DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Ahad, 30 Julai 2017

NEK KAM

Assalamualaikum follower,sekian lama blog Makbonda bersawang,tetiba dapat pulak ilham nak mengisi.Selama ini semua tulisan hanya disimpan di dalam kotak draf sahaja,entah bagaimana kali ini terlepas. Semuanya adalah dengan izin Allah,semoga menjadi ibrah kepada yang lain.Satu kisah masyarakt yang betul betul terjadi dihadapan mata.

Nek kam ini asalnya menetap di kampung,bersama suami dan 3 orang anak,2 perempuan dan yang bungsu lelaki. Setelah anak anak berumah tangga suaminya meninggal dan Nek kam berkahwin dengan suami keduanya dan tinggal dibandar. Panjang juga rentetan cerita perjalanan hidup Nek Kam sebelum ini.

Hari ini Nek kam telah dipulangkan kembali kerumah anaknya sendiri setelah 4 bulan tinggal bersama sepasang suami isteri yang budiman En Sabri dan Pn Masitah.Bukan saudara dekatanya tetapi saudara jauh dari sebelah suaminya. Pasangan suami isteri ini memang orang baik baik,sudi menerima kedatangan Nek Kam yang sebelum ini tiggal dirumah jirannya. 
Nek Kam melarikan diri dari rumah anak keduanya kerana mendakwa anaknya selalu mengancam untuk menghalaunya dan selalu mengungkit ungkit keatas keberadaan beliau di situ . Beliau menumpang kenderaan yang lalu lalang,tinggal dirumah anak saudara kepada suaminya di kampung sebelah. Ijah seorang ibu tunggal yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Rumahnya agak selesa,segala perbelanjaan rumah dan pembantu  disediakan oleh anak-anakmya. Mula mula Ijah  ingat tinggal untuk beberapa hari,rupa-rupanya dari minggu ke minggu dan masuk 4 bulan tidak ada tanda anak-anak  Nek Kam mengambilnya,malah menziarahinya pun tidak sama sekali. Apa yang Ijah tidak tahan menyimpan Nek Kam ialah beliau ini berselera  tinggi, semasa mudanya dahulu kos penjagaan diri nya dari kosmetik hinggalah ke pakaian adalah tinggi sebab suaminya  golongan orang senang. Sepanjang tinggal di rumah anak saudaranya stock belanja dapur yang dihantar oleh anak-anak selalu lari dari biasa,kerana Nek Kam masih mampu masak hidangan yang lazat lazat mengikut seleranya dan seringkali berlaku pembaziran. Sedangkan selama ini anak saudaranya menggunakan stock bahan dapur dengan berjimat cermat.Belum lagi tingkah lakunya yang sering tidur diruang tamu sedangkan bilik telah disediakan. Bermulalalah pergolakan antara anak saudaranya dengan anak-anak sehingga anak-anak mengadu pada pihak tertinggi dalam masyarakat. Ianya dibawa pihak Zakat dan kebajikan masyarakat.  Nek Kam rela dihantar kerumah orang tua daripada dihantar balik kerumah anaknya. Pihak kebajikan masyarakat pula bukan sewenang wenagnya boleh menghatar ke rumah kebajikan selagi masih punya anak-anak lalu mempelawa jiran tetangga yang rela menerima Nek Kam dan akan di beri saguhati untuk kos penjagaannya.
En Sabri suami isteri yang budiman telah menawarkan diri. Tiga bulan tinggal bersama,En Sabri suami isteri juga kerja kampung,punya 5 orang anak 3 orang masih tinggal bersamanya yang lain bekerja di bandar, menjaga  Nek Kam dengan baik. Malangnya anak-anak pula yang tidak selesa dengan kehadiran Nek kam. Habit Nek kam yang suka berkemban sambil duduk di sofa menonton TV ,sambal bersolek,antara yang tidak menyenangkan anak-anak remajanya. Termasuk juga kejadian mereka sering kehabisan makanan  dan sering menggunakan peralatan peribadi mereka. Anak anak sudah mula rimas pandai menginap  ditempat lain,ada yang mengancam tidak pulang beraya. Akhirnya En Sabri terpaksa mengalah dan menghantar Nek Kam ke rumah anaknya.
Bagi pihak anaknya pun telah didatangi oleh Pasukan zakat dan kebajikan masyarakat. Cerita dari anak perempuan keduanya  mereka tidak menghalau tapi mereka sendiri tertekan dengan sikap emaknya yang tinggi seleranya. Mereka kerja kampung yang melakukan apa juga asalkan mendapat rezeki yang halal. Mereka juga perlu berpada-pada dalam perbelanjaan dapur bergantung kepada pendapatannya,sebaliknya emaknya dirumah sesuka hati memasak dan menggunakan bahan bahan dapur mengikut seleranya,dan seringkali berlaku pembaziran. Akibat dari tekanan tekanan inilah mereka sering bergaduh suami isteri. Bila berlaku pergaduhan Nek Kam lah antara penyebabnya dan akan disebut dalam pertengkaran. Itulah antara penyebab Nek kam melarikan diri.
Semasa muda Nek kam memang orang senang,suaminya mendapat bahagian harta pusaka yang banyak,mereka dikurniakan 2 orang anak perempuan dan seorang lelaki. Gaya hidup mereka memang tinggi.Di kampung keluarga merekalah yang paling bergaya,emasnya penuh di tubuh,pakaianpun uptodate. Semasa majlis perkahwinan anak-anak pun keluarga inilah palng meriah dan besar besaran.
Masa berlalu sehingga semua anak-anak telah berkahwin dan tinggal sendiri. Orang keliling tidak tahu pergolakan dalam keluarga mereka semua seperti baik-baik. Namun semasa anak perempuannya dalam pantang dan tinggal bersamanya sering anak perempuanya ini lari dari rumah kerumah emak mertuanya,alasannya emaknya mengungkit ungkit. Sehingga kedua-dua anak perempuan dan menantunya tidak berani berpantang dirumah ibunya.

Setelah suaminya meninggal dunia,sebaik  habis edah beliau dilamar oleh seorang pemandu teksi,duda  pesara tentera . Beliau dibawa ke bandar,lamalah juga orang kampung tidak melihatnya,rumahnya ditinggalkan kosong. Sesekali beliau balik kampung untuk memenuhi jemputan kenduri,semua tercengang melihat penampilan dirinya ala datin datin. Beliau kata itulah kehidupan yang diimpikannya.
Beberapa tahun rumahnya kosong,akhirnya anak lelakinya menjual tanah dan rumah tersebut .
Setelah hidup dalam impiannya selama 5 tahun suaminya meninggal dunia. Entah bagaimana hubungan dengan anak-anak tirinya akhirnya Nek kam keluar dari rumah  suaminya itu dengan dibenarkan membawa barang-barang yang dibeli sepanjang beliau tinggal di situ. Lalu berpindahlah beliau ke rumah anak perempuannya di bandar. Anaknya itu berniaga membuat kuih,beliau turut membantu anaknya itu serba sedikit,entah apa yang berlaku anaknya mendakwa bahawa ibunya telah banyak melakukan pembaziran merosakan hasil perniagaannya,pertengkaran demi pertengkaran akhirnya keluar dari rumah anaknya dibandar dan balik kerumah anaknya dikampung. Untuk balik kerumah sendiri tentulah mustahil kerana ianya telah bertukar milik. Beberapa bulan setelah menjaul tanah tersebut anak lelakinya telah menggalami kemalangan dan meninggal dunia. Jadi tidak ada pilihan terpaksalah beliau tinggal dirumah anak permpuan keduanya dengan membawa sebuah beg pakaian.Ketika inilah bermula kehdupan ngerinya di rumah anak kandungnya sendiri.


Waktu ini belum tahu apa yang terjadi pada Nek kam .Semoga anak kandungnya ini mendapat hidyah,dilembutkan hati dan tidak menyimpan dendam yang lama.Reda menerima ibu kandungnya seadanya supaya rantai anak derhaka tidak turun kepada anak-anaknya pula. Diharap anak itu mendapat ibrah dari kejadian ibunya bahawa hidup ini seperti roda,ada masa kita di atas ada kala kita ke bawah. Semoga beliau menyedari hidup ini seketika sahaja,kita akan menjalani hidup yang kekal di alam sana.

2 ulasan:

  1. Assalam Shima....lamanya tak dengar. Cerita orang tua.....memnagsemua yang tua dulunya muda. Saya teringat-ingat diri.....

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam Bonda Ngasobah... Memang lama tak jengok rumah ni... Ya lah teringat diri juga... Sentiasa doa agar tidak menyusahkan orang muda ketika tua nanti

    BalasPadam

Catatan Popular