DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Jumaat, 31 Ogos 2012

Merdeka?


"KITA BELUM MERDEKA selagi kita belum menerima Allah sebagai RABB dan ILAH kita, selagi kita belum mengenal rasul dan menerimanya sebagai ikutan dlm kehidupan dan selagi kita belum memahami dan mengamalkan Islam dlm kontak yg menyeluruh seperti yg dikehendaki Allah.."

Rabu, 29 Ogos 2012

Catatan Syawal.


Alhamdulillah,telah seminggu kita keluar dari madrasah Ramadhan dan kini meneruskan khidupan dalam suasana fitrah,semoga amalan sebelum ini diterima Allah.

Sejak anak-anak telah besar ini saya sudah mengabaikan jadual untuk menggilirkan hariraya kami antara rumah emak sendiri  atau Mak Mertua.Tambahan lagi saya menghormati  hajat  suami kerana beliau mahu menghidupkan malam syawal di masjid kami untk bertakbir. Dimana-mana pun menyambut raya  sama sahaja yang penting pengisiannya,lambat atau cepat akan dikunjungi juga. Di rumah emak dan bapak sudah ada adik-adik yang mengisi kemerihan dari 3 orang adik yang sudah tidak punya ibubapa mertua dan seorang lagi dari Sabah yang beraya di sini.Dari 4 orang adik ini sudah cukup untuk memenuhkan ruangan di rumah bapak dengan cucu-cucu .5 orang lagi dalam giliran beraya dirumah mertua masing-masing. Insyaallah tahun hadapan dapatlah kami berkumpul 10 beradik walaupun buat seketika.

Selepas Solat Sunat eidul fitri kami akan bermaafan dengan keluarga sendiri dan sessi bergambar,itu semua telah disusun oleh anak-anak,kemudian menju kerumah Mak Mertua yang jaraknya lebih kurang 2km.Selepas itu barulah ke rumah bapak yang jaraknya 30minit perjalanan walaupun berlainan negeri. Penuhlah kenderaan unser saya dengan anak-anak yang telah memebesar saiznya. Mereka mencadangkan kami bergerak dengan 2 kereta tetapi saya tidak bersetuju,kerana menyumbang kepada kesesakan jalanraya.Tambahan pula dengan satu kenderaan akan merapatkan ukhwah,saya sangat rindu kepada mereka,biarlah gelak ketawa mereka saya dengari.Saya merindui suasana semasa mereka kecil dahulu,penat bergurau mereka bergaduh,kemudian menyanyi,sambil mulut mengunyah,tiba-tiba semua diam bila mata terlena,sehinggalah sampai ke distinasi.

Sampai di rumah bapak rupa-rupanya mereka menunggu kami untuk sessi bermaafan. Terharunya.Walaupun pada 28 Ramadhan yang lepas  kami baru berbuka dan bertarawikh di kampung bapak namun semasa bertemu mereka saya rasa seperti telah begitu lama kami tidak bertemu. Di kampung dapatlah kami menziarahi beberapa jiran tetangga,tempat saya jatuh dan bermanja dizaman kanak-kanak. Dapat juga bertemu dengan kawan sepermainan yang kini telah sama-sama berusia.

Kami tidak dapat bermalam dirumah bapak sebab terpaksa pulang untuk membuat persiapan,pagi raya kedua program Baraan untuk orang lelaki. Dalam perjalanan dapat singgah beberapa buah rumah emak saudara suami dan dapatlah bertemu denga sepupu-sepupunya yang juga amat jarang bersua.
Kelainannya hariraya kebelakangan ini ialah saya dan suami lebih banyak tinggal dirumah menunggu tetamu. Tetamu datang tidak berhenti-henti,selain bekas atau anak murid semasa saya dan suami,terdiri juga dari kawan-kawan  kepada anak-anak saya. Mereka bergerak dengan mengumpulkan kawan sekelas. Bayangkan jika kedatangan mereka serentak.

Adik-adik saya datang dalam 2 sessi,pertama kumpulan yang beraya di rumah Bapak dan sessi kedua yang beraya dirumah mertua. Saya sangat berbesar hati menrima kedatang mereka. Tidak putus-putus saya berdoa agar rahmat yang mereka tinggalkan memberi keberkatan kepada keluarga kami.


Kumpulan adik-adik sessi pertama


Kumpulan abang dan adik-adik sessi kedua. Hidangan makan malam bersama sambal taun untuk adik ipar yang sedang mengandung.

Dalam menyambut kedatang anak-anak murid serta kawan-kawan kepada anak-anak yang rata-ratanya sedang meningkat remaja,tak kering gusi saya mengambil kesempatan membebel kepada mereka.Semasa memberi duit raya ;

“Walaupun seringgit,ini namanya duit raya,ini yang makcik mampu beri,semoga berkat. Munafaatkannya.  Jangan beli rokok atau mercun.Teruskan beraya dengan akhlak Islam”

Nampaknya mereka seperti akur.

Antara tetamu yang saya rasakan istimewa kali ini ialah tetamu anak sulung saya.Beliau adalah Naqibah usrahnya iaitu Dr Farzanah,dari Ulu Tiram,bersama suaminya iaitu Dr Arbaei,aktivis Haluan yang terlibat dalam kapal Mavi Marmara,beliau juga terlibat dalam aktivis kemanusiaan ke Somalia,thunami Acheh dan beberapa lokasi la gi. Menarik mendengar perkongsian pengalamnnya.


Pada hari Jumaat baru sempat saya keluar. Kami keluar pagi-pagi sebab teringat pesat bapak kalau mahu musafir hari Jumaat kena keluar pagi-pagi. Kami bergerak ke Felda Sg Tengi dengan bersama 2 orang adik perempuan saya  dengan bertemu di tengah jalan. Kami tidak dapat bersama adik-adik yang lain yang telahr pergi  terlebih dahulu. Disana adalah abang kepada emak yang telah menjadi peneroka. Selanjutnya perjalanan diteruskan ke Meru iaiatu adik Bapak,melalui jalan Bestari Jaya-Ijok-Meru.Semasa orang lelaki bersolat Jumaat di Masjid Meru dapatlah kami beramah mesra dengan Makcik dirumah. Dalam berjalanan pulang beberapa rumah lagi sempat kami singgahi. Alhamdulillah semua bapa dan emak saudara dapat kami di sini dapat kami kunjungi  bersama semua anak-anak. Nampaknya bapa dan emak saudar di Johor belum berkemampuan untuk pergi,Insyaallah hujung Syawal nanti  Allah beri lorong.
Jumaat malam emak menalifon;
“Kat rumah emak dah habis orangnya,tinggal berdua balik”
Kesihan emak.
Hari Ahad,setelah anak-anak saya juga habis,saya ke rumah emak.
“Samalah kita Mak,tinggal berdua”
Saya tengok di rumah emak masih berlambak-lambak kuih raya dan barang-barang mentah yang adik-adik saya belikan.

 Alhamdulillah,dengan izin Allah raya kali ini saya dapat juga menyediakan menu yang agak sehat,saya perlu berhati-hati agar menu saya tidak mencemarkan kesihatan dan tidak berbentuk pembaziran.

Pada hari pertama menu pilihan anak-anak  ialah ketupat,sayur lodeh,ayak kampung masak kicap dan kuah sambal kacang yang kurang cilinya dan lebihkan bawang untuk mengelakan keracunan perut.

Pada hari kedua saya menyediakan Lai Chi Kang,sebab pada hari pertama para perut telah disumbat berbagai juadah yang memanaskan.Antara kandungan Lai Chi kang ialah bunga semangkok dan biji selasih yang bersifat sejuk.Pada hari ketiga bihun goreng yang sarat dengan sayur.Hari Keempat Nasi lemak.


Hari kelima Soto ayam kampung.Kenapa soto menjadi pilihan,kerana pada hari ini dijangka tetamu lebih ramai dari biasa,nampaknya jangkaan tepat.Pada hari keenam iaitu Jumaat,tidak masak apa-apa sebab hari ini kami akan mengosongkan rumah dari pagi membawa ke malam.Hari Sabtu bubur kacang durian.Hari Ahad roti jala dan bila hari Isnin dapur sudah tidak beasap kerana sudah tidak ada penghuni.Barulah saya berpeluang untuk puasa 6.(Begitulah lemahnya iman saya)


Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Muslim).

Sabtu, 18 Ogos 2012

Istimewa kepada tetamu Makbonda.

Kepada Semua tetamu makbonda61.blogspot,diucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin,

Khamis, 9 Ogos 2012

Adil.



Dua orang gadis 11 tahun datang menghantar laporan.

"Cikgu Amer menangis"
"Mengapa"
"Sazwan sepak kaki dia,berdarah"
Berdarah?Masyaallah,ini boleh menjadi isu. Segera makbonda mendaki tangga menuju kelas mereka,kebetulan sememang masa Makbonda untuk kelas mereka.

Masing-masing bangun memberi salam. Memang betul seperti laporan,Amer sedang menagis teresak-esak sambil menekup muka di meja. Ketika itu juga kepala Makbonda sedang berputar-putar untuk mencari solusi.

"Boleh seorang menerengkan apa yang terjadi?"
Seorang pengawas bangun dan menceritakan penyaksiannya.

"Dia orang main bola,tapi bola kertas,lepas tu kaki Amer tersepak,dan keluar darah"
Bila diperiksa,betullah berdarah tapi bahagian yang telah sedia ada kudis,apabila lapisan kerak kudis tersebut terkopak,mengalirlah darah bercampur nanah,penyelasaiannya lap sahaja dengan tisu.. Alhamdulillah,lega.

"Baik siapa lagi yang main bersama,sila berdiri." Seorang demi seorang berdiri,mereka terpaksa berdiri setelah disebut nama oleh mereka yang tidak terlibat.Ada juga yang berdiri lambat itupn terpaksa atas ketiadak puasan hati mereka yang berdiri awal.Esakan Amer masih belum berhenti,

"Betul ke perbuatan bermain bola di dalam kelas tadi?"
"Tak betul" mereka menjawab beramai-ramai termasuk yang bermain.

"Baik,sekarang cikgu bahagikan kelas ini kepada 3.Pertama orang yang bersalah tapi belum terbalas,orang yang bersalah dan telah mendapat balasan dan orang yang tidak bersalah.Dan cuba kamu letakan dimana diri kamu masing-masing" Maka  riuh rendahlah mereka membuat keputusan. Yang bersalah ada yang hanya mengkebil kebilkan mata,dan ada juga yang tersengih-sengih. Amer pula menghentikan esakannya.,sambil mengenyit-ngenyitkan mata memandang Makbonda. Yang tidak terlibat   pula ada yang diam tidak kurang juga ada yang riuh rendah mengejek-ngejak.

"Dan harap-harap jangan ada yang tidak bersalah tiba-tiba menjadi salah kerana mengejek-ngejek."
Senyap mereka yang mengejek-ngejak tadi.

"Sekarang ini bulan Ramadan,setiap amalan baik yag kita lakukan ganjarannya berganda-ganda,bagaimana pula amalan yang sebaliknya."

"Hah dosa yang berganda-gandalah"Jawab mereka.


"Sekarang Allah Maha adil kan.Amer bersalah dan telah menerima balasan,Insyaallah dia takkan ulangi kesalahannya,sekarang bagaimana pula yang belum menerima ,dan kita tidak layak menghukum mereka,silap-silap hukuman kita tidak adil,habis pahla amalan Ramadan kita"

"Suruh basuh tandas aje cikgu,suruh menyapu koridor,cabut rumput kat taman," Masing-masing memberi cadangan.Tandas,koridor,rumput semua telah ada pekerja yang menguruskannya.

"Baik,sudut kelas kamu ni bertabur-tabur,apa kata kita tugaskan mereka mengemaskan sudut dalam kelasni sehingga kemas." Cadangan Makbonda dipersetujui sebelulat suara. Yang tidak bersalah berpuas hati,yang bersalah pun tidak terasa teraniaya.

Rabu, 8 Ogos 2012

Mood Lailatul Qadar.

Masih cerita di tahun satu lagi,bukan dalam jadual  Pengajian Agama Islam,sebab Makbonda bukan ustazah. Tapi dalam Jadual Pendidikan Seni visual.Aktiviti kali ini ialah membuat tanda buku. Bahan yang disediakan ialah kad manila,seutas tali,penebuk lubang dan kertas yang telah di print "Saya suka Ramadan" dan "Saya suka puasa"

Set induksinya juga masih berkisarkan puasa.
Dari satu pertanyaan "Siapa yang puasa hari ini"
Bermacam-macam jawapan yang timbul,antaranya "Saya puasa sekerat hati" "Saya puasa tapi minum sekali,lepas tu sambung puasa lagi" "Saya puasa tapi masa hari pertama dan kedua saya menangis,hari ke tiga menangis sikit je" Satu persatu tembelang pecah,kalau dibiarkan tentu sekali akan ada lagi tembelang yang tidak dijangka.
"Baik,mengapa kita perlu puasa"
"Kalau puasa bapak kata nak beli mainan" "Kakak kata nak bagi duit raya" "Emak kata nanti tak dapat raya","abang kata nak beli bungaapi"  Subhanallah,bermacam-macam macam imbuhan yang dijanjikan.

Hanya Enol seorang yang kata "Sebab nak dapat pahala" Ya lah,nenek Enol Ustazah,Tok Enol Guru Ngaji,emak dan Bapak Enol Cikgu .

Makbonda rasa orang dewasa pun ada bermacam-macam jawapan bila ditanya mengapa perlu berpuasa,mengikut tingkat ilmu masing-masing.

"Siapa yang cipta kita?"
"Allah"
"Siapa yang suruh puasa?"
"Allah"
"Kalau kita tak ikut suruhan Allah,apa yang terjadi "
"Allah marah"
"Kalau ikut suruhan Allah?
"Allah suka,dapat pahala"
"Kalau banyak pahala?"
"Masuk Syurga"
"Jadi puasa nak mainan ke nak syurga"
"Nak syurga"
"Jadi siapa suka puasa?" Berebut-rebut mengangkat tangan.
"Lepasani ada orang menangis tak masa puasa"
"Tak nak"

Sekarang barulah diteruskan dengan aktiviti seterusnya,Sehingga selesai sekeping kad tanda buku.






 Minggu ini,tarikh dan masa berlainan tapi masih nama hari dan waktu yang sama.Makbonda masuk lagi.Bila persoalan mengapa kita perlu berpuasa diajukan;


"Sebab Allah suruh,nanti dapat pahala,kalau tak puasa berdosa,nanti masuk neraka"
Alhamdulillah,sudah tidak ada lagi cerita puasa sekerat hari atau menangis-menangis lagi. Puasa mereka bukan untuk mainan,bunga api,duit raya dan berbagai-bagai imbuhan maujud.
Tapi aktivit kali ini ialah bertemakan Lailatul Qadar.

"Siapa pernah dengar Lailatul Qadar?"
"Lailatul Qadar tu malam lailatul Qadarlah" Begini kanak-kanakbila tidak pasti jawapannya, tapi masih mahu menjawab juga,
"Malam lailatul Qadar tu adalah satu malam yang hanya sekali sahaja iaitu dalam bulan Ramadan.Malam tu Malikat turun bagi kita Rahmat.Semua kebaikan yang kita buat pahalanya berlipat kali  ganda,Contohnya kalau buat baik  dengan ibu bapa pahalanya lebih banyak berbanding bulan lain."
"Hari apa tu cikgu"
"Semua orang tak tahu hari apa,cuma Allah aje yang tahu,jadi sepanjang bulan Ramadan ni kita kena buat baik"

Aktiviti seterusnya mereka diedarkan kertas kosong dan menulis perkataan Lailatul Qadar sebagaimana contoh yang diberi.Rancangan asalnya mereka hanya perlu mewarnakan kertas yang telah siap di cetak,malangnya mesin fotokopi rosak.Jadi inilah alternatifnya.


"Halaaah...tak aci,cikgu punya guna printer" Kata Enol.
"Yalah sebab dah jadi cikgu,dulu pun cikgu kena lukis sendiri"awab Cikgunya.





nilah antara hasil kerja mereka.






Catatan Popular