DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 19 September 2010

Belut yang pergi.......




Bila belut yang pulang meninggalkan lubuh,lubuk yang basah bertambah basah.Belut akan menyusur membelah perairan menempuhi ranjau batu karang yang berduri,dikiri kanan haiwan karnivor yang pemangsa,bila-bila masa boleh menelan dan memamah mangsa,itu yang lubuk bimbangi,doanya agar belut selamat ke destinasinya.Belut perlu pergi meninggalkan lubuk,kerana itu adalah hukum alam,supaya keseimbangan alam berlaku,seluruh alam perlu di terokai.









Setiap kali putera-puteri menghabiskan cuti,beginilah perasaan makbonda. Perjalanan anakandaknya membelah lebuh raya selatan tidak ubahnya seperti perjalanan Parameswara semasa lari dari Temasik dan membuka Melaka.Walaupun sudah tidak ada ranjau,onak dan duri,atau deraman haiwan pemangsa yang menakutkan,tetapi ranjaunya sudah bertukar kepada ranjau yang berubah bentuknya,dan lebih lebih menyayat lagi. Beginilah juga perasaan ibu makbonda di kampong,di masa lalu hinggalah kini apabila kami meninggalkan mereka.

Makbonda tidak sekuat Al- Khansa bin Amru, Seorang wanita yang hidup semasa pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Khattab , Bila Khalifah membuat seruan agar semua tentera Islam berkumpul untuk menentang Parsi. Pemuda-pemuda Islam dari pelbagai kabilah diajak ke medan perang sehingga terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Al- Khansa mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid.

Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “ Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya?

“ Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”
Sehingga al Khansa telah di gelar sebagai‘Ummu Syuhada’ yang membawa maksud ‘Ibu kepada orang-orang yang mati syahid.’



Kerdilnya diri dibandingkan dengan mereka.Adakah peluang itu dapat makbonda kecapi?

2 ulasan:

  1. Syair Nasihat kepada Anak

    Dengarkan tuan ayahanda berperi,
    Kepada anakanda muda bestari,
    Jika benar kepada diri,
    Nasihat kebajikan ayahanda beri.

    Ayuhai anakanda muda remaja,
    Jika anakanda mengerjakan raja,
    Hati yang betul hendaklah disahaja,
    Serta rajin pada bekerja.

    Mengerjakan gubernemen (kerja) janganlah malas,
    Zahir dan batin janganlah culas,
    Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
    Seperti air di dalam gelas.

    Jika anakanda menjadi besar,
    Tutur dan kata janganlah kasar,
    Janganlah seperti orang sasar,
    Banyaklah orang menaruh gusar.

    Tutur yang manis anakanda tuturkan,
    Perangai yang lembut anakanda lakukan,
    Hati yang sabar anakanda tetapkan,
    Kemaluan (rasa malu) orang anakanda fikirkan.

    Kesukaan orang anakanda cari,
    Supaya hatinya jangan lari,
    Masyurlah anakanda dalam negeri,
    Sebab kelakuan bijak bestari.

    Nasehat ayahanda anakanda fikirkan,
    Keliru syaitan anakanda jagakan,
    Orang berakal anakanda hampirkan,
    Orang jahat anakanda jauhkan.

    Setelah orang besar fikir yang karu,
    Tidak mengikut pengajaran guru,
    Tutur dan kata haru-biru,
    Kelakuan seperti anjing pemburu.

    Tingkah dan laku tidak kelulu,
    Perkataan kasar keluar selalu,
    Tidak memikirkan orang empunya malu,
    Bencilah orang hilir dan hulu.

    Itulah orang akalnya kurang,
    Menyangka diri pandai seorang,
    Takbur tidak membilang orang,
    Dengan manusia selalu berperang.

    Anakanda jauhkan kelakukan ini,
    Sebab kebencian Tuhan Rahmani,
    Jiwa dibawa ke sana sini,
    Tiada laku suatu dewani.

    Setengah yang kurang akal dan bahasa,
    Sangatlah gopoh hendak berjasa,
    Syarak dan adat kurang periksa,
    Seperti harimau mengejar rusa.

    Ke sana ke mari langgar dan rampuh,
    Apa yang terkena habislah roboh,
    Apa yang berjumpa lantas dipelupuh,
    Inilah perbuatan sangat ceroboh.

    Patut juga mencari jasa,
    Kepada raja yang itu masa,
    Tetapi dengan budi dan bahasa,
    Supaya negeri ramai temasya.

    Apabila perintah lemah dan lembut,
    Semua orang suka mengikut,
    Serta dengan malu dan takut,
    Apa-apa kehendak tidak tersangkut.

    Jika mamerintah dengan cemeti,
    Ditambah dengan perkataan mesti,
    Orang menerimanya sakit hati,
    Barangkali datang fikir hendak mati.

    Inilah nasehat ayahanda tuan,
    Kepada anakanda muda bangsawan,
    Nafsu yang jahat anakanda lawan,
    Supaya kita jangan tertawan.

    Habislah nasehat habislah kalam,
    Ayahanda memberi tabik dan salam,
    Kepada Orang Masihi dan Islam,
    Mana-mana yang ada bekerja di dalam.

    (Raja Ali Haji)

    BalasPadam
  2. Dik,

    Baguslah syair ni,buat note dan tage semua anak2 saudara awak.

    BalasPadam

Catatan Popular