DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 12 Mei 2013

ALAM'S 107TH Convocation

14 thun dahulu,semasa saya sedang dilema mahu menghantar anak sulung ke sekolah menengah (sebenarnya hati telah tetap mendaftarkan anak di sekolah Menegah Agama) seorang kawan sekerja(lelaki yang telah punya 3 orang anak bersekolah menegah)telah menasihatkan saya agar tidak menghantar anak ke sekolah aliran Agama. Antara sebabnya ialah gelap masa depan,sukar mencari pekerjaan,ahirat-akhirat juga dunia nak kena pegang juga. Beliau itu adalah seorang yang dalam golongan baik-baik,berakhlak,rendah diri dan berakhlak.Terkesima saya dibuatnya.Namun saya terus dengan pendirian saya. Saya amat yakin. Adik saya bercerita,beliau dahulunya sekolah Aliran Agama.Baru-baru ini mereka mengadakan program runion kawan-kawan lama. Masing-masing dengan kerier yang berbagai dan menjawat jawatan diberbagai ejensi.Adik saya sangat berasa rendah diri,beliau hanyalah seorang guru. Masig-masing bertukar-tukar pengalaman. ataranya rahsia bagaimana mereka boleh berjaya merebut jawatan yang pesaingnya hebat-hebat belaka.Rupa-rupanya antara sijil-sijil yang diberi perhatian yang berlatarkan pendidikan Islam.



Sabtu 11 May,saya menghadrii konvokasyen anak lelaki di Akedemik Laut Malaysia.  Seperti juga IPT yang lain,habis belajar adaalah konvokesyen,yang sebenarnya hanyalah program simbolik sahaja,jika tidak menghadirkan diri slip keputusan tetap diperolihi juga,Bagi penawar pekerjaan tidaklah meletakan syarat hadhir majlis konvokesyen untuk diterima kerja.

Sebaik sahaja mendapat buku program saya terus menghadamnya dari muka surat ke mukasurat yang lain. Bila melihat nama anak kita ada dalam senarai lega hati,yakinlah bahawa dia tersenarai. Alhamdulillah. Dihujung senarai adalah nama mereka-mereka yang mendapat anugerah terbaik,telah pasti  bukan dia antaranya. Di ALAM ini hanya ada dua program iaitu Diploma in Nautical Studies dan Diploma in Marine Enginering. Anak saya program ke dua. Untuk Program pertama pencapaian CGPAnya adalah tinggi,terbaik 3.94 iaitu Fares Nabil dari Yaman. sedangkan untuk program kedua tertinggi 3.63. Di menangi oleh Lakshmanan Nagaraj dari Tamilnadu.Pastinya program ke dua agak berat palajarannya. Anugerah Best Overall Cadet  pula jatuh kepada Ahmad Abdul Hadi b A Samat dari Malaysia.

Ahmad Abdul Hadi sedang memberikan ucapan atau tazkirah.

Sebanrnya inilah yang menarik hati saya dan akan saya kongsikan disini. Ahmad Abdul Hadi mendapat didikan awal di Akademik Tahfiz Al hidayah,Jln Gurney.Saya seperti terduduk dan seperti kurang pasti apa yang saya lihat. Setelah mendapat anugerah beliau diberi kesempatan berucap. Seolah-olah saya sedang berada dimajlis ilmu.Pengakuannya bahawa asalnya beliau adalah seorang kanak-kanak yang tidak berapa cerdik,tetapi ayahnya menhantar dia belajar ke akademik Tahfiz.Seusia 11 tahun dia telah menjadi hafiz.  Beliau membacakan hadis Daripada Ibnu Umar r.a :

Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.

Setiap hari beliau membaca alQuran,dengan Al Quranlah beliau dapat fokus dengan lebih baik sepanjang di ALAM.

Beliau juga membacakan ayat Al Quran Ar-Ra'd - ayat 11
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Terusterang saya teralalu irihati pada ibunya. Bukan sebab anak dia lebih pandai dan kacak berbanding anak saya,atau  menerima jambangan bunga dari anaknya dihadapan khalayak, berpelukan dan aksi mereka dipaparkan di skrin. Tidak,saya tidak iri itu semua .Tapi saya iri hati bagaimana beliau dapat mendidik anaknya ke tahap itu. Ketika itu juga saya berdailog dengan Allah. "Ya Allah saya iri hati ya Allah.Berikanlah apa yang saya irikan itu Yah Allah,Tuhan yang Maha Pemberi".

Menurut anak saya beliau juga sering menjadi imam solat Tarawikh sepanjang Ramadhan. Anak saya juga memperkenalkan rakannya yang dari Yaman,juga imam mereka.  Masya Allah. Saya rasa kelainan sungguh majlis kali ini.  Kami bersembang anak beranak,suatu masa nanti Ahmad Abdul Hadi ini akan menjadi seorang kapten kapal. bayang kan kapal yang dibawanya akan terapong-apong di lautan. Dipimpin oleh seorang kepten yang hafiz,dapat memimpin krew-krew dengan tauhid. Alangkah bercahayanya kapal itu nanti ditengah lautan luas. Semuanya bersetuju dengan saya. Mudah-mudahan anak saya nanti akan berada dibawah kepten yang seperti itu. Saya mengingatkan anak-anak dan diri saya juga,belum terlambat untuk kita membetulkan jalan kita,selepas ini pahatkan keyakinan untuk lebih mendekatkan lagi dengan Al Quran. Bacalah al Quran setiap hari.

Kawan Aizat dari Yaman(tengah),yang menggunakan surah-surah panjang bila mengimamai solat Tarawikh.

6 ulasan:

  1. Salam Simah. Tahniah atas kejayaan anak. Saya rasa amat terharu membaca entry Simah. Sedih tapi gembira. Apa yang saya yakini makin lama makin banyak terbukti. Sama- kita usaha dan doa semoga ramai lagi yang akan jadi seperti Captain kita yang baru ini. Saya nak cerita pada keluarga dan kawan-kawan. Semoga ramai lagi yang akan meyakini Islam seperti yang sewajipnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Puan.

      Alhamdulillah kita dilahirkan sebagai Islam,alangkah ruginya jika kita gagal memegangnya. Sangat bersyukur apabila berlaku perkara-perkara yang menambah keyakinan terhadap Islam terbukti di hadapan mata kita.

      Berita lain mengenai kapten tersebut ada di http://www.nst.com.my/nation/general/252-graduate-from-maritime-academy-1.277184

      Padam
  2. Assalamu'alaikum Hasimah

    Tahniah buat Hasimah sekeluarga atas kejayaan anak. Alhamdulillah kerana terdapat keyakinan terhadap pendidikan sekolah aliran agama. Memang dulu terdapat ramai ibu bapa kurang yakin kerana bimbang tentang susahnya mendapat pekerjaan tapi kini nampaknya ramai yang yakin. Sekali lagi tahniah buat Hasimah. Sekarang ini kak memberikan motivasi buat anak-anak kak supaya mereka menghantar anak-anak ke sekolah agama seperti al-Amin, atau pusat tahfiz yang lain. Kak juga mempromosikan kepada anak-anak tentang sekolah al-Adni yang dituliskan kisahnya dalam blog kak Ngasobah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Kak Werdah.

      Alhamdulillah,semoga kejayaan-kejayaan dunia itu menjadi jambatan untuk kejayaan di alam akhirat.Jika kita menolong agama Allah,Allah akan menolong kita.

      Ya saya pun tertarik dengan usaha-usaha yang Puan Ngasobah jalankan. Semoga mendapat kerahmatan. InsyaAllah saya akan menggalakan anak-anak saya menghantar anak-anak mereka ke sekolah seperti ini juga.

      Akhir-akhir ini lepasan Institut pendidikan guru sukar mendapat tempat,Saya akan mencadangkan anak kedua saya yang menamatkan program ijazahnya akhir tahun ini untuk berkhidmat di sekolah-sekolah seperti ini. Selain mendidik anak-anak,guru-gurunya juga akan mendapat terbiah.

      Padam
  3. Teringat zaman persekolahan saya dulu. Saya turut dimomokkan dengan cerita kesukaran lepasan agama untuk mendapat tempat di mana-mana. Akhirnya saya memilih sekolah aliran biasa. Bila dah tua macam ni, baru saya terasa sangat rugi. Namun ilmu ada dimana-mana. Selagi belum tutup mata, ilmu masih boleh ditimba. Doakan saya kak, sangat berharap & berdoa moga anak-anak kami dapat dididik dengan ilmu agama yang sempurna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah,belumlah terlambat untuk bangun,akak pernah cadang kat emak,sponsor cucu yang masuk tahfiz,semoga kita berkongsi kerahmatan.Jangan lepaskan peluang yang ada.

      Padam

Catatan Popular