DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Ahad, 21 April 2013

Anak Soleh.

Sebenarnya saya tidak pernah berbual ama-lama dengan Cik Kak ni. Kalau jumpapun sekadar salam-salam,bertanya khabar,sesekali beliau bertanya tentang perkembangan anaknya disekolah. Saya pula tidaklah rapat sangat dengan anknya itu.Saya bukan guru kelasnya,semasa tahun 5 masuk untuk mata pelajaran sains,ditahun 6 masuk 2 masa sahaja dalam seminggu,selebihnya kelas tambahan hari Sabtu. Kenapa saya panggil dia Cik Kak? Sebab beliau sering membahasakan dirinya kakak pada saya,saya tahu dia lebih muda dari saya sebab saya memegang Sistem Maklumat Murid,jadi saya tahu serba sedikit maklumatnya.Beberapa kali saya beritahunya saya lebih berusia darinya,namun dia meneruskan juga. Saya teringat semasa saya mula-mula kerja dahulu,waktu itu memanglah saya muda benar,bila berkomunikasi dengan ibu kepada pelajar saya akan memanggilnya Makcik,apa tidaknya mereka sebaya-baya dengan emak saya,tentulah panggilan makcik paling kena,rupa-rupanya ada yang tidak senang hati,mereka mahu saya panggil mereka kakak.Itu satu pengajaran bagi saya.

sumber Google image

Berbalik kepada Cik kak tadi. Anaknya Soleh(bukan nama sebanar) adalah satu nama yang sentiasa meniti di bibir warga sekolah. Sangat popular atas tingkahlakunya yang menjengkelkan. Guru-guru sering mengurut dada bila berurusan dengannya. Keluar masuk bilik guru disiplin dan kaunsling sudah menjadi perkara biasa baginya.Saya sangat simpati dengan ibubapanya kerana bapanya adalah seorang guru agama yang saya kagumi,beliau ada jadual pengajian di Masjid saya,saya sering mengikuti kuliah subuhnya di pagi Ahad..Soleh adalah satu-satunya anak lelaki dari 6 orang adik beradik yang semuanya perempuan. Bukan sekali dua Cik Kak meluahkan hati,malu atas tingkahlaku anaknya. Bermacam cara telah dilakukannya.

"Selalu Kak mengeluh kat ustaz,apa jadi anak kita ni,semua orang bercakap halnya.Sekolah pagi,petang sama je,Ustazah sekolah petang lagilahselalu komplen,rasa sangat kak tak pandai jaga anak,tapi anak-anak lain tak macam dia.Nanti Ustaz sejukan hati Kak, Sabar,Allah nak bagi pahala kat kitalah,kalau semuanya baik nanti kita sombong,tengok anak orang nakal mulalah kata orang tak pandai bela anak. Sekarang kena
 kat kita. Jangan berhenti doa,Allah tengah uji kita. Bila Ustaz cakap macam tu lege Kak,tapi bila dia buat lagi sakit rasanya"

Namun yang saya kagum dengannya dia tidak pernah menipu atau mencuri. Semua kesalahan yang dilakukan dia akan mengaku bila ditanya.Dengan berterus terang guru yang paling dia suka iah guru Pra sekolah,padahal cikgu tersebut tidak pernah pun mengajarnya,tapi sebab dia paling putih dan cantik,berbanding guru-guru lain.

Kes paling akhir yang dilakukan sebelum menamatkan drjah 6 ialah dia ditangkap kerena seorang budak permpuan mengadu dia dan 2 orang budak lelaki telah mengambil tuala wanitanya dan melambung-lambungkan didalam kelas,murid permpuan itu menangis kerana malu.Setelah melepasi dendaan dari guru-guru yang berkenaan,saya panggil dia ketika dia sedang bersaorangan di Perpustakaan.

"Sebanarnya apa yang berlaku semalam Soleh,boleh cikgu kongsi"
"Saya kena denda sebab main tuala wanita budak perempuan"
"Betul ke kamu main?"
"Betul"
"Macamana boleh macam tu,kamu rasa itu tak sbetul ke?"
"Tapi Ijal yang suruh,dia kata ada handfon dalam beg tu,mulanya saya tak nak ambik,tapi kata Ijal budak tu yang suruh ambik,Bila saya ambik rupanya tuala wanita,saya campaklah kat Ijal,lepas tu Ijal campak balik,campak sana,campak sini,lepas tu budak perempuan lain kata saya yang buat."
"Habis masa cikgu-cikgut tanya tadi kenapa tak cakap"
"Kesian kat Ijal nanti cikgu marah dia sangat" Terkedu saya,masih wujud nilai dalam jiwanya.
"Kamu selalu kena marah cikgu-cikgu,kamu tak simpan dendam ke"
"Tak,saya tahu saya salah"
"Dah tau salah kenapa buat?"
"Saya tak tahu itu salah"
"Banyak-banyak kena denda tu pernah tak kamu rasa kamu tak salah"
"Sekali,masa tu Didi yang ajak saya main ganas-ganas,masa saya tengah tindih dia cikgu nampak,lepas tu cikgu marah saya"
"Banyak-banyk tu sekali je yangkamu ingat? Kamu pernah tak bercita-cita nak jadi baik"
"Ada,nantilah bila dah besar"
"Alhamdulillah,cikgu doakan.....Insya Allah besar nanti kamu jadi orang baik,dah lah mukanya comel. cikgu kesian dengan Bapak kamu,dia tu Ustas yang bagus,cikgu selalu dengar dia mengajar kat masjid.Cikgu selalu berdoa suapaya anakn-anak nya menjadi orang soleh dan solehah,sebagai bayaran ilmunya yang cikgu dapat"
"Oh ya?" Seperti tersentak.

Sekarang dia telah memasuki alam menegah. Dia telah dihantar sebuah sekolah pondok.

Malam itu saya telah dapat duduk bersama Cik kak di satu majlis kenduri yang memberi peluang saya berbual panjang dengannya.

"Macamana Soleh sekarang"
"Alhamdulillah cikgu,Kak hantar dia masuk pondok dah 3 bulan,barulah Kak mula nampak manisnya. Bila dia talipon Kak dia mesti tanya Mak buat apa,Mak jangan kerja kuat sangat,Mak dah makan,kalau Mak sakit makanlah ubat,Mak bagi tahu Bapak kalau mak tak sihat.Kadang saya tak sempat nak jawab.Saya menangis tiap kali dia talipon,nanti dia akan cakap,Mak janganlah menagis,kita nak dengar emak cakap"  Denga sebak Cik Kak bercerita, dan mula menular kepada saya pula.

"Kalau saya datang sana dia suruh saya bawak makanan banyak sikit,nak kongsi dengan kawan-kawannya yang emaknya jarang datang.Saya ikut je apa yang dia mintak. Hari tu dia tanya boleh tak dia bawak balik kawan.saya kata boleh je,bawaklah selalu.Dia bawak kawanya yang jarang balik.Ya Allah kawan-kawanya baik-baik Cikgu. Dia solat berjemaah,Subuh tak payah gerak. Besyukurnya saya cikgu,mudah-mudahan Soleh ikut baik macam kawan-kawannya. Saya ajak dia orang berjalan ke mana-mana je" Panjang Ci Kak bercerita,saya hanya mampu menyampuk bertahmid sahaj,sambil meramas-ramas tangannya sesekali mengosok gosk belakangnya,sambil menjaga air mata saya agar jangan berjurai-jurai dan memalukan.

"Ya Allah,Janji Allah itu benar,sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemdahan.Saya tumpang seronok.Yalah tiap dapat kesulitan tu nak tambah iman kita kan.Allah nak dengar doa kita.Jadi pengajaran kat saya juga."



Jumaat, 19 April 2013

Iklim

Subhanallah......situasi iklim mutakhir ini,memang panas.Hujan lebat,bila hujan berhenti panas lagi.Masuk dalam kereta berpenghawa dingin,keluar panas lagi....perubahan yang mendadak kesannya tubuh rasa seram sejuk. Lepas minum peluh berjurai-jurai keluar,tapi tidak mengapa ketika itulah perkumuhan berlaku, penyingkiran toksid-toksid. Saya senag keadaan begini,walau pun kadangkala rimas juga dengan bau peluh. Telekung pun kerap bertukar sebab perkara yang sama. dirumah dan di tempat kerja saya tidak ada penghawa dingin. Disekolah saya lebih banyak masa di Pusat sumber yang tidak berhawa dingin. Berbeza dengan di bilik guru dan Makmal Komputer,namun tidak mengapa saya tidak cemburupun,sebab saya raza lebih sihat dari mereka.

Sejak akhir-akhir ini juga,anak-anak buah yang saya bawa ke sekolah setiap hari,sering berkelahi,ada-ada sahaja puncanya. Kadang kala dengan hanya berebut bilik mandi,siapa yang mahu mandi dahulu,padahal ada beberapa bilik mandi,oleh kerana naluri mahu bergaduh bilik mandi yang satu itu jugalah yang mahu direbutnya.Bergaduh sehingga peringkat menyakiti tubuh badan.Dulu masa kecil bila bergaduh semuanya Mak belasah,anak-anak sekarang tidak boleh diperlakukan begitu.Hari ini semasa menaiki kereta hendak pulang dari sekolah,terjadi lagi,masing-masing menagis. Adik tuduh kakak buat,kakak pun tuduh adik buat.Saya beri amaran,selagi tidak berhenti menagis saya tidak akan menggerakan kereta. Akhirnya mereka memaksa dirinya untuk diam. Kalau dahulu untuk meleraikan sesautu perkelahian saya akan cari punca pergaduhan,dan minta siapa yang memulakan  membuat penyelesaian, tetapi sejak mengikuti Pengajaran Teknik Nabi di http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/ saya telah mengubah pradigma saya.

Saya tanya,
"Ijah sayang adik tak?" Dia menggelang kepala
"Mumtaz sayang kakak tak?" juga menggelang kepala.
"OK kalau dua dua tak sayang,Mama nak bagi tahu Emak,salah seorang hantar ke rumah anak yatim,atau dua dua sekali tapi rumah anak yatim lain. Boleh?"Diam.
Tiba tiba mereka meraung "Tak boleh "
"Kalau tak boleh tak perlulah gaduh-gaduh,kena sabar,sapa sabar nanti Allah tolong,jangan asyik sapa buat dulu"

Sampai rumah,jadi lagi.....Saya sambung lagi dalam perjalanan ke sekolah Agama.
Saya tidaklah menyalahkan mereka,mungkin pengaruh iklim sekeliling menjadikan begitu mudahnya api amarahnya menyala.

Bila mengikuti perkembangan negara semasa pula,saya sering terfikir,apalah yang akan Allah turunkan kepada kita nanti. Bimbangnya saya,semakin dekat dengan PRU semakin berleluasanya fitnah. Dari berbagai media.  Manusia  seperti  tidak takut Allah. Penyebaran fitnah bagai air mengalir,dengan mudah dishare dan diterima tanpa melihat dan menyelidiki siapakan yang menyebarkannya,diterima sebulat suara sehingga ke arus perdana. Kebimbangan saya itu saya fikir hanya saya menaggung seorang diri,bila saya dapat tahu ada sekumpulan NGO wanita yang cakna pada perkara ini dan membuat satu bantahan,saya rasa amat teroja.Seusungguhnya tentu sekali Allahlah yang memberi kekuatan kepada mereka sehingga mereka berjaya membuat bantahan seperti ini.





Mereka bukan wanita-wanita biasa,muslimah yang hebat-hebat,berilmu dan kuat perjuangannya,diterima ramai,dan tidak nampak kecacatannya.Juga bukannya terlibat dalam politik. Kalau kita yang kerdil serba-serba ini tidak bersama mereka,kemana lagilah arah kita.

Saya kesal juga bila membaca pengomen di bawah video tersebut. Semoga mereka itu bukan terdiri dari anak-anak dan saudara mara saya. Sesungguhnya hati mereka tertutup pada perkara-perkara kebaikan.

"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku yang menzahirkan kebenaran,tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut."(H.R.Muslim)

"Mana-mana orang mukmin yang melihat orang mukmin lain dihina dan diaibkan tetapi tidak bingkas menolongnya,padahal dia berkeupayaan membelanya,nescaya Allah mengaibkan dirinya di hadapan orang ramai pada hari kiamat kelak."(H.R.Ahmad)


Sabtu, 13 April 2013

DIARI SEORANG DIPLOMAT(review buku)




Segalanya bermula bila saya membaca majalah Anis bil 187 dalam ruangan ulasan buku. Dairi seorang Diplomat:Hikmah yang tersirat. Dipaparkan juga testimoni pembacaan buku tersebut. Umpan sudah mengena,saya terpancing lalu membookmarknya.



Sehinggalah bila Puteri sulung saya pulang semasa cuti sekolah awal semester tempoh hari.Malam itu dia mahu beli buku on line maka saya mengambil kesempatan untuk menumpang sama....lebih seminggu selepas itu barulah buku itu sampai.......saya tidak berkesempatan menghadapnya terlalu banyak komitmen yang perlu di dahulukan.....hinggalah hari ini,Sabtu bila suami saya mengajak ke Bangi untk menjejak adiknya yang telah beberapa lama tidak pulang kekampung. Sebagai saudara tua beliu berasa tanggung jawab. Itu lah kesempatannya untuk saya menghadam buku ini.


Biasanya bila membaca buku seperti itu saya akan mengintai-intai endingnya tapi kali ini tidak. Dari Sabak Bernam saya mula membaca,bukan berterusan,tetapi entah beberapa kali terganggu,melayan pemandu,yang seperti merajuk sahaja bila saya ghalit membaca,sejak berusia senja ini,saya perasan beliau memerlukan lebih perhatian.Bermaca-macam helah untuk saya memberi tumpuan kepadanya.Namun saya berusaha juga untuk menghadam.Sambil-sambil itu saya kongsikan juga apa yang menarik padanya agar beliau tidak rasa terabai.Sampai tol keluar Bukit Mahkota saya telah tiba ke bab akhir. Catatan Mawar,saya tidak menjangka sama sekali yang kematian penulisnya adalah berpunca dari kemalangan....kalbu saya kebanjiran dikala itu.......sangat menyentuh.

Semasa di rumah yang kami kunjungi sebenarnya saya tidak berapa dapat fokus pada situasi,sehinggalah saya meninggalkan rumah tersebut dan meneruskan tugas sebagai ko pilot pada suami untuk menuju Petaling Jaya mencari anak bujang di kampung biduri namanya.(Dia bekerja sementara disitu sebelum mendapat panggilan naik kapal setelah tamat pengajian di ALAM)
Hujung Asar baru saya tiba dirumah,sebenarnya saya tidak sabar untuk mencari Blog penulis buku itu,namun saya masih mampu bersabar,tiba dirumah terus menyiram pokok-pokok bunga,melayan anak-anak ayam yang baru 2 minggu usianya,menukar alas kertas,menukar air dan topup makanannya. Niat dihati akan online selepas solat magrib,namun tak kesempaian juga beberapa anak-anak mengaji datang juga walaupun telah diberitahu malam cuti tidak payahlah datang,cikgu mahu rehat.Saya tidak mahu menghampakan mereka,anak sedang bersemangat dengan ilmu,rasa bersalah pula bila saya menolak.

Sekarang jam 10.malam,suami saya pun telah keluar ke bilik gerakannya.Saya menggunakan khidmat En Google untuk menjejak penulisnya,Alhamdulillah...terojanya saya.Dari satu blog kesatu blog saya layari,berdasarkan link yang disertakan. Saya tidak dapat mebongkar semuanya,saya tangguhkan dahulu pada ketika yang lain.
Maka saya memulakan mengetuk keyboard sesuka hatinya.


Berbalik kepada buku yang dimaksudkan. Penerbitan buku ini adalah usaha seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak Puan Mawar Nafastari. Beliau  mengetengahkan catatan di blog arwah suaminyaWan Ahmad Fadzil Wan Mohd.


Mereka adalah pasangan muda. Sebaik mereka mempunyai seorang anak suaminya telah dihantar berkhidmat sebagai pagawai diplomat di Pakistan. Segala peristiwa yang dialaminya dikongsikan di blognya.Saya sangat yakin,sesiapa juga akan merasakan nikmat munafaat dari perkongsiannya. Semoga sesiapa juga yang membacanya akan mendapat tampias dan mendoakannya semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh,beriman dan dirahmati Allah.. Semasa membacanya saya serasa dibawa bersama ke dalam dunianya.Ulasan-ulasan mengenai situasi kehidupan  penduduk pakistan sangat-sangat memberi pengalaman baru kepada saya. Satu demi satu adat,budaya,pemikiran dan amalan beragama orang  Pakistan di kongsikannya.Ditambah pula bila mengikuti blognya,terdapat beberapa catatan yang tidak ditulis didalam buku ini.Menempuhi kehidupan berkeluarga dengan bayi yang masih kecil sehingga lahir anak kedua didalam negara yang sedang bergolak dan seolah-olah sentiasa bersedia menghadapi kematian dari bom-bom individu berani mati yang meletop disana-sini. Namun janji Allah adalah benar,Ajal Maut di tanganNYA.Beliau menghadapi kematian di tanah kelahirannya.

Gambar-gambar yang disertakan juga sangat emnarik dan begitu membantu penceritaan.Ada juga gambar-gambar dari blg yang tidak diterbitkan di dalam buku tersebut.

Semoga Puan Mawar dapat menempuhi liku-liku kehidupan seterusnya dengan membesarkan Embun dan Kekwa dengan kkekuatan yang berganda,menjadikan mereka manusia yang bermunafaat kepada makluk yang lain demi penghambaan pada Khaliknya.

Blog Arwah suaminya http://nafastari.blogspot.com/


"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."6 [1

Jumaat, 5 April 2013

KONFLIK

Sumber goggle

Murid lain:Cikgu Lan mengangis!
Cikgu:Mengapa Lan menagis?
Lan: Adi buat(dengan suara yang tersekat-sekat)
Cikgu: (Menyoal Adi)Adi buat apa kat Lan?”
Adi: Kita pukul sikit je,dia kata kita pencuri.
Lan: Bila kita kata
Adi: Eleh tadi Ijul cakap,engko kata aku pencuri
Lan: Kita bukan kata engko pencuri,Kita cakap pensel kita hilang,entah-entah angko yang ambik,aku agak je.

Lan,Ijul dan Adi. Watak kanak-kanak. Konflik yang biasa berlaku. Lan disakiti kerana,membuat sangkaan yang tidak baik pada Adi.Adi tidak akan tahu tanpa mulut Ijul. Lan sudahlah kehilangan pensel,disakiti pula. Adi,entah betul entah tidak dia yang mencuri,namun sikapnya yang dengan mudah membuat pembalasan menyakiti Lan adalah tidak kena. Jika bukan dia yang mencuri tidak perlulah sehingga menyakiti Lan.Memadai sekadar berterus terang kepada Lan bahawa bukan dia yang mencuri. Kalau pun betul dia mengambil pensel tersebut,pulangkan sahaja,kalau pensel tersebut sudah tidak ada,hilang atau ghaib,boleh lah meminta maaf. Kalaupun semua tidak mampu insaf sahaja jangan buat lagi.

Lan pula,sepatutnya tidak perlulah membuat tuduhan-tudahan,Berapa sangatlah nila pensel sehingga menyakiti hati orang lain. Paling baik bersabarlah,mudah-mudahan dapat ganti yaglebih baik.
Bagaimana dengan Ijul.Seperti Ijullah punca konflik berlaku. Mungkin Ijul ini baik dengan Lan atau dengan Adi. Kalau dia baik dengan Lan dan mahu membela Lan dan meminta Adi memulangkan pensel tersebut. Sebaliknya kalau dia baik dengan Adi pula tentu dia akan mensahihati Adi supaya jangan mengambil hak orang lain. Lain lah kalau sememangnya niat Ijul untuk menjebakkan mereka dalam persengketaan. Dia boleh mengubah fakta. Lan Cuma berkata entah-entah,tapi ditukar kepada pencuri sebenar. Mungkin Ijul ada  agenda lain pada Lan,lalu diwakilkan Adi untuk melepaskan hati yang berbuku. Juga mungkin juga pada Adi,dan dia mewakilkan mulut Lan untuk menyampaikan hajatnya.Tidak menyangka pula Adi sampai bertindak menyakiti Lan.



Bila kita megalami situasi seperti Adi,ada baiknya kita berdiam diri sahaja,pasrah pada Allah,boleh juga berdoa agar suatu ketika nanti kebenaran akan terserlah.Namun jika situasi semakin parah Lan menghebah-hebahkan cerita menyebabkan nama Adi jatuh , bolehlah Adi membela diri samaada bertemu Lan secara baik dan meminta dia menghentikan perbuatannya. Pembalasan itu kerja Allah,bukan kerja makhluk. Adi juga jangan terlalu mudah menelan berita,pastikan siapakah yang membawa berita itu,jenis orang yang bagaimana.  Jika orang itu jelas fasiknya sudah tentu berita yang dibawanya itu tidak boleh diterima.Nyatalah ianya bertujuan untuk memecahbelahkan sahaja. Waspadalah.....

Kisah kanak-kanak....yang biasa juga terjadi juga dikalangan orang dewasa.

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang ( bertelingkah ) itu; dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat. (49:10)



Catatan Popular