DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 29 Disember 2009

Rahmat yang sentiasa turun tanpa dijangka

Dulu dulu Makbonda tidak pernah bercita cita memelihara haiwan ternakan,padahal rutin hidup Makbonda semasa kecil,bila tiba hari menghampiri maghrib Makbonda dan adik adik akan bergilir-gilir menutup pintu reban ayam,itik dan kambing.Ayam Mak Makbonda tak perlu dihalau-halau,bila tiba petang saja mereka akan masuk reban,perlu tutup pintu sebab melindungi dari gangguan musang. Itik pula perlu di halau,mudah sahaja kerana itik akan berjalan berbaris bagai itik pulang petang, bila itik yang di hadapan masuk pintu reban,yang lain akan turut serta. Kandang kambing pun perlu ditutup sebab takut dia terkeluar waktu malam,alamat mengembek membingitkan telinga……tugas-tugas tersebut kami buat secara rutin tanpa keluh kesah,dengan ikhlas,sebab ayam-ayam itu lah jadi sumber lauk istemewa kami,terutama bila hari raya atau bila nenek atau pakcik-pakcik dari jauh datang bertandang.Telur itik juga adalah sumber protin kami yang hidup memang dalam kemiskinan. Dengan jualan kambing-kambing Bapa Makbonda dapat membesarkan rumah sedikit demi sedikit dan sebagai punca perbelanjaan sekolah.

Bila usia meningkat semakin remaja,Makbonda sudah tidak berminat menjalankan tugas-tugas tersebut,dunia remaja Makbonda rasa tidak sesuai langsung bergaul dengan aroma reban-reban tersebut.Giliran adik-adik yang kecil pula menyambung tugas Makbonda.

Sewaktu di awal-awal berumah tangga masa tu Makbonda membina rumah berhampiran dengan rumah mak mertua,yang memelihara ayam,tetapi tingkahlaku ayamnya berbeza dengan ayam Mak Makbonda. Reban ayamnya tidak berdinding,kalau ayam Mak Makbonda dulu bila kita tabur makanan mereka akan berkerumun di sekeliling kita, dan amat mudah untuk di tangkap.Berbeza sekali dengan ayam Mak Mertua.Mak bonda dulu tidak percaya dalam Katun Lat yang bila tiba hari raya mereka akan mengejar ayam di sekeliling kampong, tapi begitulah keadaannya ayam mak mentua.Bila tiba hari raya adik-adik ipar akan ada pesta kejar ayam.Dan yang paling agak menjengkelkan,bila Makbonda pergi kerja dan rumah kosong,ayam-ayam itu akan bertenggek di tangga rumah Makbonda,dan fikirlah sendiri apa yang terjadi bila Makbonda balik.Walaubagaimanapun untuk menjaga kejiranan,Makbonda basuh ajelah.Itulah yang menyebabkan Makbonda tidak pernah bercita Mat Jenin nak membela ayam.

Segala-galanya bermula bila Makbonda telah berpindah kerumah baru,yang punya kawasan keliling rumah agak luas,bila bergaul dengan jiran keliling yang semuanya memelihar ayam,tetapi ayam-ayam mereka di lepaskan bebas di dalam pagar.Tiap-tiap hari Makbonda akan menghantar sisa makanan kerumah mereka untuk di beri pada ayam-ayamnya.Lama kelamaan tercetus minat pada cerita ayam-ayam ini,tambahan pula anak bungsu dah besar,Makbonda dah banyak punya lebih masa,lalu Makbonda pun search lah cerita-cerita ayam,copy dan print,baca masa lapang. Bila balik kampong pula Mak Makbonda masih meneruskan hobi lamanya…..dan jumlah ayam kampungnya memeng menggalakan. Itu semua adalah kerja Allah SWT

Kini Makbonda adalah seorang penternak ayam kampong,Makbonda rasa rezeki Makbonda semakin berkat,apa tidaknya,Makbonda tak pernah membazirkan makanan,semua sisa makanan menjadi rezeki ayam-ayam,walaupun diselangselikan dengan dedak,jagung dan gandum.Dan satu lagi hubungan Makbonda dengan suami semakin akrab,kami tidak pernah ketandusan bahan berbincang, dari cerita ilmu,cerita anak-anak,rumah tangga,peristiwa lama,isu-isu Negara,isu plastine,isu ummah,isu politik, isu masyarakat,isu kerjaya(anak-anak murid) dan kini cerita ayam.Dulu dulu selalu gelak melihat gelagat anak-anak masa kecil,kini selalu gelak melihat gelagat ayam,semuanya makbonda suami isteri jadikan sebagai bahan tarbiah.

4 ulasan:

  1. Yaa.. dulu masa kecil selalu tolong mak tutup reban ayam/bagi ayam makan...

    Sekarang bila dah dewasa.. balik sekali sekala.. tapi tak tergerak nak tolong walau nak bagi ayam makan..

    Ya Allah ampunkanlah dosaku terhadap ibu bapaku...

    Amin..

    BalasPadam
  2. He he he,ni lagi sorang,jupa juga ye.

    Tapi masa mereka umarah dan ke UK dulu kamilah yang topupkan tong makanan ayam-ayam tu.

    Ya,semoga Allah sentiasa menggerakkan hati-hati kita untuk sentiasa medoakan kerahmatan dan kesejahteraan ibubapa kita.

    BalasPadam
  3. HMM...BILA NAK BELANJA KITA ORANG MAKAN RENDANG AYAM KAMPUNG TAK PUN AYAM KAMPUNG MASAK SEMUR....

    KAT KAMPUNG, PAK DE DAH TAK BELA AYAM KAMPUNG..

    BalasPadam
  4. Mawar,salam ziarah,macamanalah boleh jumpa ni.
    Insyaallah doakan ayam-ayamnya sihat dan membiak,kalau ada kesempatan belanje....

    BalasPadam

Catatan Popular