lipas atau dilitupi jeli yang menjijikan seperti katak.

Saya menjualkan pertanyaan
"Mengapa pihak sekolah memanggil polis untuk berceramah"
"Untuk menerangkan perkara yang salah dan kesannya kepada kesalahan"
"Mengapa pula perlu diterangkan perkara itu semua?Kenapa lembu atau harimau tidak perlu itu semua.Dia jaga anaknya,beri makan,lindungi dari musuh sehinggalah pandai jaga diri sendiri,teruskan hidup dan seterusnya mati."
Dalam jawapan yang berbagai saya pilih jawapan yang ini
"Sebab harimau kalau buat jahat pun tak salah,manusia salah"
"Betul,manusia dan haiwan berbeza,manusia Allah kurniakan fikiran,apa jadi kalau cara manusia pelihara anaknya macam harimau,bagi makan,jaga dari musuh bila dah besar merompak, membunuh, menganiaya orang,tak ada bezanya dengan haiwan.Walaupun badanya manusia tapi hatinya tak macam manusia. Kalau emak/bapak kamu ada anak macam tu apa jadinya? adakah dia berjaya memastikan kemandirian spesisnya?,iaitu spesis manusia yang berhati manusia?."
Jawapan mereka "Taaaaak"
"Sebab tulah sekolah panggil polis utuk sama-sama menjadikan kamu semua manusia yang jadi manusia.Cikgu tak pernah jadi polis jadi takberapa tahu nak cerita tentang hal jenayah,polis lebih tahu. Emak kamu hantar kamu ke sekolah untuk keturunannya menjadi manusia yang berhati manusia.Beza haiwan dengan manusia haiwan mati terus reput,tapi manusia dibangkitkan semula untuk di kira amalannya"


"Lepas ni kamu semua tengok bagaimana haiwan menjaga anaknya. Agak kamu siapa yang menggerakkan haiwan ,yang bagi idea kat haiwan untuk jaga anaknyamhaiwan bukan boleh berfikir?"
"Allaaah"
"Ya Allah,jadi semasa kamu menonton nanti kamu sentiasa ingat Allah yang buat semua tu,jangan asyik-asyik sebut  huyyo,wow,omg dan macam-macam lagi,labih baik sebut Subhanallah,atau masyaAllah,atau Allahuakbar.Itu namanya zikir,kamu tonton gambarpun dapat pahala"

Alhamdulillah sepanjang 30 minit petikan video itu tersiar terlontar lafaz-lafaz zikir yang saya syorkan tadi.

Semoga Saya dapat melahirkan anak didik yang menjadi seorang manusia yang bertaqwa,atau makhluk yang menghambakan diri kepada khaliknya.


Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
(Al-Baqarah 2:269)

2 ulasan:

  1. Betul tu Simah beri penerangan. Takut manusia "pupus" sebagai manusia. Ciri-ciri manusia nak pupus sudah ada. Semoga kita terpelihara. Salam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ciri-ciri kepupusan manusia,satu demi satu orang alim di ambil kembali,sedangkan yang lahir manusia yang tak berhati manusia........

      "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
      (Ibrahim 14:40)

      Padam

Catatan Popular