Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilham......Gembira menjelang Syawal,sebak meninggalkan Ramadhan. Adakah akan bertemu lagi dengan bulan yang penuh rahmat ini lagi? Makbonda rasa Ramadhan kali ini cukup tenang.......Semoga amalan diterima Allah. Tahun ini Makbonda tidak langsung membuat kuih,smuanya oder dengan kawan-kawan. Alhamdulillah suami yang menggalakan. Beliau mahu kami tumpukan sepenuhnya dengan amalan pengisian Ramadhan. Sampai bila masih mengamalkan adat puasa,yang sepatutnya ia adalah ibadat. Bila anak-anak balik yang masing-masing mahu buat kuih raya,terpulang pada mereka,padahal kuih yang telah di order mencukupi,tetapi masing masing mahu mencuba skill. Terpulang lah,ini masa mereka. Saya pernah merasainya dahulu.
Sungguhpun tidak membuat kuih raya makbonda gunakan untuk berkreativiti membuat benner
 |
Untuk Masjid kampung |
 |
Untuk Wall FB Suami |
 |
Untuk FB sendiri |
 |
Untuk FB sekolah |
 |
Untuk JKKK kampung yang di pasang di simpang jalan masuk ke rumah ,Sesiapa yang datang kerumah Makbonda akan disambut oleh benner yang di gantung di simpang jalan |
 |
Untuk Masjid,digantung di perkarang masjid. |
Imeg masjid diatas Makbonda Copy dari
myMasjid yang di bena oleh
adik Makbonda
Di bawah adalah Wall FB suami,
Untuk Makbonda ini dia.
Untuk pengunjung Blog ini diucapkan Salam Idul Fitri,maaf zahir dan batin. Semoga amal kita diterima Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan