DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Khamis, 18 Julai 2013

PANGKAT PUASA



Alhamdulillah sejak kebelakangan ini cara berbuka saya telah berubah. Seusia 20an dahulu saya pernah bertanya kepada adik lelaki saya,yang lebih matang dan berilmu dari saya.

"Macamana ya dik,puasa kakak ni,awal-awal lagi dah terbayang menu berbuka,batal ke?"

"Orang berpuasa ni ada pangkatnya kak. Puasa umum adalah puasa yang hanya menahan perut (dan kemaluan dari memperturutkan syahwat.  
Imam Al-Ghazali berkata “Ramai orang yang berpuasa,namun ia tidak mendapatkan dari puasanya itu selain lapar dan dahaga kerana hakikat puasa itu itu adalah menahan nafsu.Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.Boleh jadi orang tersebut memandang yang haram,mengumpat dan berbohong.Maka yang demikian itu membatalkan hakikat puasa”

Puasa khusus adalah tingkat puasa orang-orang soleh,yang selain menahan perut dan kemaluan juga menahan semua anggota badan dari berbagai dosa.

Puasa khususul-khusus adalah puasa hati dari berbagai keinginan yang rendah dan fikiran-fikiran yang tidak berfaedah,juga menjaga hati supaya mengingati Allah SWT secara total.Puasa ini dalah menjadi batal kerana fikiran selain Allah(fikiran tentang dunia). 


Seusia ini,adakah patut puasa saya masih pangkat puasa orang awam sahaja? Untuk memupuk jiwa ini memakan masa yang lama,setiap tahun berazam agar puasa kita lebih baik dari puasa sebelumnya. Dahulu waktu berbuka seperti waktu untuk bergembira,dapat menghadap berbagai-bagai kelazatan menu. Padahal berbuka adalah satu ibadat,mengapa pula diletakan kepada perkara makruh dan nauzubillah jatuh kepada berdosa pula bila bila berlebih-lebih menu menjadi keutamaan.

Masjid di tempat saya  membuat program iftar sejak 5 tahun yang lalu,Pada awalnya ianya adalah inisiatif suami saya dan beberapa orang jemaah lain. Pada ketika itu mereka tidak memegang apa-apa AJK masjid. Pihak Masjid seperti tidak berapa memberi sokongan.antaranya tidak membenarkan menggunakan peruntukan masjid. Mereka membawa bekal dari rumah.Beriftar bersama-sama dengan bekal masing-masing. Apabila Pentabiran masjid berubah,program iftar dimasjid mula dibudayakan. Tawaran dibuka kepada sesiapa yang mahu menaja,jika tiada tajaan pihak masjid akan mengeluarkan belanja. Awalnya henya beberapa orang sahaja yang melibatkan diri,Ramadhan demi Ramadhan sambutan yang turut serta berubah. Pihak masjid pun semakin kurang menaja.

Saya mula turut serta sejak Ramadhan yang lepas sebab saya tinggal seorang diri bila anak bungsu masuk asrama. Pada awalnya apabila suami saya mengajak , saya malu-malu untuk turut serta. Sebab bukan budaya di kampung ini. Sedangkan orang lelaki pun sukar untuk turut serta,lebih selesa beriftar dengan keluarga sendiri dirumah,apa lagi perempuan. Namun apabila saya terjun juga,Subhanallah mudahnya urusan hidup ini.  Saya boleh tinggal di masjid sehingga tamat terawikh. Berbanding dengan apabila dirumah berbagai urusan dunia yang akan menyebokan kita. Tidak perlu pening kepala memikirkan menu iftar,tidak perlu merungut atas kenaikan harga barang. Hanya ada 3 keluarga yang bersama saya,maksud saya yang muslimah,kaum muslimin tentulah ramai. Malangnya 3 keluarga ini adalah guru-guru dan ustazah. Pakcik-Makcik bersebelahan masjid yang memohon asnaf  zakat tidak sudi pula turut serta. Tentu sayang kan,kalau mereka turut sama bersama kami tentu kurang kos berbuka mereka,dan bolahlah keluar dari golongan asnaf.

“Alah nak buka kat masjid,nak makan tak selesa.Kena cepat-cepat nak mengulang-ulang malu. Macam malas nak masak,kedekut lah tu,nak makan free” Kata Kak Kiah yang tinggal dirumah bantuan zakat yang tidak berapa jauh dari masjid.  
“Kak Kiah,nak mengulang-ulang banyak mana isipadu ruangan perut Kak Kiah ni. Kami masak juga untuk sahur. Mana pula makan free, kami menaja beberapa kali iftar ni” Kata hati saya yang penuh mazmumah ini,namun saya simpan sahaja tanpa menyuarakan,itulah kemampuan saya.Saya tahu ianya telah mengurangkan pahala ibadah saya. Astaghfirullahalazim.
 


Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” HR. Tirmidzi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular