DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 7 Mac 2013

Memutuskan rantai




Saya terlupa mahu memberitahu anak-anak yang mengaji malam itu bahawa saya ada kenduri .Nasib baik kakak-kakak yang tinggal diasrama bercuti,dan mereka membawa 2 orang rakan seasrama balik.Nampaknya Allah telah menyusun penyelesaian.

"Boleh tak tolong Makbonda?Tolong jadi guru ganti ajar adik-adik mengaji?"

"Haah" Masing-masing buat muka terperanjat,sebenarnya mereka terganggu akan aktiviti dihadapan laptop masing-masing.

"Makbonda lupa bagi tahu malam ni ada kenduri,dah datang kesian pulak.Bukan susah,semuanya masih Iqra' lagi,paling tinggi pun Juzuk 4,semak je bacaannya,kalau salah suruh ulang sampai betul semua. Sorang ambil satu.Harus di sadari sayang semua,1 huruf yang kita ajar jadi saham kat akhirat nanti"

Dan mereka berebut-rebut


Diantara mereka ada 3beradik,abangnya 12tahun sementara dua adiknya 9 dan 7. Malam itu abangnya absent. Nenek mereka yang datang menghantar dan menyerahkan mereka kepada saya.Ibubapanya saya tidak cam yang mana satu sebab tidak pernah bertemu di program yang saya hadhiri.

"Nak harapakan mak bapanya alamat cucu saya ni tak pandai baca Quran"Kata Neneknya.

Biasanya mereka datang semasa jemaah di masjid sedang solat,dan saya dirumah juga sedang solat. Saya pernah menegur  tentang solat mereka biasanya mereka belum solat lagi dan saya akan suruh solat juga ketika itu. apabila ditanya kenapa datang masa orang tengah solat,lagi baik datang sebelum maghrib boleh berjemaah dengan saya,jawapanya abah belum balik,abah kerja waktu maghrib. Saya agak muskil tentang pekerjaan abahnya sehinggalah baru-bar ini apabila mereka datang agak lewat mengatakan bahawa abah mereka di tangkap polis.Biar betul?

"Betul Cikgu,tak taulah ,abah tengah naik moto,tiba-tiba polis tangkap"

Apabila saya risik-risik pada jiran tetangga ruapa-rupanya ayahnya ditangkap setelah didapati menjalankan aktiviti memetik kelapa sawit di tanah orang.Penuh bonet keretanya dengan kelapa sawit,dibawa pulang kerumah  pula,seorang pekerja tanah seberang melihat kejadian itu dan melaporkan kepada tuan tanah,lalu tuan tanah membuat laporan ke pihak polis.Sebenarnya itulah aktiviti ekonominya selama ini,cuma belum ada bukti untuk di buat kes.

Kasihan anak-anaknya,dibesarkan dengan hasil ekonomi seperti ini. Kesannya memang agak payah mereka mengingat setiap huruf yang diajarkan. Namun saya kagum dengan sikap anaknya,tanpa ada rasa rendah diri,sebab yang kita lihat di dalam drama-drama TV,anak-anak akan rasa rendah diri bila bapa merekaterlibat dalam kes sebegitu.Meraka terus tekun belajar membaca Al Quran. Si abang pernah ditangkap kerana cuba mengorek tabung masjid dan pernah ditangkap kerana memanjat rumah jiran tetangga yang sedang tidak berpenghuni.Sejak mereka mengaji di rumah ini,telefon anak saya pernah hilang,dan tingkahlaku si abang sangat mencurigakan,sejak itu kami akan menyimpan semua yang berharga didalam bilik dan mengunci dan sentiasa mengawasi gerak-gerinya,masaalahnya saya tinggal bersendirin sedangkan suami berada di masjid.

Sekarang saya sedang meminta-dan meminta pada Allah untuk terus diberi ilham bagaimana saya mahu menyuntikan keatas jiwa anaknya  yang masih putih itu. Alhamdulillah sejak terjebak dengan program mendidik dengan teknik Nabi Mohamad melalui Ustazah Khadijah dan Cikgu Khairulaniza,saya telah mulai terpengaruh dengan gaya mereka.

Saya mulai dengan mengenalkan mereka apa itu pahala dan Dosa.

Pahala itu adalah balasan untuk orang yang berbuat baik dan dosa itu adalah balasan orang berbuat jahat. apabila sudah berlaku kiamat nanti amalan kita akan ditimbang,jika banyak pahala kita masuk syurga ila banyak dosa akan masuk neraka.Dosa itu ialah apabila kita melanggar apa yang Allah larang,pahala pula ialah untuk orang yang melakukan apa yang Allah suruh. kemudian saya minta mereka senaraikan apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang.Nampaknya respn mereka baik sekali.

Usaha saya baru bermula,namun dari masa kesemasa saya akan tambah.Walaupun ilmu saya tersangatlah nipis untuk menggunakan isi Al Quran, namun saya boleh bergantung kepada tafsir serta huraian yang terdapat disisi. Saya rasa tugas saya amatlah berat.  Dengan ilmu sedikit ini saya berusaha  untuk memutuskan rantai yang mengikat anak-anak ini agar terlerai dari dosa bapanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular