DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Isnin, 24 Disember 2012

Musafir 7 (Cameron Highland.)


Sesungguhnya Cameron Highland ialah satu-satunya  lokasi yang beberbeza  dari lain. Dengan suhu purata di Cameron Highlands adalah di antara  18°C hingga 28°C pastinya memberi satu kelainan.
Bercuti  katanya  untuk melapangkan jiwa. Jadi semua orang mahu mencari tempat yang tenang, lapang,mententeramkan dan sebagainya.  Justeru CH lah yang menjadi pilihan. Jika semua berfikiran yang sama dengan memilih tempat yang sama,tidak lah menjadi tempat itu satu tempat yang tenteram lagi tempat itu.



Kalau asalnya CH tempat yang dingin,sunyi,udara keluar masuk dari dan ke paru-paru dengan lancar dan sehat sekali. Kini  bila 1 Malaysia semua berkunjung di sini,akibatnya pertambahan karbon dioksida mendadak.Kepulan awan nipis berbaur dengan kepulan gas dari eksos kenderaan. Suasana sunyi bertukar menjadi jeritan hon-hon yang marah kerana kesesakan.Maka   Jadilah  ia sebaliknya.
Tempat penginapan di CH seperti cendawan tumbuh. Tidak ada masaalah untuk mencari,tanpa perlu tempahan pun masih berpeluang.

Seingat saya telah 7 kali saya mendaki tempat itu. Pertama kali  tahun 1985 dengan menaiki bas lawatan PIBG SK Hutan Melintang. Pada waktu itu suhunya lebih sejuk berbanding sekarang. Kali Ke dua pada tahun 1996. Semasa bilangan anak 4 orang,tetapi kami tidak menginap. Kali ketiga pada tahun 2008 .menginap di sebuah apartment di Tanah Rata. Kali ke empat menghadiri kursus  di Rossa Pasadena. Masa ini saya memandu sendiri. Kali kelima untuk kursus lagi menginap ditempat yang sama.  Kali ke enam 2010 bersama keluarga dan menginap di sebuah home stay yang terletak disebuah kampung yang agak dalam di Berincang. Kali ini  saya menginap di  Crown Imperial Courts Brinchang .

 

 

 Setiap kali bah datang setiap kalilah pantai berubah,begitu juga di CH. Setiap kali datang pasti ada yang berubah. Dahulu di sebelah belakang Petronas Berincang terdapat satu kawasan yang tinggi dan menghijau. Datang lagi telah ditarah,datang lagi telah ada kerja-kerja membina kongkrit, seterusnya wujud rangka bangunan. Kali ini saya duduk di balkoni bangunan itu yang telah menjadi  Crown Imperiel Courts. 

 


 

 

Dengan berdiri di sini saya boleh melihat seluruh sekeliling pekan Berincang. Sesak nafas saya melihat jaluran jalan raya yang padat dengan berbagai-bagai kenderaan.Tambahan lagi dengan adanya pasar malam yang telah melebar luasnya berbanding dahulu.Pergerakan kami sangat terhad,setiap kali keluar pasti menempuh kesesakan.Satu demi satu bas berhenti menurunkan penumpang. Kalau biasanya jam 10 malam pekan Berincang seperti telah tidur tapi nampaknya 24jam masih ada kenderaan menjalar.

 

Semasa perjalanan untuk turun ke bawah,masih ramai lagi kenderaan yang mendaki. Mahu sahaja rasanya turun  dan memberi tahun mereka,sekiranya belum membuat deposit penginapan lebih elok batalkan sahaja dan tukar lokasi percutian di tempat lain pada masa ini.  Diatas sedang berlaku kesesakan. Dari ladang teh Bharat sehingga pekan Berincang kenderaan macet tidak bergerak. Tiada beza dengan KL atau Pinang.Mungkin situsai begini hanya berlaku antara 21-26 Desember sahaja,dimana ketika ini semua orang pakat ambil cuti tahunan untuk bersantai bersama keluarga.Seperti juga kami,sepatutnya memilih sahaja pada tarik lain tetapi tidak berjaya kerana ini sahajalah kesempatan anak-anak dapat berkumpul.

 

 

Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.”

 

“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ia berada di dalam jalan Allah sehingga ia kembali”
(Riwayat Tarmizi) 

2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Hasimah

    Memang banyak perubahan di CH. Pertengahan bulan 10 kak ada ke sana, tak rancang pun, balik daripada ziarah kematian sepepu di Raub, jadi balik ikut jalan ke CH, berdua je. Jalan memang sesak terutama di Berinchang. Ada tebing runtuh, sebelum sampai di Berinchang tu. Di Tanah Rata pula jalannya dah penuh dgn bangunan2 di kiri kanan jalan.

    Hotel dan condo pula semakin bertambah,pendek kata memang banyak berubah.

    Kak cuma singgah makan dan beli sayur2 dan sedikit buah strawberi n beberapa botol madu tualang.

    Memang seronok dapat meluangkan masa di sana.

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Kak Werdah.

    Itulah satu tempat yang penuh privacy,tapi semakin menurun prestasinya. Pihak yang bertanggungjawab kena buat sesuatu untk mengekalkannya.

    BalasPadam

Catatan Popular