DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Selasa, 16 Julai 2013

RINDU

Anak-anak saya yang diperantauan menggunakan berbagai media untuk menyampaiakan kerinduan mereka untuk balik kampung,berbuka di rumah,Rindu dengan Emak dan Abah.Seusia mereka begitulah. saya dahulu,sehinggalah berusia 30an,Rindu balik kampung mahu berbuka di rumah. Balik kampung kerana diri sendiri,rindu dengan keluarga,berbuka bersama keluarga rindu masakan Emak..Walaupun telah berkeluarga sendiri,mahu balik kampung beberapa hari,lepak-lepak dirumah bersama emak bapak. 

 Bila seusia saya sekarang,balik kampung bukan untuk diri sendiri,bukan untuk lepak-lepak melepaskan rindu,tetapi lebih kepada untuk kedua ibubapa,yang telah uzur dan kurang tenaga untuk bergerak.Untuk menziarahi dan memenuhi keperluan kehidupan mereka. Lebih kepada menggembira hati mereka bukan untuk diri sendiri. Tidak mengharapkan lagi masakan air tangan mereka. Seboleh-bolehnya kedatangan kita merehatkan mereka,ini adalah masa mereka. 

 Saya pula seusia ini mulai bersedia untuk menjadi seperti ibu bapa saya. setiap kali saya meminta diri untuk meninggalkan mereka saya akan ungkapkan
 "Mak saya balik dulu, minta maaf tak dapat jaga Mak dan bapak sepenuhnya."

 "Beginilah kehidupan,mula-mula kita tak ada,kemudian ada,kahwin duduk berdua,beranak pinak. Anak-anak pulak kahwin,anak tak kahwin risau pulak,beranak pinak,masing masing ada kehidupan,tinggalkan emak bapak berdua,bila-bila masa sorang-sorang dalam liang lahat. Yang penting saling mendoakan,ada depan mata pun kalau tak berdoa tak bermakna" Begitulah jawapan Mak. 

Saya akan meninggalkannya dengan sebak.Begitulah Mak saya. Saya sering mengingatkan adik-adik agar tidak mengambil kesempatan dengan sikap Mak tersebut. Jangan berhenti mendoakan mereka,walaupun tidak mampu mengunjungi dengan kerap ,seringlah hubunginya dengan berbagai media.Saya tahu emak bercakap dengan jiwanya. Saya berazam akan berfikiran sepertinya. 

 Bila anak-anak menyuarakan kerinduan untk berbuka dirumah,mereka tidak tahu bahawa selama ini saya sendiri tidak berbuka dirumah. Mereka juga patut mengubah sikap rindu untuk berbuka yang saya budayakan kepada mereka sejak kecil lagi. Masa mereka kecil dahulu semangnya saya menggembirakan mereka semasa berbuka sebab mereka masih didalam latihan untuk berpuasa,kini mereka sudah besar,mereka patut gembira dengan pahala,jadikan berbuka ialah alat untuk meraih pahala. 

Ya saya tunggu mereka pulang untuk mengubah cara mereka bergembira dengan ibadat puasa. Sebenarnya saya juga sangat rindu kepada mereka. Sebagaimana rindunya Mak dan Bapak saya kepada saya. 


4 ulasan:

  1. Rindu Simah pada mak bapak terubat juga. Rindu saya hanya dengan air mata......
    Semoga mak dqn bapak sejahtera disisi Allah dan semoga berjumpa lagi di Syurga Firdaus. Ameen Ya Rabb...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen,ameen Ya Rabb.....

      Dengan air matalah rindu lebih bermakna apalagi jika hatinya dekat dengan Pencipta. Begitulah sepatutnya harapan dan doa kita kita mereka....Salam Ramadhan Puan.....Semoga Ramadahan ini lebih baik dari sebelumnya......

      Padam
  2. Salam rindu juga kepada makbonda,
    Salam 8 Ramadhan kak..

    Kelembutan hati, itulah yg menggamit anak-anak pulang.

    Moga segalanya dipermudahkan Allah. Saya mohon maaf atas salah dan silap sepanjang kita kenal ya kak . :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam juga dari saya untuk indah.

      Semoga Ramadhan ini titik untuk kita meningkatkan tahap tawadduk kita.

      Sama-sama kita bermaafan,semoga suatu ketika kita dapat bersua muka.

      Padam

Catatan Popular