DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Rabu, 29 Ogos 2012

Catatan Syawal.


Alhamdulillah,telah seminggu kita keluar dari madrasah Ramadhan dan kini meneruskan khidupan dalam suasana fitrah,semoga amalan sebelum ini diterima Allah.

Sejak anak-anak telah besar ini saya sudah mengabaikan jadual untuk menggilirkan hariraya kami antara rumah emak sendiri  atau Mak Mertua.Tambahan lagi saya menghormati  hajat  suami kerana beliau mahu menghidupkan malam syawal di masjid kami untk bertakbir. Dimana-mana pun menyambut raya  sama sahaja yang penting pengisiannya,lambat atau cepat akan dikunjungi juga. Di rumah emak dan bapak sudah ada adik-adik yang mengisi kemerihan dari 3 orang adik yang sudah tidak punya ibubapa mertua dan seorang lagi dari Sabah yang beraya di sini.Dari 4 orang adik ini sudah cukup untuk memenuhkan ruangan di rumah bapak dengan cucu-cucu .5 orang lagi dalam giliran beraya dirumah mertua masing-masing. Insyaallah tahun hadapan dapatlah kami berkumpul 10 beradik walaupun buat seketika.

Selepas Solat Sunat eidul fitri kami akan bermaafan dengan keluarga sendiri dan sessi bergambar,itu semua telah disusun oleh anak-anak,kemudian menju kerumah Mak Mertua yang jaraknya lebih kurang 2km.Selepas itu barulah ke rumah bapak yang jaraknya 30minit perjalanan walaupun berlainan negeri. Penuhlah kenderaan unser saya dengan anak-anak yang telah memebesar saiznya. Mereka mencadangkan kami bergerak dengan 2 kereta tetapi saya tidak bersetuju,kerana menyumbang kepada kesesakan jalanraya.Tambahan pula dengan satu kenderaan akan merapatkan ukhwah,saya sangat rindu kepada mereka,biarlah gelak ketawa mereka saya dengari.Saya merindui suasana semasa mereka kecil dahulu,penat bergurau mereka bergaduh,kemudian menyanyi,sambil mulut mengunyah,tiba-tiba semua diam bila mata terlena,sehinggalah sampai ke distinasi.

Sampai di rumah bapak rupa-rupanya mereka menunggu kami untuk sessi bermaafan. Terharunya.Walaupun pada 28 Ramadhan yang lepas  kami baru berbuka dan bertarawikh di kampung bapak namun semasa bertemu mereka saya rasa seperti telah begitu lama kami tidak bertemu. Di kampung dapatlah kami menziarahi beberapa jiran tetangga,tempat saya jatuh dan bermanja dizaman kanak-kanak. Dapat juga bertemu dengan kawan sepermainan yang kini telah sama-sama berusia.

Kami tidak dapat bermalam dirumah bapak sebab terpaksa pulang untuk membuat persiapan,pagi raya kedua program Baraan untuk orang lelaki. Dalam perjalanan dapat singgah beberapa buah rumah emak saudara suami dan dapatlah bertemu denga sepupu-sepupunya yang juga amat jarang bersua.
Kelainannya hariraya kebelakangan ini ialah saya dan suami lebih banyak tinggal dirumah menunggu tetamu. Tetamu datang tidak berhenti-henti,selain bekas atau anak murid semasa saya dan suami,terdiri juga dari kawan-kawan  kepada anak-anak saya. Mereka bergerak dengan mengumpulkan kawan sekelas. Bayangkan jika kedatangan mereka serentak.

Adik-adik saya datang dalam 2 sessi,pertama kumpulan yang beraya di rumah Bapak dan sessi kedua yang beraya dirumah mertua. Saya sangat berbesar hati menrima kedatang mereka. Tidak putus-putus saya berdoa agar rahmat yang mereka tinggalkan memberi keberkatan kepada keluarga kami.


Kumpulan adik-adik sessi pertama


Kumpulan abang dan adik-adik sessi kedua. Hidangan makan malam bersama sambal taun untuk adik ipar yang sedang mengandung.

Dalam menyambut kedatang anak-anak murid serta kawan-kawan kepada anak-anak yang rata-ratanya sedang meningkat remaja,tak kering gusi saya mengambil kesempatan membebel kepada mereka.Semasa memberi duit raya ;

“Walaupun seringgit,ini namanya duit raya,ini yang makcik mampu beri,semoga berkat. Munafaatkannya.  Jangan beli rokok atau mercun.Teruskan beraya dengan akhlak Islam”

Nampaknya mereka seperti akur.

Antara tetamu yang saya rasakan istimewa kali ini ialah tetamu anak sulung saya.Beliau adalah Naqibah usrahnya iaitu Dr Farzanah,dari Ulu Tiram,bersama suaminya iaitu Dr Arbaei,aktivis Haluan yang terlibat dalam kapal Mavi Marmara,beliau juga terlibat dalam aktivis kemanusiaan ke Somalia,thunami Acheh dan beberapa lokasi la gi. Menarik mendengar perkongsian pengalamnnya.


Pada hari Jumaat baru sempat saya keluar. Kami keluar pagi-pagi sebab teringat pesat bapak kalau mahu musafir hari Jumaat kena keluar pagi-pagi. Kami bergerak ke Felda Sg Tengi dengan bersama 2 orang adik perempuan saya  dengan bertemu di tengah jalan. Kami tidak dapat bersama adik-adik yang lain yang telahr pergi  terlebih dahulu. Disana adalah abang kepada emak yang telah menjadi peneroka. Selanjutnya perjalanan diteruskan ke Meru iaiatu adik Bapak,melalui jalan Bestari Jaya-Ijok-Meru.Semasa orang lelaki bersolat Jumaat di Masjid Meru dapatlah kami beramah mesra dengan Makcik dirumah. Dalam berjalanan pulang beberapa rumah lagi sempat kami singgahi. Alhamdulillah semua bapa dan emak saudara dapat kami di sini dapat kami kunjungi  bersama semua anak-anak. Nampaknya bapa dan emak saudar di Johor belum berkemampuan untuk pergi,Insyaallah hujung Syawal nanti  Allah beri lorong.
Jumaat malam emak menalifon;
“Kat rumah emak dah habis orangnya,tinggal berdua balik”
Kesihan emak.
Hari Ahad,setelah anak-anak saya juga habis,saya ke rumah emak.
“Samalah kita Mak,tinggal berdua”
Saya tengok di rumah emak masih berlambak-lambak kuih raya dan barang-barang mentah yang adik-adik saya belikan.

 Alhamdulillah,dengan izin Allah raya kali ini saya dapat juga menyediakan menu yang agak sehat,saya perlu berhati-hati agar menu saya tidak mencemarkan kesihatan dan tidak berbentuk pembaziran.

Pada hari pertama menu pilihan anak-anak  ialah ketupat,sayur lodeh,ayak kampung masak kicap dan kuah sambal kacang yang kurang cilinya dan lebihkan bawang untuk mengelakan keracunan perut.

Pada hari kedua saya menyediakan Lai Chi Kang,sebab pada hari pertama para perut telah disumbat berbagai juadah yang memanaskan.Antara kandungan Lai Chi kang ialah bunga semangkok dan biji selasih yang bersifat sejuk.Pada hari ketiga bihun goreng yang sarat dengan sayur.Hari Keempat Nasi lemak.


Hari kelima Soto ayam kampung.Kenapa soto menjadi pilihan,kerana pada hari ini dijangka tetamu lebih ramai dari biasa,nampaknya jangkaan tepat.Pada hari keenam iaitu Jumaat,tidak masak apa-apa sebab hari ini kami akan mengosongkan rumah dari pagi membawa ke malam.Hari Sabtu bubur kacang durian.Hari Ahad roti jala dan bila hari Isnin dapur sudah tidak beasap kerana sudah tidak ada penghuni.Barulah saya berpeluang untuk puasa 6.(Begitulah lemahnya iman saya)


Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Muslim).

4 ulasan:

  1. Rumah kakak ni dah jadi macam hub persinggahan adik beradik,hehe. Semoga dengan kedatangan tetamu dan layanan baik yang diberikan, Allah sentiasa kurniakan keberkatan

    BalasPadam
  2. Dik,Hati kakak sentiasa berbunga-bunga setiap kali mereka singgah.Sebaliknya bila sudah lama tidak bertandang hatinya bergoyang-goyang bersimpang siur.

    "Apakah mereka sudah jauh hati?"

    Walaubagaimanapun bila dalam hati ada taman,sentiasa berbaik sangka. :))

    BalasPadam
  3. Terima kasih kakak atas hidangan sambal taun nya.Alhamdulillah berselera sangat makan.Ingatkan berat badan akan naik mendadak,rupanya tidak..alhamdulillah.Seronok singgah rumah kakak, dpat minum secawan teh pun cukup la,hehhe...
    Kami orang terakhir yang meninggalkan mak dulu.Kalau boleh saya cuba mengelakkan menjadi orang terakhir.Tak sanggup saya melihat wajahnya.Apapun,kakak juga telah merasa perasaan itu,kelak kami pula.Begitulah pusingan kehidupan yang ditentukan Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengalaman merasa perasaan itulah yang membawa kepada tindakan seterusnya Kim. Yang paling suka bila beliau menyebut senarai yang telah menalifonnya sebaik sampai,diulang-ulang beberapa kali.

      Padam

Catatan Popular