DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 20 Jun 2010

Dari satu kepada dua.........





Setelah anak pertamku berumur 1tahun 2 bulan,Aku dapati diriku mengandung lagi,sebenarnya Aku sudah bersedia untuk mengandung kali ke 2,kerana anak pertamku adalah cucu kesayangan ibu mertuaku,dia sentiasa dalam dokongan neneknya,Aku selalu sunyi,dan sememangnya bersedia untuk mendapat gantinya.Pengalaman zon morning sickness adalah sama dengan anak pertama,tapi naluriku sangat kuat suka makan ikan dan makanan laut lain. Dalam keadaan kepala berpinar dan tekak loya Aku mampu meratah ikan tanpa rasa hanyir,sehingga dalam satu sessi ceramah utnk ibu-ibu megandung di kelinik,nurse yang berceramah itu menggalakan ibu-ibu makan ikan

“Saya tahu ibu-ibu tak lalu makan ikan,tapi paksakan ya ibu-ibu,baik untuk kandungan”

Aku hairan mengapa nurse itu berakata demikian, Aku lalu sahaja makan,walaupun dalam zon morning sicknees. Walaupun perasaan amat memusuhi bau makanan masih wujud namun aku tetap memasak dan menyuap anak pertamku.

Pengalaman bersalin anak keduaku ini adalah amat berbeza dengan pengalaman bersalin anak yang lain kerana kali ini Aku memilih untuk bersalin dirumah. Pilihanku ini di restui oleh pihak kelinik kerana kandunganku adalah normal.Hari itu hari Rabu,pagi-pagi lagi Aku mengalami kontruksi. Aku tidak kesekolah hari itu.Kesakitan datang dan pergi,sehingga11 malam kekerapan bertambah,bidan desa di panggil, aku bersalin ditemani emak mertua dan bidan desa dan seorang bidan kampong. Istimewanya bersalin di rumah,orang di sekelilingku lebih mengenaliku,dan dapat ku rasakan,sokongan mereka lebih kuat dan membangkitkan semangatku,tapi adat bidan kampung tidak membenarkan suamiku duduk disebelahku.Tepat 12 malam 21 jun 1989 anak keduaku lahir seorang puteri dengan berat 3.6 kg.



Kini anak itu telah berusia 21tahun,sedang menghempaspulas untuk memulakan kehidupan di IPG,bagi melayakan untuk menjadi seorang pendidik.Satu daripada kesan yang aku dapati dari naluriku semasa mengandungkannya iaiah beliau ini suka sangat makan ikan,dari kecil heingga dewasa suka sangat meratah ikan. Sampaikan selalu kami usik dia elok dapat jodoh dengan nelayan atau kaki pancing. Samaada naluri ku itu yang mempengaruhi habitnya sekarang atau habitnya sekarang adalah digembarkan melalui naluriku dahulu semasa mengandungkannya.



"Ya Allah,sentiasalah memberi pertolongan kepada puteriku ini,mudahkanlah urusannya,berilah dia kekuatan mengharungi kehidupan,pimpinlah dia agar sentiasa di dalam ketaqwaan,turunkanlah insan-insan mulia disekelilingnya agar dapat dia hidup didalam kedamaian.Lindungilah dia dari gangguan-gangguan mahkluk yang menyukarkan hidupnya.Ya Allah,bila telah sampai ketikanya,temukanlah jodohnya dengan insan yang soleh,yang boleh memimpinnya untuk kebehagiaan di dunia dan akhirat.Kurniakanlah dia akhlak dan tingkahlaku yang baik,yang penuh dengan mahmudah Ya Allah,Ya Allah aku tidak akan berhenti memohon Ya Allah kerana sesungguhnya aku memang seorang makhluk yang sentiasa bergantung kepada sifat Rahimmu Ya Allah".Ameen ya Rabb.

"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya."

4 ulasan:

  1. Salam makbonda,
    Happy birthday buat puteri makbonda. Moga cemerlang dalam kerjaya dan berjaya di dunia dan akhirat.

    Adik bongsu saya pun ada kat IPG jugak, Dah setaun lebih. :)

    BalasPadam
  2. Salam makbonda..
    Bertuah makbonda dpt melalui pengalaman beharga bersalin kt rumah..peluang tu susah nk dpt skrg..semua kena refer ke hospital..kan?

    BalasPadam
  3. Salam kembali indah,
    Terimakasih mewakilinya.
    Owh ya? dia di Bangi,pun baru habis tahun asas.

    BalasPadam
  4. Salam juga untuk Ummu Amar.
    Tulah dari 6 orang sekali dapat merasa,tahun-tahun berikutnya bidan tu dah tak bagi lagi.

    BalasPadam

Catatan Popular