DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 15 Jun 2010

HOME STAY?



Mak Odah memang sayang sangat pada rumah ini,Terbinanya adalah hasil titik peluh bersama arwah suaminya yang telah kembali ke Rohmatullah 10 tahun yang lalu. Rumah yang dibina tanpa sedikitpun pinjaman mana-mana bank atau institusi kewangan lain.Sedikit-demi sedikit hingga terseragamlah rumah kampong dua tingkat ini. Pernah suatu ketika Cikgu Minah lawa,guru Kemajauan masyarakat mencadangkan Mak Odah mendaftarkan rumah itu menjadi home stay.

“Untung Mak Odah,satu malam RM200,Mak odah tak payah buat apa-apa Cuma kemaskan je,saya tengok rumah Mak odah ni dah lengkap,sesuai sangat”

Mak Odah sekadar tersenyum sahaja,bukan Mak Odah tak tahu,rumah Wak Asmah hujung simpang sana pernah dijadikan home stay,kadang-kadang orang korea,Jepun,Afrika selatan dan sebagainya pernah menyewa di situ,terkadang lagi pasangan lelaki wanita,entah bernikah entah tidak Wak Asmah tidak ada hak untuk memeriksa surat nikahnya. Sesekali ada juga rombongan pengantin menginap di situ,mereka berperilaku sesuka hati,gelak ketawa hingga jauh malam.

“Haih tak kuasa aku,tak temahaknya aku duit RM200,tapi sebahat dengan maksiat” Mak odah sekadar berkata-kata di dalam hati.Dia tidak perlukan RM200 tersebut,hasil kelapa sawit dan tanah sawah peninggalan Suaminya sudah cukup untuk menampung kehidupannya dan berzakat .

Mak Odah duduk di depan tangga menunggu anak-anak si Dolah lalu,hendak dikirimnya milo,ubat nyamuk elektrik,febrezze,sabun cuci pinggan sunlight. Hujung minggu ini kelima-lima anak-anaknya yang tinggal di beberapa bandar di seluruh Malaysia akan pulang.Barang-barang yang dikirimnya tadi bukanpun digunakannya, tapi anak-anaknya nanti akan bertanya “Mak mana Febrezze” “Mak mana ubat nyamuk elektrik” dan sebagainya. Mak odah hanya minum kopi pekat,tidur dalam kelambu sahaja,namun dia tidak mahu anak-anak kecewa,meraka telah megirim wang.

Bila anak-anak mahu pulang mereka akan berpakat sesama mereka untuk pulang serentak 6 bulan sekali,pada masa lain dia kesunyian,cemburu melihat Mak Ton,tiap-tiap minggu ada sahaja ana-anak mereka yang balik,mereka bergilir. Bila mereka pulang serentak meraka akan bergembira bergaul berkesah sesama sendiri,isu yang mereka bincang tidak langsung boleh Mak Odah mencelah,akibatnya Mak odah tetap terasing. Walaubagaimanapun Mak Odah tetap bersyukur berbanding anak Mak Diah,pantang berjumpa asyik bertekak sahaja dari pasal harta hingga peribadi.

Setelah menyerahkan wang kirimannya Mak odah naik keatas rumah,dari satu bilik ke satu bilik Mak Oodah berpindah seperti pekerja hotel,sebanyak 5 buah bilik perlu di kemas,jika tidak sepiawai hotel 5 bintang pun lebih kurang home stay Wak Asmah pun jadilah.Bantal-bantal perlu di tukar sarung,toto atau narita perlu disediakan sebab meraka biasanya tidak tidur di dalam bilik,mereka akan tidur di ruang tamu beramai-ramai,bilik hanya untuk menantu perempuan atau anak dara sahaja.

Kamudian Mak odah ke belakang rumah,memotong beberapa tandan kelapa,mengumpulkan beberapa biji kelapa tua,sebab Si jalin dah tempah kelapa muda,Si Milah minta sediakan kelapa untuk kerabu. Si Pijah isteri Jaid meminta sediakan semua jenis ulaman yang ada di rumah. Sebenarnya Mak Odah sudah lama tidak membuat kerja-kerja tersebut,Mak odah sakit lutut,tapi tidak mahu anak-anak kecewa,ialah 6 bulan sekali baru balik,di turuti juga.

Petang Jumaat,satu demi satu kenderaan berpakir di halaman rumah Mak Odah yang menghijau dengan rumput karpetnya.Jiran-jiran kagum. Berpelukan mereka anak beranak.Lalu masing-masing mengeluarkan buah tangan,masing-masing dengan persembahan tersendiri.Alhamdulillah anak-anak Mak Odah semuanya perihatin tentang itu,dia dengar anak Mak Esah balik dengant tangan kosong sahaja,dulu-dulu salah seorang rajin membeli-beli tapi syik-asyik dia sahaja,lama-lama dia pun sarender.

Malam itu mereka semua tidak payah sediakan makan malam,kerana bahan yang mereka bawa sudah cukup. Mereka smua tidur dengan lena sekali,tanpa nyamuk dan semerbak dengan keharuman febreze dan aroma ubat nyamuk elektrik.Hanya Mak odah yang terkebil-kebil dalam kelambu bersaorangan,memicit lutut yang telah digunakan melebihi had kebiasaanya.Sehinggalah tiba waktu subuh,ada diantara mereka yang ke masjid dan ada yang sekadar solat dirumah,selepas subuh mereka menyambung kembali tidur yang lena mereka,ialah di kampong sejuk,dan hari ini cuti mesti gunakan sepenuhnya. Mak Odah sendiri di dapur. Di toskan bihuun yang direndamkannya malam tadi. Disediakan rempah untuk 3 versi, pertama yang menggunakan ikan bilis,menggunakan udang kering dan yang tidak pedas. Mak odah sudah biasa setiap kali masak bihun goreng itulah yang di pesan oleh anak-anak.Setelah siap Mak odah menghidangkan bihun 3 versi tersebut,sementara menunggu mereka bangun Mak odah menyarungkan telekung dan solat Dhuha. Kira-kira jam 9.30 baru mereka bangun.

“Wah bihuun goring,sedap ni nenek masak” Kata si Seman anak sulungnya.
“Ye lah,Mak yang mana yang taruk bilis yang mana yang teruk udang”Kata si Oji anak bungsunya.

Usai sarapan pagi mereka mengajak Mak odah keluar ke pasar minggu di pekan. Mula-mula Mak Odah menolak,setelah dipujuk terpaksa Mak Odah menerima.
“Mak kita orang nak ajak mak keluar,naik kereta,mak asyik kat rumah je”
Sebenarnya Mak Odah tidak ternafsupun sama sekali keluar ke pasar,kaki mak odah sudah tidak mampu,tapi untuk tidak mengecilkan hati nak-anak dituruti juga.Di pasar Mak odah tidak mengeluarkan sesen pun ,semua mereka yang beli,nasib Mak odah tidak seperti Nasib Mak Min,bila anak-anak balik dia yang mengeluarkan belanja di pasar.

“Mak saya beli ikan keli nanti masak pecal ye,dah lamalah tak makan masakan mak”
“Mak buat sambal belacan tutuk ye”
“Mak buat sambal kerabu ye,sambal kerabu mak tak ada tolok bandinganya”
“Ye lah tu.” Mak odah hanya berkata-kata dalam hati “Patutnya mak rehat ni mak pula yang kena masak.”

Sesampai di rumah Mak odah anak dan menantu sudah siap mengopek bawang,dan kelapa pun sudah di parut. Sambil menahan denyutan lutut mak Odah menyiapkan rempat ratus respi masakan yang telah ditetapkan oleh anak-anak.Tengahahri itu mereka makan cukup berselera.

Ahad pagi,masing-masing bersiap untuk meninggalkan ruamh Mak odah,Sorang demi seorang bersalam berkucupan dengan Mak Odah sambil penyelitkan beberpa helai RM di tangan Mak odah.Mak odah terus menmasukan dalam kocek baju kurungnya tanpa mengira jumlahnya.Mulut Mak odah tidak berhenti-henti mengulangi skrip
“Baik-baik memandu,jangan laju-laju,dah sampai nanti telefon. Ingat Allah.”

Begitulah anak-anak Mak Odah,sempat pulang paling lama 2 malam,lagipun anak-anak Mak odah lebih ramai lelaki,bila cuti panjang anak-anak menantu akan balik kampong ibubapa masing-masing,jadi cucu-cucu Mak odah lebih rapat dengan nenek sebelah ibu mereka.Tapi Mak odah redho,itu dah rezeki mereka,Mak oda masih punya Allah SWT.Suatu masa mereka juga akan seperti Mak Odah.

Mak Odah sendiri lagi,di toleh kiri dan kanan rumah,langkah pertama mengutip lampin pakai buang yang berlonggok di bilik mandi,ada juga yang telah siap di masukan dalam plastik sampah,sebab mereka sudah biasa sampah masukkan dalam plastik nanti akan ada pihak yang mengutip dan membuangnya.Seperti 40 orang lanun Mak Odah memikul plastik sampah untuk di buang di tempat pembuangan sejauh 300 meter di belakang rumah.Ini pun kira sudah bernasib baik sebab anak-anak Mak Kiah, di campak sahaja lampin-lampin pakai buangnya di bawah pokok keladi dan di tempat kangkung yang hidup subur.Yang peliknya menantunya orang Singapura yang terkenal dengan kebersihannya,tiba balik kampong berubah pula etikanya.



Tiba-tiba Mak Odang terpandang basikal kesayangannya,kedudukan terbalik,lampu hadapan terpusing, oh mereka main dynamo basikal,di sekolah mereka belajar antara punca kuasa elektrik ialah dynamo,mereka tida basikal,jadi basikal nenek lah jadi eksperimen.Mana pula pam basikal, Astaghfirullah,dah tercabut,mereka teringin sangat nak tahu bagaimana alat sebegitu boleh mengeluarkan angin. Mak odah mengambil kereta surung,dikutipnya longgokan sabut kelapa muda lalu di tolaknya ke tempat sampah.Lalu di longggokannya lagi kelapa tua yang bertabur di halaman setelah ,mereka bermain bowling padang.

Selesai di bawah Mak Odah naik ke atas,mengemaskan bahagian atas pula,memulangkan bantal-bantal dan toto ke tempat asal,dari bilik ke bilik dia berpindah seperti pekerja hotel.Kamudain turun ke dapur,menyimpan pinggan mangkuk ke dalam karbinet.
Tengahari itu Mak odah tidak dapat menyediakan hidangan tengahari untuk dirinya sendiri,derita lutunya semakin menjadi.Nampaknya tengahari itu Mak Odah makan sarapan pagi tadi,Antara Sebab Mak odah tidak masak ialah malam nanti di masjid ada majlis memperingati Isra’ dan mikraj.

Tajuk ceramah malam ialah tanda-tanda akhir zaman,antaranya ialah ramai ibu-ibu yang melahirkan tuan-tuannya.
“Ibu-ibu di belakang tabir sana,sila pastikan agak-agak ibu-ibu terlibat tak dengan kejadian begini”
“Tapi kalau kita ikhlas macamana ustaz” Ada pendegar lelaki yang bertanya soalan.
Pada mulanya Mak odah rasa seperti biasa sahaja,tapi bila lututnya semakin berdenyut lama kelamaan hati Mak Odah sebak.

Malam itu dalam tahajjudnya Mak odah merintih
“Ya Allah lindungilah aku dan anak-anakku dari fenomena ini,ampunilah anak-anakku Ya Allah,Ya Allah lempahkanlah aku dengan sifat keikhlasan dalam mendidik anak-anak”


Maka khabarkan kepadaku darihal hari Qiamat. Rasulullah menjawab: Tidaklah yang datang daripadanya lebih tahu daripada orang yang bertanya. Kalau begitu, katanya, khabarkan kepadaku dari tanda-tandanya sahaja. Rasulullah menjawab: Tanda-tandanya itu ialah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, penggembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan.

Diriwayatkan oleh Muslim.

Kisah ini adalah di adaptasikan dari perbualan para wargaemas peserta rewang di rumah Kak Yam semasa khenduri minggu lepas,salah seorang peserta telah mengalami stroke sebaik sahaja pulang dari rewang.

3 ulasan:

  1. salam makbonda,
    sayu rasa hati bila membaca. pd mata saya, si ibu cuma sunyi, kerana itu dia terasa bgt. anak menantunya pun ringan tulang membantu masak. bagus juga. rajin menghulur duit. itu lg bagus. Alhamdulillah, anak2 ini masih ingat ibu mereka, bahkan tidak membebankan orang tua dgn menjaga cucu. Cuma alangkah baiknya kalu mereka kerap pulang dan memahami kesunyian ibu mereka.

    BalasPadam
  2. Satu lagi, mereka mesti mengambil berat kesihatan ibu mereka.

    BalasPadam
  3. indah
    Dalam kesah ni yang baik jadikan teladan yang tidak baik jadikan sempadan.Kadang kita rasa dah sangat berbakti kepada mereka,rupanya ada perkara lain yang lebih diperlukannya,sebenarnya makbonda sendiri amat terasa diri bila mendengar luahan dari ibu-ibu orang lain.Tuhan menurunkan mereka untuk membuka matahati makbonda.

    BalasPadam

Catatan Popular