DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 30 Disember 2012

Rawatan.

Sepanjang cuti sekolah ini saya beberapa kali berulangalik ke Teluk Intan. Ada  ketumbuhan di lengan anak remaja saya. sebesar 1.5cm.Semasa kecil dahulu saya ingat ianya adalah seperti tahi lalat sahaja,tetapi ianya membesar mengikut usianya, menjadikan kebimbangan dihati kami suami isteri,tambahan pula dia juga agak terganggu dengan kehadiran ketumbuhan itu.Justeru kamipun bertindak sebelum kesan yang lebih mudarat. Alhamdulillah ianya berjaya disingkirkan dengan sedikit pembedahan. Selepas peroses itu kami dikehendaki menghantarnya kembali untuk pemantauan selanjutnya.

Bekas ketumbuhan yang doktor serah pada kami,sebenarnya asalnya berwarna sama dengan kulit,tetapi telah beberapa hari ia menjadi keperangan.


Dalam salah satu peroses pengulangan kami membawa Emak dan Bapak sekali kerana Emak ada urusan tanah di Pejabat Tanah Teluk Intan.Oleh kerana urusan pertama tidak selesai maka
Emak dikehendaki datang sekali lagi.Jadi kami pergi berlima. Suami saya dan bapak di hadapan dan kami bertiga di tempat duduk belakang.

"Mak boleh tak pergi kali ni kita naik unser,naik myvi sempit lah,tak selesa"

Saya pun terkejut juga mendengar permintaanya itu. Kami suami isteri semamngnya tidak akan membiarkan anak-anak terlalu demand dengan kehidupan.Mereka diuji dengan keselesaan.Kami tidak mahu perkara ini terus bersemadi didalam sanubari mereka. Perkara ini perlu rawatan segera juga sebelum perkara lebih memudaratkan. Tujuan kami menggunakan myvi ialah untuk kemudahan bapak yang sangat uzur,bila menaiki unser beliau bersusah payang memanjat untuk naik ke tempat duduk.

"Sepatutnya Mak yang demand,ni kereta Mak,macamana boleh Mak redha.Embah lagilah,ini kereta anak dia,macamana boleh Embah tak komplen pun. Kita  hidup menumpang di duniani,jadi kena banyak bersyukur."

"Ya lah kita kan ada kereta yang besar,nanti kufur nikmat tau mak,naik kereta kecik je"Dia memberi alasan.

"Kita naik myvi untuk kemudahan Embah Lanag,Naik unser kesian Embah terpaksa memanjat,Emak rasa ok je duduk bertiga,boleh rapat-rapat lagi,kan lebih mesra,Ya lah awak tak rasa macamana kakak-kakak dulu naik kereta tak ada aircond lagi,Mak rasa bersyukur sangat rasa nikmat naik kenderaan yang ada,"

Nampaknya dia seperti akur.

Di pejabat tanah kami jumpa sepupu suami. Mereka tinggal di Puchong. Beliau berkahwin dengan anak orang kaya,setelah ayah mertuanya meninggal mereka medapat berekar-ekar tanah pusaka.Seusia 30an tahun beliau telah mempunyai 5 orang anak.Setiap tahun bersalin,setiap kali bersalin  ibu mertuanya akan menghadiahkan sepasang barang kemas untuk ibu dan anaknya,jadi beliau sentiasa bermotivasi untuk bersalin,itulah gambaran kekayaan ibu mertuanya. Sekarang anak-anaknya telah membesar,yang sulung sahaja baru selesai SPM.Saya tahu mereka punya kendaraan mpv tetapi kali ini hanya menaiki Proton sahaja dengan lima orang anak,bermakna 7 orang dalam satu kereta.

"Hai,kereta besar mana?"Tanya suami saya.

"Nak jimat cikgu,tak nak biasakan anak-anak hidup senang je,sekali-kali biar berhimpit,betul tak?"

Ekor mata saya mencuri pandang reaksi anak remaja saya.Saya dan suami mengambil kesempatan mengulas situasi tersebut.

"Maknanya bukan kita sahaja kan yang nak anak-anak belajar arti kesusahan" Suami saya mengiakan dengan menambah serba sedikit rempah ratus.

http://www.excelqhalif.com/wp-content/uploads/2012/10/infografik-4-tahap.jpg



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular