DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Rabu, 8 Ogos 2012

Mood Lailatul Qadar.

Masih cerita di tahun satu lagi,bukan dalam jadual  Pengajian Agama Islam,sebab Makbonda bukan ustazah. Tapi dalam Jadual Pendidikan Seni visual.Aktiviti kali ini ialah membuat tanda buku. Bahan yang disediakan ialah kad manila,seutas tali,penebuk lubang dan kertas yang telah di print "Saya suka Ramadan" dan "Saya suka puasa"

Set induksinya juga masih berkisarkan puasa.
Dari satu pertanyaan "Siapa yang puasa hari ini"
Bermacam-macam jawapan yang timbul,antaranya "Saya puasa sekerat hati" "Saya puasa tapi minum sekali,lepas tu sambung puasa lagi" "Saya puasa tapi masa hari pertama dan kedua saya menangis,hari ke tiga menangis sikit je" Satu persatu tembelang pecah,kalau dibiarkan tentu sekali akan ada lagi tembelang yang tidak dijangka.
"Baik,mengapa kita perlu puasa"
"Kalau puasa bapak kata nak beli mainan" "Kakak kata nak bagi duit raya" "Emak kata nanti tak dapat raya","abang kata nak beli bungaapi"  Subhanallah,bermacam-macam macam imbuhan yang dijanjikan.

Hanya Enol seorang yang kata "Sebab nak dapat pahala" Ya lah,nenek Enol Ustazah,Tok Enol Guru Ngaji,emak dan Bapak Enol Cikgu .

Makbonda rasa orang dewasa pun ada bermacam-macam jawapan bila ditanya mengapa perlu berpuasa,mengikut tingkat ilmu masing-masing.

"Siapa yang cipta kita?"
"Allah"
"Siapa yang suruh puasa?"
"Allah"
"Kalau kita tak ikut suruhan Allah,apa yang terjadi "
"Allah marah"
"Kalau ikut suruhan Allah?
"Allah suka,dapat pahala"
"Kalau banyak pahala?"
"Masuk Syurga"
"Jadi puasa nak mainan ke nak syurga"
"Nak syurga"
"Jadi siapa suka puasa?" Berebut-rebut mengangkat tangan.
"Lepasani ada orang menangis tak masa puasa"
"Tak nak"

Sekarang barulah diteruskan dengan aktiviti seterusnya,Sehingga selesai sekeping kad tanda buku.






 Minggu ini,tarikh dan masa berlainan tapi masih nama hari dan waktu yang sama.Makbonda masuk lagi.Bila persoalan mengapa kita perlu berpuasa diajukan;


"Sebab Allah suruh,nanti dapat pahala,kalau tak puasa berdosa,nanti masuk neraka"
Alhamdulillah,sudah tidak ada lagi cerita puasa sekerat hari atau menangis-menangis lagi. Puasa mereka bukan untuk mainan,bunga api,duit raya dan berbagai-bagai imbuhan maujud.
Tapi aktivit kali ini ialah bertemakan Lailatul Qadar.

"Siapa pernah dengar Lailatul Qadar?"
"Lailatul Qadar tu malam lailatul Qadarlah" Begini kanak-kanakbila tidak pasti jawapannya, tapi masih mahu menjawab juga,
"Malam lailatul Qadar tu adalah satu malam yang hanya sekali sahaja iaitu dalam bulan Ramadan.Malam tu Malikat turun bagi kita Rahmat.Semua kebaikan yang kita buat pahalanya berlipat kali  ganda,Contohnya kalau buat baik  dengan ibu bapa pahalanya lebih banyak berbanding bulan lain."
"Hari apa tu cikgu"
"Semua orang tak tahu hari apa,cuma Allah aje yang tahu,jadi sepanjang bulan Ramadan ni kita kena buat baik"

Aktiviti seterusnya mereka diedarkan kertas kosong dan menulis perkataan Lailatul Qadar sebagaimana contoh yang diberi.Rancangan asalnya mereka hanya perlu mewarnakan kertas yang telah siap di cetak,malangnya mesin fotokopi rosak.Jadi inilah alternatifnya.


"Halaaah...tak aci,cikgu punya guna printer" Kata Enol.
"Yalah sebab dah jadi cikgu,dulu pun cikgu kena lukis sendiri"awab Cikgunya.





nilah antara hasil kerja mereka.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular