DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Isnin, 28 Disember 2009

Aku tua ke muda

Guru Besar yang nak bersara: Macamana dengan perkembangan murid-murid cikgu?

Guru Pemulihan yang menghampiri nak bersara: So far so good lah cikgu;nampak bertambah kemahiran banding awal tahun dulu.

Guru Besar yang yang telah nak bersara: Adake yang masih tak mengenal huruf?

Guru Pemulihan yang menghampiri nak bersara: Langsung tak mengenal tu tak ada lah tapi ada beberapa orang yang tak kenal semua huruf,masaalah memori ingatanya yang lemah faktur genetic,kita dah buat latihtubi,hari ni ingat esok lupa.

Guru Besar yang nak bersara: Ade juga ye yang macamtu,Macamana latar belakang keluarganya,dari segi kerja ibubapa,pendapatannya,usianya ke what ever lah.

Guru Pemulihan yang menghampiri nak bersara:Ibubapanya kerja kampung,ambil upah di sana-sini,kebanyakan umurnya muda lagi.

Guru Besar yang nak bersara: Bapak saya pun dulu pun kerja kampung,tapi berjaya juga.

Guru Pemulihan yang menghampiri nak bersara:Bapak kita dulu memang orang kampung,mereka tak bersekolah sebab tak dapat peluang sekolah,sebenarnya otak mereka genius,sebabtu anak-anaknya berjaya,tapi yang murid-murid saya tu ibubapanya dapat peluang sekolah sampai tingkatan 3,ada yang tingkatan 5,SPM dapat 4,nak cari kerja kat bandar susah,last-last duduk rumah emak bapak,kerja kampong.Kawin pula dengan sesame mereka,so inilah anak-anak mereka.

Guru Besar yang nak bersara: Ya tak ya juga………,berbalik cerita pasal muda tadi,had muda yang cikgu maksudkan tu seumur berapa cikgu .

Guru Pemulihan yang menghampiri nak bersara: Yelah sorang tu maknya umur 45 tahun,sorang lagi 40 tahun.

Guru Besar yang nak bersara: 45 cikgu katogarikan muda ye?kalau 50 tu tualah ye? masa cikgu keluar kolej dulu 45 tahun tu muda ke tua?

Guru Pemulihan yang menghampiri nak bersara: (perli aku orang tua ni) Aah masa tu 45 tahun tu tua tapi sekarang 45 tahun muda sebab muda dari saya he he he

dialog di teruskan

2 ulasan:

  1. ITULAH PENANGAN GB KITA KAN. KALAU DIA ADA RASA GERAM JER...BILA TAK ADA DI KENANG-KENANG...

    BalasPadam

Catatan Popular