DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Jumaat, 5 April 2013

KONFLIK

Sumber goggle

Murid lain:Cikgu Lan mengangis!
Cikgu:Mengapa Lan menagis?
Lan: Adi buat(dengan suara yang tersekat-sekat)
Cikgu: (Menyoal Adi)Adi buat apa kat Lan?”
Adi: Kita pukul sikit je,dia kata kita pencuri.
Lan: Bila kita kata
Adi: Eleh tadi Ijul cakap,engko kata aku pencuri
Lan: Kita bukan kata engko pencuri,Kita cakap pensel kita hilang,entah-entah angko yang ambik,aku agak je.

Lan,Ijul dan Adi. Watak kanak-kanak. Konflik yang biasa berlaku. Lan disakiti kerana,membuat sangkaan yang tidak baik pada Adi.Adi tidak akan tahu tanpa mulut Ijul. Lan sudahlah kehilangan pensel,disakiti pula. Adi,entah betul entah tidak dia yang mencuri,namun sikapnya yang dengan mudah membuat pembalasan menyakiti Lan adalah tidak kena. Jika bukan dia yang mencuri tidak perlulah sehingga menyakiti Lan.Memadai sekadar berterus terang kepada Lan bahawa bukan dia yang mencuri. Kalau pun betul dia mengambil pensel tersebut,pulangkan sahaja,kalau pensel tersebut sudah tidak ada,hilang atau ghaib,boleh lah meminta maaf. Kalaupun semua tidak mampu insaf sahaja jangan buat lagi.

Lan pula,sepatutnya tidak perlulah membuat tuduhan-tudahan,Berapa sangatlah nila pensel sehingga menyakiti hati orang lain. Paling baik bersabarlah,mudah-mudahan dapat ganti yaglebih baik.
Bagaimana dengan Ijul.Seperti Ijullah punca konflik berlaku. Mungkin Ijul ini baik dengan Lan atau dengan Adi. Kalau dia baik dengan Lan dan mahu membela Lan dan meminta Adi memulangkan pensel tersebut. Sebaliknya kalau dia baik dengan Adi pula tentu dia akan mensahihati Adi supaya jangan mengambil hak orang lain. Lain lah kalau sememangnya niat Ijul untuk menjebakkan mereka dalam persengketaan. Dia boleh mengubah fakta. Lan Cuma berkata entah-entah,tapi ditukar kepada pencuri sebenar. Mungkin Ijul ada  agenda lain pada Lan,lalu diwakilkan Adi untuk melepaskan hati yang berbuku. Juga mungkin juga pada Adi,dan dia mewakilkan mulut Lan untuk menyampaikan hajatnya.Tidak menyangka pula Adi sampai bertindak menyakiti Lan.



Bila kita megalami situasi seperti Adi,ada baiknya kita berdiam diri sahaja,pasrah pada Allah,boleh juga berdoa agar suatu ketika nanti kebenaran akan terserlah.Namun jika situasi semakin parah Lan menghebah-hebahkan cerita menyebabkan nama Adi jatuh , bolehlah Adi membela diri samaada bertemu Lan secara baik dan meminta dia menghentikan perbuatannya. Pembalasan itu kerja Allah,bukan kerja makhluk. Adi juga jangan terlalu mudah menelan berita,pastikan siapakah yang membawa berita itu,jenis orang yang bagaimana.  Jika orang itu jelas fasiknya sudah tentu berita yang dibawanya itu tidak boleh diterima.Nyatalah ianya bertujuan untuk memecahbelahkan sahaja. Waspadalah.....

Kisah kanak-kanak....yang biasa juga terjadi juga dikalangan orang dewasa.

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang ( bertelingkah ) itu; dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat. (49:10)



2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Hasimah

    Boleh jadi bila berlaku konflik di kalangan anak-anak; kita boleh menganggap meraka masih belum matang cara berfikir. Bila berlaku di kalangan orang-orang dewasa terasa pula bahawa mereka kurang memanfaatkan apa yang sepatutnya dilakukan. Allahu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Kak Werdah,

      Betul Kak. Sebab tu bila saya menyaksi.kan konflik orang dewasa saya tergambar konflik antara kanak-kanak,temanya sama cuma watak-watak berbeza. Sepatutnya penyelesaiannya juga sama tapi selalu berbeza.

      Senyum

      Padam

Catatan Popular