DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 5 Mei 2010

Sedia....satu dua tiga ..........senyum.....klik




Alkisah semasa Makbonda seusia kanak-kanak dulu bila di tanya

“Anakanda-anakdanda cantik tak?”
“Cantik”
“Macam siapa”
“Macam Mak Iti”
Waktu itu Makbonda seusia 3 hingga 4 tahun

Mak Iti adalah adik kepada bapak Makbonda,yang pada penilaian Makbonda pada ketika itu wanita tercantik di dunia. Selain itu ialah nenek sebelah emak,Kak Saadiah,anak kepada jiran kami,yang lelakinya pula ialah Pak De Munjiat iaitu abang emak.Inilah Insan-insan yang paling cantik mengikut pandangan Makbonda ketika itu,insan-insan inilah yang paling ditunggu-tunggu untuk ditatap wajahnya..

Apabila Makbonda telah meningkat dewasa,dan telah mengenal banyak elemen-elemen yang memberi markah tentang kecantikan sesaorang,tokoh tokoh kecantikan yang Makbonda angkat tinggi ketika alam kanak-kanak dahlu sebaenarnya tidaklah menepati piawai elemen-elemn yang memberi markah kepada erti kecantikan sesaorang. Apabila Makbonda amati wajah mereka,tidaklah mereka punya hidung bagaikan seludang,pipi mereka tidak seperti pauh di layang,ataupun kulit mereka tidak seperti telur di kupas.mereka juga tidak punya alis yang di layang,atau mata yang menikam kalbu,tetapi mereka hanya ada senyuman. Ya, mereka suka tersenyum bila memandang Makbonda, tersenyum bila bertanya,tersenyum bila Makbonda datang. Senyuman mereka telah menyihir kalbu kanak-kanak itu. Senyuman telah menambat perasaan kanak-kanak itu. Dan bolehlah di buat kunklusi….senyuman lah yang menjadi bonus untuk menaikkan piawai kecantikan mereka.

Sebenarnya Makbonda adalah antara insan yang agak sukar untuk tersenyum,sesekali sahaja,jika sesuatu yang menyebabkan kita rasa hendak tersenyum.Pada ketika dalam keadaan biasa wajah Makbonda tidak tersenyum malah sebaliknya, Makbonda amat maklum perkara ini. Jika ada orang tercandid camera wajah Makbonda tanpa bersedia…..huh memang tidak lebih tidak kurang,macam orang sombong…….memang situasi ini Makbonda sendiri kurang senangi…..tetapi Makbonda tidak dapat mengubahnya.

Nasihat untuk diri Makbonda;

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Rasulullah saw. bersabda,
فقال: (وتبسمك في وجه أخيك صدقة) رواه الترمذي وصححه ابن حبان.
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” At Tirmidzi dalam sahihnya.
Dari Jabir ra., ia berkata, "Sejak aku masuk
Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan beliau tidak
melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku." (HR. Bukhari dan Muslim)

Di persekitaran Makbonda terdapat seorang ibu tunggal yang masih muda(sebab lebih muda dari Makbonda)sumainya pulang ke Rohmatullah dengan meninggalkan rumah dan tanah yang agak menyelesakan hidupnya. Ibu ini sangatlah sopan tingkahlakunya dan sentiasa terukir senyuman di bibirnya,samada semasa suaminya masih ada di sisi atau telah pergi. Beliau mengalami kehidupan agak sukar sejak akhir-akhir ini kerana di musuhi oleh para surirumah jiran tetangganya kerena suami-suami mereka telah terbius asmara terhadap beliau.Beliau datang ke sekolah untuk mengambil wang derma anak yatim untuk anaknya.Dari satu perkara ke satu perkara kami berbual dengannya sehingga terlerai perkara sukar yang di tanggunginya.Setelah beberapa kata-kata perangsang yang kami berikan padanya maka pulanglah si ibu ini ke rumahnya. Yang tinggal kami 3 orang kaum Hawa dan seorang kaum Adam.Tiba-tiba terkeluarlah kata-kata dari kaum Adam yang seorang itu;

“Patutlah,tidaklah normal sesaorang kaum Adam jika tidak tersihir melihatnya. Dengan santun dan senyuan yang sentiasa terukir,jika dahulu ada tembok yang menghalang sihiran tapi bila kini tembok sudah runtuh maka makhluk bertanduk mengambil tampatnya,maka terjadilah kemabukan asmara para suami-suami jiran tetangganya. Oleh itu wahai kaum Hawa bila kamu berhubungan dengan kaum Adam selain yang muhrim ,berhati-hatilah, senyumanlah seadanya sahaja,sembunyikan kemanjaan yang menggoda itu,berilah pada yang selayaknya.Saya bercakap ni mewakili kaum Adam.”

Jadi senyum hanya pada yang hak sahaja.


“(Yaitu) wanita-wanita yang menyimpang dari ketaatan dan menjadikan hati laki-laki cenderung kepada kerusakan (kema’shiatan)”.
(H.R. Ahmad dan Muslim)

4 ulasan:

  1. assalamualaikum semua,
    Alamak makbonda, saya baru balas komen makbonda dan tulis pasal senyum. Saya pun dikatakan "bila marah orang akan tahu saya marah". Tapi bila jumpa orang yang tak biasa tak pandai bercerita jadi senyum ajelah. Walaubagaimanapun saya tak suka senyum dan tegur jiran tetangga yang lelaki melainkan ada isterinya kat situ. Kalau ada saya buat tak tau je/tak nampak. kalau dia orang tegur saya jawaplah ataupun senyum je..

    Terima kasih atas peringatan. Memang betul kata makbonda tu, hanya dengan senyuman orang lelaki ni mudah cair...(bahasa anak-anak sekarang).

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. salam mak bonda,
    bagus betul pandangan dia, kak. tak sangka pula ada lelaki akan berfikiran bgtu, sedangkan ada para suami berfikir,perempuan yg pandai membawa diri, ialah yg mudah tersenyum dan santun dalam pergaulan dgan teman2 suaminya.

    sedangkan saya slalu fikir, perlu ke senyum pada lelaki yang tidak kena mengena dgan kita, kalau nanti dia akan cuba merapati kita?
    Tauladan baik untuk para suami supaya menjaga senyuman isterinya...

    BalasPadam
  3. Ya Nisha,hidup dalam masyarakat sekarang ni memang sukar nak elak dari menjaja senyuman pada hanya yang hak sahaja....InsyaAllah kita sentiasa berusaha ke arah yang lebih soleh.

    BalasPadam
  4. indah,memang ramai suami yang bangga dengan kepolularan isterinya.Sepatutnya isteri bergaul dengan para isteri teman-temannya saja kan.

    BalasPadam

Catatan Popular