DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Isnin, 10 Disember 2012

MAAFKAN KAMI GAZA & SYRIA

Sedih saya apabila masih ada orang dihadapan dan disebelah saya masih berkata;

"Buat apa kita sibuk memperdulikan orang-orang kat sana,yang penting kita jaga tempat kita jangan gaduh-gaduh macam kat sana,jaga keamanan negara kita,tak payah gaduh-gauduh yang penting nikmat yang kita ada ni jaga"

"Orang kat sana tu tak aman sebab ramai sangat pemberontak"

"Kita penat-penat boikot,orang lain tak boikot pun,sia-sia je"

"Orang palastein susah nak menang,sebab sering berbalah.Tidak bersatu,tidak mahir menyusun strateji,kita tak payah sibuk-sibuk peduli mereka,yang penting kita jaga iman kita masing-masing.Satu masa nanti yahudi akan musnah,Allah dah janji."

"Saya tak suka tengok gambar-gambar orang kat sana,tak sampai hati,nanti tak boleh tidur,tak lalu makan."

Saya sedih,bagaimana ada orang di sekeliling saya yang masih tidak ambil peduli dengan situasi saudara semuslim. Selagi mereka masih bergantung kepada berita yang di pegang oleh yahudi,selagi itulah pemikiran mereka masih didalam kotak pemikiran musuh Islam itu.

Berita yang sampai kepada kita banyak yang tidak tepat,semuanya mengikut kacamata barat. Saya sangat sedih,Rakyat Syria dizalimi,ditindas,dibunuh sesuka hatia.Perlukah mereka diam dan taat pada pemerinttah dan duduk diam sahaja,mereka perlu berjuang,menghentikan kekejaman pemimpin yang sedang rakus dengan kuasa.

2 ulasan:

  1. Salam kasih makbonda,
    Salam selamat utk Gaza dan Syria...

    Semalam saya mnghadiri kelas bulanan. kali ni belajar ttg pelbagai bab jenayah yg ada dlm undang2 islam dan hukumannya. Ada ttg zina, menuduh, mencuri, murtad, termasuklah bab meningalkan solat. Ada satu bab - Bughah (pemberontak). Undang2 islam boleh dijalankan ke atas pemberontak jika mmpunyai pemimpin yg mngetuainya, mmpunyai alasan yg tdk benar, dan mmpunyai senjata atau kekuatan. Utk kuasa pemerintah Islam, jika ia mndapat 2/3 undi majoriti, haram utk kita mengganggu gugat kerajaan. Utk pihak pemberontak, selagi tidak cukup 3 perkara tadi, kerajaan tidak boleh mencederakan mereka atau membunuh rakyat yg memberontak td. Itu salah... meskipun utk alasan keamanan. Saya selalu fikir Mesir negara Islam, tetapi hakikatnya tidak, amirnya Islam, rakyat Islam tetapi undang-undangnya bukan undang2 Islam sebab hanya separuh2. Agaknya begitulah yg jd pada Syria... Tentang GAZA, wajib kita mempertahankan diri atas serangan kaum kaafirin. ia berbeza dgn serangan kaum muslimin, sbb masih trtakluk dlm undang2 Islam...
    Jadi, tidak patutlah kita tidak menyayangi saudara semuslim kita. Sedikit perkongsian dr nota saya yg kecil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kasih kembali indah.

      Ya indah,Pemerintah Mesir sebelum ini adalah sangat skular. Menyelewengkan amanah, mereka banyak membunuh ulamak yang mahu menegakkan Islam. Rakyat yang mahukan Islam semakin kuat lalu mengulingkannya.Pemerintah yang baru seorang yang warak.Namun pihak yang kalah masih tidak mahu kepada dasar yang baru iaitu Islam sepenuhnya,mereka masih banyak mengusai sebahagian jabatan.Semonga Allah bersama-sama pihak yang membantu agama NYA.

      Basyar pula ialah seorang yang kejam mewarisi bapanya.Dia membunuh orang-orang sunnah wal jamaah,dengan mendapat sokongan dari US dan rakan syiahnya.Sekarang rakyat telah bangkit dan dapat menawan beberapa lokasi.Pada waktu ini US talah menghantar berapa kepal yang lengkap dengan senjata terkini untuk membantu rejim Basyar menghapuskan pejuang Syria.Jangan hentikan doa untuk membantu saudara kita di Syria.

      Mengenai di Palastein pula,Baitul Maqdis adalah antara tempat suci kita,bukan kepunyaan orang Palastein sahaja. Sekarang Israel mahu merampasnya,mereka menghalau saudara kita dari bumi Palastein.Kita disini jauh tak dapat sama-sama mempertahankan tanah suci kita,jadi semampunyalah kita membantu mereka samaada dengan bankinkan RM ke badan badan NGO yang menguruskan,atau sekurang-kurangnya berdoa dengan qunut Nazilah,atau paling kurang turut samalah ambil peduli.

      Semoga dengan sumbangan yang sedikit itu Allah pandang kita kan indah.

      Wallahualam.

      Padam

Catatan Popular