DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 5 September 2020

cara membuat racun serangga



Ada tiga sebab bila pokok cili kita jadi kerinting :

1. Serangan oleh kutu trip. Pucuk muda  akan kerinting ke atas. Jika tak dikawal ianya akan jadi penyakit virus.

2. Serangan oleh afid. Daun yang kena penyakit ada simptom mozek, rintik-rintik dan kerinting @ kerekot. Ia dah kena penyakit virus.

3. Serangan Lalat Putih. Daun yang kena penyakit ada simptom mozek dan kerinting ke bawah. Ia juga dah kena penyakit virus.

Buah buruk pula mungkin disebakan oleh dua sebab ni :

1. Antraknos atau bintik berpusar. Disebarkan oleh kulat.  Ada kesan bintik berpusar warna hitam pada buah. Buah akan jadi rosak dan kering di pokok.

2. Serangan Lalat Buah. Terdapat kesan lubang kecil pada buah. Ada lorong – lorong kecil dalam buah dan biasanya terdapat larva dalam buah tersebut. Buah akan jadi busuk dan gugur.

Pokok lada tu saya sembur dua kali seminggu dengan dua formulasi racun organik. Satu formulasi untuk kawalan hama, kutu trip, afid dan serangga jenis penghisap. Saya sembur setiap pagi Jumaat.

Satu formulasi lagi untuk kawalan kulat, hama, semut dan koya. Disembur pada hari Selasa.


Formulasi Racun Organik -  Hama, Kutu Trip, Afid dan Serangga Jenis Penghisap
***********************************************************

*Bahan-Bahan*

1. Daun neem @ semambu : 30 gram

2. Daun limau purut : 20 gram

3. Cili padi : 20 gram

4. Sabun cuci pinggan : 50 ml (tak kisah brand apa)

5. Air bersih : 1 Liter

*Cara-Cara*

1. Blender semua bahan diatas hingga hancur dan sebati.

2. Peram selama 1 minggu ditempat teduh. Pastikan bebas daripada terkena cahaya matahari secara terus.

3. Tapis dan masukkan dalam bekas @ botol yang tidak telus cahaya.
4. Boleh simpan antara 3-6 bulan.

*Penggunaan*

1. Ambil larutan pati tadi dan masukkak ke dalam alat penyembur. Kadar pencairan 1 ml larutan pati untuk 1 liter air.

2. Masukkan  cuka kayu ke dalam bekas penyembur tadi. Kadar pencairan 3 ml cuka kayu untuk 1 liter air.

3. Goncang @ kacau hingga sebati campuran tadi dan biarkan 3 minit.

4. Sembur bawah daun muda dan pucuk hingga basah lencun. Eloknya sembur pada awal pagi.

5. Ulang langkah ini sekali seminggu. Saya biasa buat semburan pada pagi Jumaat.

.

Formulasi Racun Organik – Kulat, Hama, Semut dan Koya.
*******************************************  

*Bahan-Bahan*

1. Tembakau : 30 gram

2. Halia tua : 20 gram

3. Minyak tanah @ gasolin : 20 ml

4. Sabun pencuci pingan : 10 ml (tak kisah brand apa)

5. Air bersih: 1 liter

*Cara-Cara*

1. Blender semua bahan diatas hingga hancur dan sebati.

2. Peram selama 1minggu ditempat teduh. Pastikan bebas daripada terkena cahaya matahari secara terus.

3. Tapis dan masukkan dalam bekas @ botol yang tidak telus cahaya.

4. Boleh simpan antara 3 - 6 bulan.

*Penggunaan*

1. Ambil larutan pati tadi dan masukkak ke dalam alat penyembur. Kadar pencairan 1 ml larutan pati untuk 1 liter air.

2. Masukkan  cuka kayu ke dalam bekas penyembur tadi. Kadar pencairan 3 ml cuka kayu untuk 1 liter air.

3. Goncang hingga sebati campuran tadi dan biarkan 3 minit.

4. Sembur bawah daun muda dan pucuk hingga basah lencun. Eloknya sembur pada awal pagi.

5. Ulang langkah ini sekali seminggu. Saya biasa buat semburan pada hari Selasa.

.



Untuk pokok cili padi purple, lada solok, terung antaboga, jagung manis, sawi dang kangkung yang ada di rumah saya ni, semuanya saya kawal dengan dua formulasi ni  secara gilir-gilir 3-4 hari sekali. Tak guna racun kimia langsung.

.

Bila guna racun organik buatan sendiri ni, kita dapat jimat banyak duit. Tak perlu beli racun kimia. Kos untuk dua formulasi ni tak sampai pun RM 30 dan dapat 2 liter. Boleh tahan hingga 6 bulan.

Racun organic ni  juga sangat mudah bila nak guna sebab kita tak perlu pun penutup hidung, sarung tangan dan pelbagai lagi kelengkapan lain. 100% dijamin selamat dan tak beracun. Kadang-kadang anak saya yang darjah satu pun ikut sekali buat semburan ni.

Dan yang paling penting, sayur kita 100% bebas dari racun kimia dan kita boleh petik bila-bila masa kita nak walaupun satu hari lepas semburan ni dibuat. Confirm tak beracun dan selamat dimakan.

.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular