DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 15 September 2010

Hari Raya



Ini tahun ketiga makbonda beraya di kampung ni.Di tempat ni seperti dah temaktub dalam undang-undang walau tak bertulis,raya pertama masing-masing berziarah ke rumah ibu bapa dan saudara mara terdekat walau tinggal di tempat yang jauh. Hari raya kedua barulah untuk jiran tetangga,kaum lelaki akan menjalankan kegiatan berziarah dari rumah kerumah yang di panggil sebagai baraan. Hari raya ketiga giliran kaum ibu pula,kaum bapa pula dirumah menguruskan hidangan. Tanpa ada undang-undang bertulis mana-mana rumah yang tidak menghantar wakil tidak akan di kunjungi kecuali warga emas yang tidak mampu turut serta dan sememangnya anaknya tidak pulang beraya.

Bagi kaum lelaki suami makbonda telah menokok tambah program dalam aktiviti baraan ni dengan membacakan tazkirah di setiap rumah,di petik dari mana-mana buku yang dipilih,membacanya juga secara bergilir,pada peringkat awal dulu banyak juga rungutan,bukan dari remaja gila-gila tapi dari bapa remaja yang hatinya sebal dengan benda-benda tazkirah ni.

“Huh,mengada-ngada,jadi lambat lah macamni” Padahal tak mana lambatnya,benda tu di baca sambil menikmati hidangan.Nampaknya sekarang ianya sudah dapatdapat diterima.

Tapi Makbonda belum mampu nak menjalankan dalam kumpulan kaum ibu.Walau bagaimanapun semasa berkumpul di rumah pertama untuk memulakan baraan mereka mengarahkan jari telunjuk kepada makbonda untuk memberikan ucapan,padahal mereka sudah ada ketua. Pada mulanya gelabah juga sebab tak bersedia, walaubagaimanapun pengalaman sebagai guru dapat menyelamatkan keadaan, ini dah tahun ketiga,makbonda dah siapkan skrip dalam diri.Isi penting dalam ucapan tu ialah

“Baraan ini adalah satu adat,tapi kita boleh jadikan sebagai ibadat dengan meniatkan ianya kerana Allah Taala,bila niat kerana Allah Taala jangan hendaknya kita berziarah untuk melihat atau berbangga dengan hiasan rumah atau bentuk hidangan yang disediakan.Semasa bermaafan hendaklah dengan penuh keikhlasan,dengan membayangkan selepas ini kita tak dapat berjumpa lagi.Semasa berjabat tangan pastikan kita genggam tangan pasangn,jangan hanya bersalam menggunkan jari sahaja………bla bla bla”

Program ini selesai biasanya bermula jam 9.00pagi dan berakhir jam 3.00 petang,waktu Zuhur berhenti di masjid.Sememangnyalah tanpa hariraya makbonda takakan ada kesempatan untuk masuk ke rumah semua jiran tetangga.

Selepas tamat baraan,kami mencuri masa untuk berziarah ke rumah pak mak saudara,sepupu-sepapat yang dapat diziarahi secara tahunan atau dwitahuanan,atau mungkin lebih lagi.Dek kerana terlalu lama tidak berjumpa walaupun bukanlah berjarak seberang lautan,hanya bersebab dari kealpaan atau kesibukan duniawi,dapat berjumpa setahun sekali atau lebih. Pak-mak saudara telah nampak perubahan ketuaannya,sepupu sepapat telah ada teruna dan dara,yang lelaki dah bertabur ubanya,yang perempuan entah tidak ketara.Ada juga mak-saudara yang raya lepas berdua,kini sebatang kara.Ada juga yang sudah berubah wajahnya,ialah dua tahun lepas kanak-kanak lagi sekarang dah akil baligh,nasib baik jumpa di hari raya,kalau bertemu di pasar sudah pasti dah tak kenal.Nasib baik Allah jadikan hari raya.

Walaubagaimanapun kita jangan pula lupa akan adab-adab berhariraya;
1. Menghidupkan malam Hari Raya dengan memperbanyakkan amal ibadah.
2. Mandi sunat Hari Raya.
3. Memakai bau-bauan harum.(Tapi bukan untuk wanita)
4. Memakai pakaian yang paling baik.
5. Menjamah sedikit makanan sebelum pergi ke raasjid.
6. Menunaikan zakat fitrah sebelum solat sunat Hari Raya.
7. Berjalan ke masjid dengan tenang dan tawadhuk.
8. Bertakbir semasa perjalanan ke masjid.
9. Mengucapkan tahniah bila berjumpa saudara selslam.
10. Mengelakkan pembaziran ketika menyambut Hari Kebesaran Islam ini.
11. Menjauhkan segala aktiviti berbentuk maksiat kerana Hari Raya adalah Hari Kemenangan menundukkan hawa nafsu.

2 ulasan:

  1. bila adat boleh buat pahala,jadi ibadah..syukur Alhmadulillah.

    Salam Aidilfitri Mak Bonda..Maaf Zahir Batin.

    BalasPadam
  2. Salam juga untukmu TUKANG KATA,semoga amalan yang lepas diterimaNYA.

    BalasPadam

Catatan Popular