DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 30 Disember 2009

Anda seronok tinggal di kampong?

“Senang duduk di kampong,lapang dada,lapang kepalal,apang rezeki” kata seorang tamu bekunjng ke rumah Makbonda

Ya semamngnya begitulah mengapa Makbonda memang suka tinggal di kampong,dan sebenarnya bukan kerana suka tetapi begitulah yang ditaqdirkan oleh NYA kehidupan Makbonda setakat ini,telah dilorongkan untuk berkidmat dan tinggal di kampong.

Makbonda pernah membeli rumah teres di taman semasa anak-anak kecil,tapi tidak diduduki, sebab mak mertua tinggal bersendirian,konon-knon akan menduduki rumah bila anak-anak telah besar,tanpa pernah menyangka yang rupanya setahun demi setahun anak-anak betambah sehinga 6 orang.Ada kalanya Makbonda berziarah ke rumah kawan-kawan yang tinggal di rumah taman,nampaknya memang bukan tempat Makbonda dan keluarga untuk tinggal di taman perumahan.Akirnya setelah beristiharah Allah pilihkan untuk Makbonda tinggal di kampong.Walaupun sebenarnya taqdir belum tamat disini,pengahkir usia kita dimana Allah tempatkan,bukanlah kerja kita untuk menentukan.Samaada dikampung atau sebaliknya bukan menjadi ukuran untuk menentukan bentuk kehidupan kita sesudah kebangkitan.

Di sana-sini penyair,penulis, memuja-muji keindahanh kehidupan di kampong,dan bagi yang bukan penyair dan penulis yang tidak dapat melahirkan rasa hatinya juga akan menyimpan dalam perasaan .Walaubagaimanapun ramai juga yang tidak suka hidup dikampung. Kotor,pergaulan tidak luas,beku,lambat dan lembab, statik ,sunyi ,bowring, bosan,banyak nyamuk dan pelbagai. Makbonda tidak marah semasa mendengar perkataan-perkatan tu semua,selalu terkeluar dari lidah cucu-cucu atau menantu atau besan-besan yang memang bukan berlatarbelakangkan kampong,kerana ada juga yang berlatarbelakangkan kampong yang telah berhijrah pun begitu perasannya.

Isu-isu tinggal di kampong? banyak juga di tulis orang,tetapi yang Makbonda nak cerita kali ini ialah isu pengisian ilmu khususnya dikampung Makbonda tinggal sekarang ini bukan kampong asal. Makbonda suami isteri agak terkilan,dan pernah menyebut untuk tiggal di bandar bila bersara nanti. Apa tidaknya jika ada majlis hanya tinggal 5 orang dan warga-warga emas pula, balik majlis ilmu lelaki atau wanita,solat berjemaah di masjid yang luas hanya beberapa makmum sahaja. Nak tengok pemuda-pemudi atau yang lebih muda dari Makbonda memang jarang sekali.Mungkin juga sambutan majlis ilmu agak kurang kerana panyampaian yang kaku dan satu hala. Tok guru tidak dapat menyampaiakan ilmu secara dua hala,agak beremosi bila ada sebarang idea bertentangan.pengisian berkisar cara solat yang telah beberapa kali di ulang, jarang mengaitkan ilmu dengan isu semasa,dan masih merelakan mengadatkan agama.

Makbonda suami isteri kagum dengan mesjid-masjid di Bandar,yang begitu bersemangat jemaahnya,terdiri dari semua golongan tua muda wanita. Pengajian-pengajian yang aktif,penceramah yang luas ilmunya dikaitkan Al Quran dan Hadis dengan kehidupan semasa.Semasa di kolej Makbonda bisa dengan penceramah yang memberi dos yang kuat dalm pengisian rohani,terasa sakitnya dan menjalar keseluruh saraf.Itu semua tidak terdapat di majlis ilmu di suaru-suaru dan masjid kampong,jadi alternatifnya Makbonda akan menggantikan dengan bacaan-bacaan dan koleksi cd-cd ilmu ataupun you tube percuma dari insan yang Allah pilih untuk mengkongsikan ilmunya.

Walaubagimanapun sejak bertukar kerajaan lalu bertukar pentadbiran masjid dari kumpulan lama kepada kumpulan agamawan baru yang berpendidikan luar,nampak perubahan iklim khususnya di masjid.

Kini Allah SWA telah temukan alternative baru pada Makbonda,Makbonda telah dipertemukan dengan insan-insan di alam maya untuk berkongsi tarbiah,walaupun Makbonda tidak bartemu dan bertegur sapa dengan mereka di sini Insyaallah kita bertemu di Alam Sana.

Ya Allah,lempahkanlah rahmat keatas mereka dan keluarga meraka.

2 ulasan:

  1. AKU TAK KISAH TINGGAL KAT MANA PUN..DULU AKU MEMANG BERANGAN-ANGAN NAK TINGGAL KAT KAMPUNG..AKU SUKA KAMPUNG AMAN, NYAMAN, PERGAULAN DENGAN MASYARAKATNYA AMAT MENYERONOKKAN DAN SESUAI DENGAN JIWA AKU..TAPI TAKDIR TELAH MENENTUKAN AKU KINI TINGGAL PULA DI SEBUAH TAMAN PINGGIR PEKAN..

    ITULAH YANG DI KATAKAN QADA' DAN QADAR..DAN AKU SENDIRI PUN TAK PASTI ADAKAH AKU AKAN TERUS TINGGAL DI SINI HINGGA AKHIR HAYAT...

    SEGALA KEMUNGKINAN AKAN AKU HADAPI DENGAN REDHA...

    BalasPadam
  2. Tinggal di manapun bukan ukuran untuk penentu hidup di alam Sana nanti.

    BalasPadam

Catatan Popular