DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 21 April 2013

Anak Soleh.

Sebenarnya saya tidak pernah berbual ama-lama dengan Cik Kak ni. Kalau jumpapun sekadar salam-salam,bertanya khabar,sesekali beliau bertanya tentang perkembangan anaknya disekolah. Saya pula tidaklah rapat sangat dengan anknya itu.Saya bukan guru kelasnya,semasa tahun 5 masuk untuk mata pelajaran sains,ditahun 6 masuk 2 masa sahaja dalam seminggu,selebihnya kelas tambahan hari Sabtu. Kenapa saya panggil dia Cik Kak? Sebab beliau sering membahasakan dirinya kakak pada saya,saya tahu dia lebih muda dari saya sebab saya memegang Sistem Maklumat Murid,jadi saya tahu serba sedikit maklumatnya.Beberapa kali saya beritahunya saya lebih berusia darinya,namun dia meneruskan juga. Saya teringat semasa saya mula-mula kerja dahulu,waktu itu memanglah saya muda benar,bila berkomunikasi dengan ibu kepada pelajar saya akan memanggilnya Makcik,apa tidaknya mereka sebaya-baya dengan emak saya,tentulah panggilan makcik paling kena,rupa-rupanya ada yang tidak senang hati,mereka mahu saya panggil mereka kakak.Itu satu pengajaran bagi saya.

sumber Google image

Berbalik kepada Cik kak tadi. Anaknya Soleh(bukan nama sebanar) adalah satu nama yang sentiasa meniti di bibir warga sekolah. Sangat popular atas tingkahlakunya yang menjengkelkan. Guru-guru sering mengurut dada bila berurusan dengannya. Keluar masuk bilik guru disiplin dan kaunsling sudah menjadi perkara biasa baginya.Saya sangat simpati dengan ibubapanya kerana bapanya adalah seorang guru agama yang saya kagumi,beliau ada jadual pengajian di Masjid saya,saya sering mengikuti kuliah subuhnya di pagi Ahad..Soleh adalah satu-satunya anak lelaki dari 6 orang adik beradik yang semuanya perempuan. Bukan sekali dua Cik Kak meluahkan hati,malu atas tingkahlaku anaknya. Bermacam cara telah dilakukannya.

"Selalu Kak mengeluh kat ustaz,apa jadi anak kita ni,semua orang bercakap halnya.Sekolah pagi,petang sama je,Ustazah sekolah petang lagilahselalu komplen,rasa sangat kak tak pandai jaga anak,tapi anak-anak lain tak macam dia.Nanti Ustaz sejukan hati Kak, Sabar,Allah nak bagi pahala kat kitalah,kalau semuanya baik nanti kita sombong,tengok anak orang nakal mulalah kata orang tak pandai bela anak. Sekarang kena
 kat kita. Jangan berhenti doa,Allah tengah uji kita. Bila Ustaz cakap macam tu lege Kak,tapi bila dia buat lagi sakit rasanya"

Namun yang saya kagum dengannya dia tidak pernah menipu atau mencuri. Semua kesalahan yang dilakukan dia akan mengaku bila ditanya.Dengan berterus terang guru yang paling dia suka iah guru Pra sekolah,padahal cikgu tersebut tidak pernah pun mengajarnya,tapi sebab dia paling putih dan cantik,berbanding guru-guru lain.

Kes paling akhir yang dilakukan sebelum menamatkan drjah 6 ialah dia ditangkap kerena seorang budak permpuan mengadu dia dan 2 orang budak lelaki telah mengambil tuala wanitanya dan melambung-lambungkan didalam kelas,murid permpuan itu menangis kerana malu.Setelah melepasi dendaan dari guru-guru yang berkenaan,saya panggil dia ketika dia sedang bersaorangan di Perpustakaan.

"Sebanarnya apa yang berlaku semalam Soleh,boleh cikgu kongsi"
"Saya kena denda sebab main tuala wanita budak perempuan"
"Betul ke kamu main?"
"Betul"
"Macamana boleh macam tu,kamu rasa itu tak sbetul ke?"
"Tapi Ijal yang suruh,dia kata ada handfon dalam beg tu,mulanya saya tak nak ambik,tapi kata Ijal budak tu yang suruh ambik,Bila saya ambik rupanya tuala wanita,saya campaklah kat Ijal,lepas tu Ijal campak balik,campak sana,campak sini,lepas tu budak perempuan lain kata saya yang buat."
"Habis masa cikgu-cikgut tanya tadi kenapa tak cakap"
"Kesian kat Ijal nanti cikgu marah dia sangat" Terkedu saya,masih wujud nilai dalam jiwanya.
"Kamu selalu kena marah cikgu-cikgu,kamu tak simpan dendam ke"
"Tak,saya tahu saya salah"
"Dah tau salah kenapa buat?"
"Saya tak tahu itu salah"
"Banyak-banyak kena denda tu pernah tak kamu rasa kamu tak salah"
"Sekali,masa tu Didi yang ajak saya main ganas-ganas,masa saya tengah tindih dia cikgu nampak,lepas tu cikgu marah saya"
"Banyak-banyk tu sekali je yangkamu ingat? Kamu pernah tak bercita-cita nak jadi baik"
"Ada,nantilah bila dah besar"
"Alhamdulillah,cikgu doakan.....Insya Allah besar nanti kamu jadi orang baik,dah lah mukanya comel. cikgu kesian dengan Bapak kamu,dia tu Ustas yang bagus,cikgu selalu dengar dia mengajar kat masjid.Cikgu selalu berdoa suapaya anakn-anak nya menjadi orang soleh dan solehah,sebagai bayaran ilmunya yang cikgu dapat"
"Oh ya?" Seperti tersentak.

Sekarang dia telah memasuki alam menegah. Dia telah dihantar sebuah sekolah pondok.

Malam itu saya telah dapat duduk bersama Cik kak di satu majlis kenduri yang memberi peluang saya berbual panjang dengannya.

"Macamana Soleh sekarang"
"Alhamdulillah cikgu,Kak hantar dia masuk pondok dah 3 bulan,barulah Kak mula nampak manisnya. Bila dia talipon Kak dia mesti tanya Mak buat apa,Mak jangan kerja kuat sangat,Mak dah makan,kalau Mak sakit makanlah ubat,Mak bagi tahu Bapak kalau mak tak sihat.Kadang saya tak sempat nak jawab.Saya menangis tiap kali dia talipon,nanti dia akan cakap,Mak janganlah menagis,kita nak dengar emak cakap"  Denga sebak Cik Kak bercerita, dan mula menular kepada saya pula.

"Kalau saya datang sana dia suruh saya bawak makanan banyak sikit,nak kongsi dengan kawan-kawannya yang emaknya jarang datang.Saya ikut je apa yang dia mintak. Hari tu dia tanya boleh tak dia bawak balik kawan.saya kata boleh je,bawaklah selalu.Dia bawak kawanya yang jarang balik.Ya Allah kawan-kawanya baik-baik Cikgu. Dia solat berjemaah,Subuh tak payah gerak. Besyukurnya saya cikgu,mudah-mudahan Soleh ikut baik macam kawan-kawannya. Saya ajak dia orang berjalan ke mana-mana je" Panjang Ci Kak bercerita,saya hanya mampu menyampuk bertahmid sahaj,sambil meramas-ramas tangannya sesekali mengosok gosk belakangnya,sambil menjaga air mata saya agar jangan berjurai-jurai dan memalukan.

"Ya Allah,Janji Allah itu benar,sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemdahan.Saya tumpang seronok.Yalah tiap dapat kesulitan tu nak tambah iman kita kan.Allah nak dengar doa kita.Jadi pengajaran kat saya juga."



8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Betl ain,maka mari kita kita menanam dan menyuburkannya tanpa henti agar dapat menikmati kelazatan buahnya.

      Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
      (Al-Kahfi 18:46)

      Padam
  2. Salam makbonda,
    Alhamdulillah, suka membaca perkembangan Soleh.
    Nakal berbeza dgn jahat. Saya suka dgn kata-kata suami cik Kak, yang Allah menguji. "Allah nak bagi pahala kat kitalah,kalau semuanya baik nanti kita sombong, tengok anak orang nakal mulalah kata orang tak pandai bela anak."
    Doa sentiasa menjadi senjata orang mukmin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali indah.

      Rezeki Cik Kak tu dapat suami yang begitu. Ada yang saya pernah jumpa suami meletakan kesalahan pada isteri sahaja hal mendidik anak. Bila anak berjaya dia yang mencanagkan ke mana- mana sebaliknya bila gagal isterinya menjadi sasaran seranahnya.Walaubagaimanapun itu ujian untuk isteri tersebut. Sebab tu Makbonda sentiasa berdoa agar anak-anak mendapat suami atau isteri yang membahagiakan hati. Senyum.

      Padam
  3. Saya tersentuh membaca kisah kawan Mak Bonda tu....

    Kalau org2 tua dulu sebut 'anak bertuah'... Mnkn selalu di sebut oleh ibunya.. mmg bertuahlh anak itu... kata2 ibu adalah satu doa...

    Sabar dengan ujian Allah swt dengan iringan doa kedua ibubpa yang tulus ikhlas yg tak pernah putus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subhanallah,mudah-mudahan dengan sentuhan itu dapat mendidik jiwa kita ye Ummi.Semoga kita mendidik anak-anak dengan jalan tahid.

      Saya pun ada seorang ibu saudara,biras kepada emak saya,semasa anak-anaknya kecil memang nakal dan buas,apabila beliau marah suka menggunakn perkataan 'anak bertuah' hasilnya sekarang ini anak-anaknya semuanya berjaya.

      Padam
  4. Waaaa.. Waaa... Waa... Sedihnya.... Waa.. Wa.. Sedih sbb selalu usik si 'Soleh' tu dulu.. Waa... Waa... Pistol dia yang saya rampas pun ada lagi.. huhuhuhuhu

    BalasPadam
  5. Subhanallah......Cikgu Shukri pun sedih ye.....masih ada peluang untuk minta maaf pada dia.....kalau berpeluang jumpa dia pulangkan balik pistol tu,:) Makbonda yakin beliau seorang yang tidak pendendam.....Insyaallah .....Semoga kita juga tersenarai dalam doa-doanya.

    BalasPadam

Catatan Popular